0

I'm happy... :D

Posted by Cikgu Fitrie on 11:28 AM in ,
Yesterday I had a blast. Why? I got what I wanted for so long! Yup, finally. Not just that, I even got a bonus! What am I babbling about? Haha... Just watch this!

I wanted this ( for the last two years ), finally got it at a good bargain. Well it was a best buy item. Eventhough it was last two seasons product, still love it!




Plus, a bonus... ( totally a bonus coz it costs more than the watch! Hiks! )



This is what I found that I could use to carry my buku rancangan mengajar and stuff to school! Beg lama tu orang sibuk sangat mengata beg tu punya enormous padlock tu!

All at less than RM1k. I'm happy. Plus he treated me with sushi afterwards! Can't stop smiling! Thanks Ful!

0

Sambutan Hari Guru ( Sorry backdated! )

Posted by Cikgu Fitrie on 7:57 AM in , , , , ,
Tahun ni merupakan tahun terakhir AJK Bilik Guru menjadi AJK Pengelola Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah sebelum AJK Bilik Guru dibubarkan hujung tahun ini. Kak Shah ( Pn Shahrunnizam Bt Hussein ) merupakan setiausaha program kali ni.

Sebagai mana tahun2 yang lalu, macam2 gimik yang disajikan oleh AJK2 yang rajin2 ni. Dua tahun lepas, gimik paling meletup, watikah disampaikan melalui guru yang turun dari tingkat atas bangunan menggunakan flying fox! That was my idea ok! Hari guru tahun tu menjadi sebutan di Segamat kerana Cikgu Azlang ( PPD ) said so!

Last year, watikah hari guru disampaikan oleh pasangan pengantin muda. Konsep perkahwinan Melayu, hasil idea Kak Shah ni mendapat sponsor pelamin, pakaian pengantin dan Andaman dari Galeri Andaman Hanie ( Kak Ani Taman Yayasan Segamat ) dan solekan oleh Zah Andaman ( Zah Mustafa Felda Kemelah ). It was a group effort to make the celebrations last year an event to remember. Pastu, jamuan makan ala western disajikan sebagai jamuan guru. Yes, we had chicken chop, fries, coleslaw, bun etc. Dan paling best sume pakai tema purple tahun tu.

This year, we decided to step up from last year. Making this year event something to reminisce long after since this is the last hari guru even we hosted and planned. Nak bikin gempak sikit... Mula2 tu banyak idea yang datang. First konsep jawa dari red carpet sampai jamuan. Last2 tukar konsep lak! Penat carik lagu jawa, edit lagu bikin happening, last2 tak jadik! Apa pun, konsep tahun ni pun last minute gak! Dapat sponsor dari Fasha Taman Perling!

Konsep this year ala2 garden wedding sikit. Tu backdrop untuk red carpet and teachers seating.





Majlis dimulakan dengan perarakkan masuk guru2 ala red carpet. Masuk dua orang – dua orang. Lagu red carpet pun modern n fresh. Lupa nama lagu tu. Habis je red carpet, lepas sume guru amik tempat, even took off ngan nyanyian lagu rasmi. Oh ya, sume guru hari tu black and white.


Satu-satunya pasangan yang berani berpelukkan dikhalayak ramai! :p


The master mind ( Kak Shah ) tetap nak vogue pakai baju yang ala2 kaler lain dari org! Motif? Konsep Anugerah Industri Musik katernyer!


Its me, diva of the day, and my significant other of the day, Faeizah!



Majlis diserikan dengan persembahan pembukaan dari anak-anak istimewa Kelas Pendidikan Khas SKBP. Diorang menyanyikan dua buah lagu nashid, My Mother dan Umi. The best past was, one of the singer is Chinese. Yup, Daniel Tan is singing nashid. I'm impressed!



Habis je persembahan pelajar, ada penyampaian hadiah dari badan pengawas PSS. Thanks Kak Pah. Oh ya, masa red carpet tadi pun ada dapat hadiah dari lembaga pengawas. Thanks to Kak Idah. Ni pic Asri excited dapat hadiah! Rasanya ni hari guru pertama buat dia sebagai cikgu! Ustaz Rahim lak, ala2 control ayu sebab lum dapat lagi hadiah! :p


Rizuwan and Shana, the emcees for the event. Sama padan tapi tak sama tinggi!

Gimik Penyampaian Watikah.

Last two years, penyampaian watikah diberikan dengan cara yang lain dari yang lain. Dulu flying fox, pastu amik masa tepung tawar pengantin. And this year takde pengecualian. Idea kak shah : Pakai posmen. Mula2 skeptikal sikit. Rasa macam tak gempak jer. Tapi pas dah jalan program, rasa ok lak!

Lepas umumkan pembacaan watikah, lagu James Bond remix modern tu dimainkan, posmen masuk masuk dari belakang dataran naik motor posmen hantar bungkusan kepada guru besar. Rasa macam secret mission lak! Nasib baik surat tu tak self destruct macam dalam citer Mission Imposibble! Kalau tak, merasa berasap pentas.







Pas pembacaan watikah tu, sepatutnya ada mercun tapi since lupa nak suruh kak shah bawak, simpan je lah mercun tu dulu! Lepas, habis baca watikah, simbolik perasmian ialah tuang ikan dalam baling besar. Konon2nya, murid2 ni ikan, cikgu2 tu air. Tanpa air ikan tak idup! Konon je lah... Tapi kalau pikir2kan betul gak! Pastu, ikrar hari guru dan nyanyian lagu2 hari guru.








Lepas je perasmian tu, kami hadiahkan anak2 yatim sekolah kami ngan hadiah sumbangan dari semua guru.




Habis je, bagi hadiah, saat yang ditunggu2 oleh pelajar2 semua, masa untuk bagik cikgu2 hadiah! Memang banyak cikgu2 ni dapat hadiah! Aku pun tak terkecuali. By the way, cikgu2 ni bukannya mintak2 hadiah2 ni, it’s the thought that counts! Tul tak?


Budak2 excited nak bagik cikgu2 hadiah! Macam kerumun masa mega sale kat Jusco Melaka jer! Uols ada J card ker? Pinjam sat!


Cikgu Jazzmill ngan pose ala2 model iklan Kopi Ali Guar! Sodap!

Kak Ita kelu apabila menerima hadiah ngan banyak. Tak terkata2. Tu yang pose gigi jer tu!

Syamil anak Kak Mizi buat pose ala2 menyampah nengok Cikgu Harda ngan Cikgu Nazuar sebab diorang mintak hadiah handphone!

Kak Mita excited mengambil hadiah dari Shankar sampai terlepas2 hadiah lain kat tangan!

Aku yang yang sedang menerima hadiah jam tangan Bonia dengan happy dan Kak Ani kat sebelah tu frust dapat kad jer dari pelajar! Hehehee...


Cikgu Md Nor tak sabar2 nak buka hadiah!


Pas penat berbagi2 hadiah, apa lagi, rehat sebentar sambil makan ais krim!







Ni aiskrim yang dibeli untuk semua pelajar! Best dapat makan ais krim masa panas2 ni!

Kini tiba acara kemuncak, persembahan guru2! Hooray! Memang lawak sangat persembahan2 tu sume. Masa ni lah kita leh nengok ustaz berjoget, cikgu berdikir barat, kura2 boleh tanggalkan shell dia dan masa ni jugaklah nak nengok GB jadi ala2 pejuang Palestin!

Ni antara pics yang sempat disnap sepanjang persembahan guru.
Ju and the gang menarikan tarian KORWARI ( korea + jawa kontemporari )
Si Harda ngan Nazuar sebagai Haiwan Teladan! Hehehe... The rabbit and the tortoise!


Haaaa.....? No komen!


Ni cuba test bau deodorant baru ni, Rexona for teachers!


Ustaz Din ke tu? Sibuk berjoget, budak2 tasmik dilupakan kat surau tu! Ewah2 Cikgu Jazzmill, joget tarian melayu ker Samba ni? Siap ada rambu ramba kat pinggang!
Bestkan. Habis je persembahan guru, ada lagi aktiviti kumpulan guru iaitu bungkus hamper dan pertandingan pakaian gunakan surat khabar! Lagi lawak! Kalau tak caya, cuba nengok pics ni!

Kreatif tul cikgu2 ni!

Selesai cat walk guru2 pakai baju surat khabar, sume bersurai masuk kelas masing2. Bukan apa, esoknya budak2 exam. So, ni lah masa cikgu2 ni nak bagi tips n revise for the exam! Ok, sume beratur masuk kelas. Habis je waktu, budak2 dibenarkan balik.

Last program untuk cikgu2 ni ialah, majlis jamuan makan selepas pelajar2 balik sekolah. Semua berkumpul dikantin utuk menikmati hidangan jamuan.

Menu makan hari tu ialah ikan siakap tiga rasa, kangkung goring belacan, ayam masak halia, tomyam campur, buah dan pudding. Menu ok, tapi personally, rasa kurang sikit. Taste I tinggi ok! Kalau nak sedap makan2 camtu, cuba makan kat Restoran Azmi kat Labis. Try somtam dia skali! Kelas u ols!

Ok, sebelum makan, cikgu2 ni sume dipertontonkan dengan gambar2 sepanjang program dijalankan sepanjang pagi itu. Selepas tu, ucapan GB yang rata2nya memuji AJK kerana berjaya menjadikan sambutan hari guru kita ini unik. Sepanjang karier beliau, sebanyak lapan buah sekolah, SK Bandar Putra lah yang menyajikan kemeriahan dan kelainan sepanjang sambutan hari guru! Tahniah AJK! Tahun depan, kita goyang kaki dan enjoy the event lak!


0

Holiday is here, time to erm... keep workin'!

Posted by Cikgu Fitrie on 4:33 PM in ,
Hye folks... Seem like forever I haven't updating my blog! The last few entries pun sekadar ada. Ala2 promo jer. But since the holiday is finally here, its time for me to update, blogging, uploading etc. since I have the whole two weeks to do everythings!

This holiday pun I did not plan to go anywhere becoz I really want to spend my holiday with my brand new nephew! Yup, my youngest sister just had her first baby three weeks ago and since then I havent got the chance to visit her!

These past few week pun rather busy and hectic for me! too many things to do. Maklumlah baru habis exam. Ada lapan exam scripts yang nak ditanda ( well actually dah siap dah ngan item analysis sekali! ), key im markah pun dah, tunggu nak siapkan preparation utk hari terbuka jer nanti!

Last Wednesday pun penat gak sebab I was invited to the Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah 2009 and was one of the recipient! Hehehe... Vangger sangats sebab I'm the first from my school to recieve such an award!

Then the next day lak, I have to present my Kajian Tindakan ( on Mr Kanagalingam's ( PPD Language Officer ) request! ) Have to go la, other wise tak pepasal surat tunjuk sebab! Than, he asked me to be a rep for the MALTA fair in Pan Pac JB. Aiyoh, masa cuti la tu... Nengoklah kalau ada kerajinan hehehe....

Last but not least, I wonder mana mulut2 lahanat yang dok baling batu sembunyi tangan tu... Nape takde menjengok blok aku lak? OOOOO..... Kalau ada cite panas baru kau sume nak layan yerk! Piiiirah! To tell u the truth, u are no better than me! Memang set2 batu api! Betul tak? Betul....

Oklah, nak rehat jap. Malam nanti nak update segala apa yang terbuku dihati lak! And owh, to set2 batu api tu, aku dapat anugerah tu, uols dapat apa? Who's the better man now?



3

Anugerah Guru Inovatif???

Posted by Cikgu Fitrie on 11:12 AM in , , ,
Yup.. Yup.. Yup.. Anugerah Guru Inovatif. Apa tu? Kalau nak tau, definisi Guru Inovatif ialah :
"Anugerah Guru Inovatif" adalah sebagai penghargaan dan pengiktirafan kepada guru yang telah menghasilkan usaha kreatif dan inovatif yang telah terbukti berjaya dalam meningkatkan profesionalisme keguruan dan menjamin keberkesanan pelaksanaan kurikulum di peringkat sekolah.

OBJEKTIF PENGANUGERAHAN GURU INOVATIF

Mengenalpasti guru atau kumpulan guru yang telah melahirkan idea dan usaha kreatif dan inovatif dalam pelaksanaan kurikulum di peringkat sekolah.

Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru atau kumpulan guru yang dikenalpasti sebagai kreatif dan dalam pelaksanaan kurikulum itu.

Menggalakkan guru berikhtiar mencari idea-idea baru dalam pelaksanaan kurikulum untuk mencapai kecemerlangan dalam profesion guru.

Menyebarkan maklumat berkaitan dengan kreatif dan inovasi dalam pelaksanaan kurikulum bagi contoh teladan kaum guru dan pengetahuan umum.

Eh, kenapa tetiba jer citer pasal guru inovatif ni? Motif? Erm... tak tau lagi ker? Hehehehe... Sebabnya, eden salah sorang penerima Anugerah Guru Inovatif Daerah Segamat! Alhamdullillah, some recognition for my work! Guys, appreciate it! Sebab kajian tindakan tu lah eden dapat anugerah ni. So pasni jangan malu2 nak submit kajian tindakan u ols okay!


0

Hari Guru Celebration... Isn't over yet!

Posted by Cikgu Fitrie on 9:50 AM in , ,
Well at least not for me...! My celebrations is not ended on the school level Hari Guru celebration... It will extend to District level... Why if u asking me? Thats u have to wait la...! But, this year is gonna be my best hari guru ever...!

Nevertheless, I had a blast at my school celebration... And thats my friend, u have to wait a while.. Sebab banyak sangat nak buat sekarang ni... Cuma bagi tips off je what happening in my life at tehe moment!

Bye for now!

0

Selamat Hari Guru 2009

Posted by Cikgu Fitrie on 8:21 AM in ,
Hey you guys.... Hari ni apa kata kita citer sikit tentang Hari Guru dan sejarahnya serba sedikit untuk informasi bersama.... There's nothing hot in this entry, mungkin pembaca2 emosional tu tak berminat, but, what the heck, its my blog. I write what i want. U offended by my writings? Its because u r an idiot! Haha...

Enough with the emo statement, lets get to business.



Pengenalan Hari Guru

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.



Logo Hari Guru

Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.

Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.

Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.
*Ni amik dari website rasmi hari guru 2009. The same logo as last year, still I can't find the blue colour!

Objektif Hari Guru
Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Ikrar Hari Guru
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

Lagu Hari Guru

Kami Guru Malaysia

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan


Lagu Tema Hari Guru

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi


TEMA HARI GURU MALAYSIA

2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara


0

Peribahasa of the day...

Posted by Cikgu Fitrie on 12:17 PM in
An apple does not fall far from the tree.... Atau bahasa melayunya, kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi...

0

Happy Mother's Day

Posted by Cikgu Fitrie on 8:51 AM in



Untuk my mom, Zaleha Binti Alias, i wish you a very happy Mother's Day... I love you with all my heart!



0

Happy Mother's Day

Posted by Cikgu Fitrie on 8:48 AM in
The modern Mother's Day holiday was created by Anna Jarvis as a day for each family to honor its mother and it's now celebrated on various days in many places around the world. It complements Father's Day, the celebration honoring fathers.

This holiday is relatively modern, being created at the start of the 20th century, and should not be confused with the early pagan and Christian traditions honoring mothers, or with the 16th century celebration of
Mothering Sunday, which is also known as Mother's Day in the UK.

Taken from Wikipedia.

0

Jaiho - You are my destiny

Posted by Cikgu Fitrie on 8:41 AM in ,
Don't you just love this song...! Pussycat Dolls playing Hindi! ( US style! ). Love it....!

Jai Ho!
Jai Ho
I got shivers
When you touch my face
I’ll make you hot, Get what you got,
I’ll make you wanna say
(Jai Ho, Jai Ho)
I got fever, running like a fire
For you I will go all the way
I wanna take you higher
(Jai Ho)
I keep it steady steady, that’s how I do it
This beat is heavy, so heavy you gonna feel it.
(Jai Ho)
You are the reason that I breathe (Jai Ho)
You are the reason that I still believe (Jai Ho)
You are my destiny
(Jai Oh) Oh-oh-oh
(Jai Ho)
No there is nothing that can stop us (Jai Ho)
Nothing can ever come between us (Jai Ho)
So come and dance with me
Jai Ho!
Catch me, catch me, catch me, c’mon, catch me,
I want you now,
I know you can save me, you can save me,
I need you now.
I am yours forever, yes, forever,
I will follow,
Anywhere in anyway,
Never gonna let go
Jai Ho!
Jai Ho!
Escape (escape) away (away),
I’ll take you to a place,
This fantasy of you and me
I’ll never lose my chance
(Jai Ho)
Mmmhh yeaahhhh .. hhmm yeaaaha
I can (I can) feel you (feel you),
Rushing through my veins
There’s a notion in my heart
I will never be the same
(Jai Ho)
Just keep it burnin’, yeah baby, just keep it comin’ (Jai Ho)
You’re gonna find out baby, I’m one in a million
(Jai Ho)
You are the reason that I breathe (Jai Ho)
You are the reason that I still believe (Jai Ho)
You are my destiny
Jai Oh! Oh-oh-oh-oooooh
(Jai Ho)
No there is nothing that can stop us (Jai Ho)
Nothing can ever come between us (Jai Ho)
So come and dance with me
Jai Ho! (oohh)
Catch me, catch me, catch me, c’mon, catch me,
I want you now,
I know you can save me, you can save me,
I need you now.
I am yours forever, yes, forever
I will follow
Anywhere in anyway,
Never gonna let go
(Jai Ho)
Hmmm yaeaaaaahhh
(repeat 2x)
I need you, gonna make it
I’m ready, so take it
(Jai Ho)
You are the reason that I breathe (I breathe)
You are the reason that I still believe (still believe)
You are my destiny (destiny)
Jai Oh! Oh-oh-oh-ooooh
(Jai Ho)
No there is nothing that can stop us (can stop us)
Nothing can ever come between us
So come and dance with me,
Jai Ho! (oohh)
Jai Ho!
Bai-la bai-la!
Bai-la bai-la!
Jai Ho! Bai-la bai-la!
Jai Ho

1

Seram...

Posted by Cikgu Fitrie on 8:17 AM in
Few days ago, I happened to accompany my friends to a witch doctor. She said for alternative medical porposes. I agreed to go with her. Then, after we arrived, the motif changed from alternative treatment to something else. Yup... She lied to me.

As we arrived there, thr witch doctor home was nothing but ordinary. Unlike what i've seen on tv, the house should be eerie looking and down right old and rotting. But, just like any other home at, the house is beautifully painted and had a rather beautiful lawn than mine.

Enough with the house, my friend actually met the witch doctor for an uncertain business. She did not tell me a thing. But i guess it a personal matter. Ok then... What to expect, when a new mak andam starts a business - pelaris etc.

But, apa kisah... It her thing and i dont care what she believe in... As long as she know what she's doing, i think she'll be ok... I guess... Talk about witch doctor, i came across this on Wikipedia... Seram sangat....

Santau
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Santau merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan dengan 2 cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin.
Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman . Makanan seseorang itu ditaruh miang buluh, kaca , serbuk Ipoh , bisa besi , dan lain-lain. Bahan-bahan tersebut akan memasuki perut seseorang dan akan melukakan bahagian dalam perut. Musuh yang termakan racun santau ini akan muntah darah , pitam , pengsan dan meninggal dunia. Terdapat juga jenis santau yang hanya perlu diletakkan pada baju atau kasut mangsa. Bagi santau jenis ini, serbuk kaca atau buluh akan menyebabkan rasa miang yang menyebabkan mangsa menggaru. Perbuatan ini akan melukakan kulit mangsa dan membolehkan bahan racun ramuan santau memasuki saluran darah, dengan itu meracun mangsa. Santau angin lebih mistik iaitu dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah musuh. Menurut kepercayaan juga, pengamal ilmu santau sukar atau tidak dapat zuriat disebabkan bisa santau yang diamalkan oleh mereka mampu membunuh zuriat yang dikandung oleh isteri mereka.

Matlamat

Santau secara umumnya digunakan bagi meracun dan membunuh atau melumpuhkan musuh.

Kelebihan

Santau sukar dikesan siapa yang melakukannya kerana ia tidak dilakukan secara berhadapan, tetapi melalui bersembunyi.

Kelemahan

Santau angin biasanya dihembus agar dibawa angin kearah mangsa dan dihidu masuk kedalam paru-paru mangsa. Oleh itu, sesiapa yang berada berhampiran dengan mangsa boleh turut terhidu habuk berbisa itu. Oleh kerana santau disediakan dalam bentuk serbuk, kemungkinan besar pengamal santau akan terdedah secara jangka panjang dan akan turut diracuni oleh santau yang disediakan oleh mereka, atau orang-orang yang rapat dengan mereka.
Santau biasanya mengambil masa yang agak lama untuk bertindak, antara beberapa hari sehingga beberapa tahun. Perbuatan membunuh adalah salah di segi ugama dan undang-undang.

Penelitian secara ilmiah

Santau secara umumnya hanyalah satu bentuk racun yang digunakan bagi membunuh musuh. Racun moden adalah lebih berkesan dan mampu membunuh dengan lebih pantas. Santau angin secara umumnya merupakan serbuk santau (yang mengandungi bahan tajam dan halus) yang dihembuskan kepada mangsa agar memasuki paru-paru mangsa tanpa disedari dan mengakibatkan kerosakan paru-paru. Secara saintifiknya kematian berlaku kerana mangsa menghidu dan menyedut bahan santau kedalam paru-paru dan dengan itu mengakibatkan kerosakan paru-paru disebabkan bahan tajam bercampur racun yang digunakan. Ini mengakibatkan keadaan seperti Mesothelioma atau Penyakit Asbestosis. Kemungkinan jampi yang digunakan merupakan satu cara menjelaskan bagaimana santau bertindak. Ini disebabkan pengamal santau silam tidak dapat menjelaskan bagaimana bahan santau mampu membunuh mangsa, dengan itu menggunakan jampi dan mentera sebagai cara penjelasan bagaimana santau mampu membunuh.

Di antara dua ikon dalam ilmu santau di Malaysia ialah, Dr Harun Din dan Dr Amran Kasimin.

Well, mintak2 dijauhkan!

0

AF7.... Sedihnya...!

Posted by Cikgu Fitrie on 12:21 PM in
Sebenarnya happy, at this momment, Akim still in running to become the winner for AF7. Although, the chances are little, but he might be in the grand finals. Yang sakit hatinya lak, ada AFUNDI masuk lak...! Perlu ker? Bukan sepatutnya yang dah keluar tu should stay out of the competition? Nape lah nak undi masuk pulak, sedangkan orang undi dia dah tak ramai and hence, out of the game!

Tapi berat hati ni katakan mesti yang masuk semula tu Aril... Although I'm not a big fan, in fact, not a fan at all, he would be the most likely to enter AF again after the AFUNDI masuk tu. Choi la Tiara!

Unlike, OIAM, which for me, is far far far better singing competition, the viewers are let to decide wether its a 2 on 2 competition or 3 on 3. Malaysia has decided, there will be 3 contender for a million dollar! Kan bagus kalau AF buat cam tu, sama ada nak buat undi masuk atau pun tak.

Maybe orang akan cakap, kalau tak suka dengan cara AF tu, jangan nengok terus... But, who can't resist Akim... Watching him sang, over and over again, never bored me. Satu je, mekap tebal sangat!

Apa2 pun, all the best tu Akim, hopefully will see u a lot, after the days of AF are over!

0

Al-Fatihah

Posted by Cikgu Fitrie on 12:08 PM
Sabtu lalu, 1st May 2009, mencatatkan detik hitam dalam hidup aku. Satu tragedi yang sedih telah menimpa dalam keluarga aku. Satu kemalangan jiwa yang melibatkan saudara aku telah berlalu di Pantai Pamol, Kota Tinggi. Kejadian itu meragut nyawa abang kepada abang iparku, iaitu Allahyarham Kamaruddin Bin Idris. Allahyarham telah kembali kerahmatullah dan meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak.

Allahyarham meninggal kerana mati lemas di pantai itu ketika cuba menyelamatkan anaknya, Badrul Shafiq, 11 tahun dan anak saudaraku, Umaierrah, 12 tahun yang hampir lemas ketika itu. Allahyarham bersama2 abang iparku cuba menyelamatkan Shafiq dan Umaierrah, namun, sudah ajalnya, dia lemas. Bagaimana pun, abang ipar aku sempat menyelamatkan Shafiq dan Umaierrah. Abang iparku juga hampir lemas ketika menyelamatkan mereka berdua.

Sehingga kini, anak saudara aku, Umaierrah masih menyalahkan dirinya kerana mengajak mereka mandi di sana. Anak2 Allahyarham juga masih bingung dengan kejadian ini. Terakhir aku berjumpa dengan arwah adalah ketika dia mengambil anak2nya dari rumah ku dan ingin mengambil buah mangga di rumah aku. Itulah kali terakhir aku berjumpa dengan arwah.

Ajal sudah ditentukan, takkan ada yang mampu menghalangnya. Takziah buat keluarga Allahyarham dan Al-Fatihah...



Copyright © 2009 Cikgu Fitrie menulis... All rights reserved. Theme by House Of Hanna Ritta. | Bloggerized by Hanna Ritta.