0

Kelapa Di Tebuk Tupai ( Secara Harfiahnya )

Posted by Cikgu Fitrie on 5:43 PM in , ,

Pepatah melayu ada mengatakan tentang kelapa yang ditebuk tupai means, u know la kan... Tapi aku xnak cerita pasal tu. Nak cerita isu ini secara harfiahnya... Kalau sape tak tau maksud harfiah tu, bahasa inggerisnya ialah literally. Secara literal... Kalau cikgu2 bahasa mungkin tau...


Ni pic tahun lepas ke awal tahun ni. Tak ingat la. Ke bulan Mac hari tu.. Ni kat kg Ful, Pasir Ambor, Pelangai Kuala Pilah... Nak masuk ke kampung ni agak jauh la jugak... Tapi yang seronoknya ialah kawasan ni semua kebun buah2an kebanyakkannya... Rumah pulak jarak2 sebab dibina atas tanah masing2 kan...

Ni tapak rumah lama atuk arwah atuk Ful, yang kini telah dijadikan kolam ternakan ikan sembilang yang terbiar... Hahaha.. Ni projek abang Ful sebenarnya... Kitorang gi sini masa tu sbb nak cari durian, tapi oleh kerana monyet mengganas, banyak durian yang dah gugur n rosak... So, sebab rasa penat, teringin lak nak minum air kelapa...


So, apa lagi, order je kat Mr Ful... Dia ngan kwn dia, baju askar tu namanya Gomok.. Entahla, biasa je.. Tapi kata Ful masa skolah dulu dia gemuk sikit... Nama dia Rustam sebenarnya.. Klasik!


Masa dia nak jolok buah kelapa tu, jatuhla sebijik kelapa ni... And to my amazement, ni la first time nengok kelapa yang betul2 di tebuk oleh seekor tupai betul... Wah, kuat jugak kan gigi tupai ni.. Sama macam tikus...


Pas amik dua tiga bijik, barulah operasi minum air kelapa fresh dari pokok.. And, kalau sape ada gout, katanya bagus amalkan minum air kelapa bakar... Dan kat Kota Tinggi n JB ni banyak sungguh orang jual air kelapa bakar... Tapi, kat Segamat, lum ternampak lagi...

Bytheway, perasan tak, kalau air kelapa ni minum mmg sedap... Tapi kalau dibuat ubat, mulalah rasa dia payau la itu la ini la... I wonder why!




0 Comments

Copyright © 2009 Cikgu Fitrie menulis... All rights reserved. Theme by House Of Hanna Ritta. | Bloggerized by Hanna Ritta.