0

We are family!

Posted by Cikgu Fitrie on 11:42 AM in , , , ,

Minggu ni minggu relax sikit sbb bebudak ni tengah exam, so, mari kita meng-upload, pic2 hari keluarga kat Rompin Beach Resort semalam and a day before...

Ok, pics kat bawah ni ialah pics masa mula2 event.... Yang gambar dalam office tu, masa hari Jumaat, briefing oleh kepala program : Kak Norpisah! Pastu, hari berikutnya, aku, Shuhar, Aini dan of course Kak Shah, berkumpul kat simpang Muadzam, pastu dalam kol 10.30 kitorang pun gerak... Ooooppssss.... Lupa, aku n Ful gerak dari K Pilah sebab nak suruh mak dia masak lauk untuk makan nti....



* Klik gambar untuk gambar lebih besar

Sampai je kitorang pun terus check in... Luckily, bilik aku ngan kak Shah, sebelah2... So, senang nak bincang pape hal...! Lepas check in, aku n the geng pun makan le makanan yang kitorang bekalkan.... Aku bawak daging salai masak lemak, ayam masak son ngan nasik serta karipap... Shuhar bawak sayur goreng ngan nasik serta air sarsi and Aini bawak ayam masak merah... Kak Shah, bawak perut jer!


* Klik gambar untuk gambar lebih besar

Pas makan, apa lagi, aku, Ful, Shuhar and Wan serta anak2 kak Shah, mandi manda kat swimming pool dia.... Unfortunely, pics tak banyak amik sebab masing2 syok mandi dari kol 2 sampai kol 5...! Hahahaha.... Pic atas tu pic Shuhar tengah marah dengan Wan, sebab Wan ajak aku mandi2 bersama, pastu Shuhar kena marah lagi ngan Wan sebab sibuk nak ikut aku ngan Wan! Baru nak dating! Hahahah....


* Klik gambar untuk gambar lebih besar

Ni lak antara pics RBR masa nak turun gi pantai untuk sukaneka... Saje je snap2 pics kat sana.... Haa.... Yang baju oren tu Ful ngan anak Kak Shah, Daniel ( Baby )....


* Klik gambar untuk gambar lebih besar

Lihat gambarajah diatas, gambar-gambar menunjukkan beberapa aktiviti yang melibatkan guru-guru dan pasangan mereka.... Antara aktiviti dijalankan, masukkan benang dalam jarum pastu masukkan lak manik! ( Motif? ) Untuk Kak Mai beading baju kurung ler! Apa lagi... Hiks!

Kalau nengok ust Rahim, punyalah tekun nak masukkan jarum jarum tu, last2 ntah apa yang masuk pun den tak tau!

Kak Ros lak, pose2 manja ala2 teringat masa muda2 dulu pernah masuk PRKFC ( Pertandingan Ratu Kebaya Felda Chempelak 1967 )... Tapi malangnya sampai separuh akhir pertama jer! :P


* Klik gambar untuk gambar lebih besar

Haaa.... Antara aktiviti lain dijalankan, cikgu2 perempuan kena kupas bawang putih... Pastu timbang, sape paling berat dia menang! Nape Kak Odah tak memang? Bukan ke kak Odah yang paling berat.... OOOpppppssssss..... Silap! ( maap ye, adik gurau jer! )


* Klik gambar untuk gambar lebih besar

Ni lak pics untuk anak2... Ada tiup belon, ada cari gula2 dalam pasir.... Yang menang, of course le, anak Kak Mai... Nak tau kenapa, Kak Mai siap anta anak dia tuisyen ajar cari gula2 dalam pasir! Hahaha... Joking!

Pape hal pun, ada gak wakil aku menang - Ful & Daniel ( lari tiga kaki ).... Habis je aktiviti, kitorang pun berendam lagi kat kolam tu....! Malangnya, Shuhar dah berkali2 mencuba, tetap tenggelam dalam air tu....! Sedih kan! :p


* Klik gambar untuk gambar lebih besar

Malam tu lak, ada BBQ.... Ingatkan ala2 bakar sendiri, rupanya amik yang dah siap dibakarkan... Pape hal pun, makanan banyak tapi my fav was the lamb! Succulent! ( Betul tak ejaan dia kak zila? )

Pastu, ada acara bagi hadiah untuk yang menang acara telematch petang tadi.... Pastu ada cabutan hadiah bertuah lak tu.. Malang nya, aku tak dapat! Benci... Sabotaj sangat! :p... Saje je Kirin suami Jue lekatkan nama aku pakai gam kat bawah balang tu... Tak nak kasik nama aku naik....!

Untuk aktiviti malam lak, kitorang diberi sehelai lukisan dan dikehendaki mewarnakannya... Kat atas tu hasil yang aku bangga2kan.... Sebab aku sorang ke kaler warna anak mat saleh!


* Klik gambar untuk gambar lebih besar

Esoknya, aktiviti bermula awak pagi. Seawal 6.45 sume dah bangun tapi ramai yang baring balik sebab hujan lebat... Tapi, kejap jer.... Pastu kitorang berkumpul untuk senamrobik dibawah kelolaan ustaz Rahim.... Walau pun sekejap, tapi seronok dengar celoteh dia dan pagi2 je aku dah tersengih2 dan berpeluh!

Pastu, aku, Kak Shah ngan Abg Usop, amik kesempatan gi gym dia... So, merasalah berkayuh2 mengeluarkan peluh naik mende tu.... Pastu naik treadmill.... Rasa ringan je badan.... Shuhar lak kezzi sangat sebab dia cakap aku macam peserta The Biggest Loser.... Sedih aku.... Nasib baik Wan ada pujuk! Hahahahaha....


* Klik gambar untuk gambar lebih besar

Ni lak masa breakfast esoknya.... Lihat wajah Jue yang ala2 terkejut dalam membuat pilihan nak makan yang mana satu....! "Confuse uols" Kata Jue.... Makan dia biasa jer.... Sedap lagi den masak.... Sorry uols, taste i tinggi! Yang sedap aku rasa kacang panggang tu jer! Yum....


* Klik gambar untuk gambar lebih besar

Last activities for the weekend was this! Buat sea monster pakai tanah.... Hahaha.... Kalau nak tau, macam2 creature yang jadik! And of course mine is the best.... Aku team up with kak shah since abg Usop ngan Ful masih lagi berenang di katil memasing!

Memang pagi tu aku rasa seronok sangat... Dengan cuacanya yang ala2 manja je, tak panas, redup sangat.... Menyamankan... Pulak tu bersama2 ngan kengkawan..... Rasa sangat macam family.... Miss that moments!

Last sekali, acara bergambar beramai2 dengan baju rasmi yang cun tu... Hijau yang menenangkan jiwa yang lara....! Pastu, apa lagi, berendam lagi kat kolam tu buat kali terakhir sebelum check out.... Kan best kalau kat sekolah ada kolam macam ni.... Leh la Kak Odah ngan Kak Mita ajar Shuharni yang tak reti2 berenang tu....!

Tak sangka kan, Kak Odah leh berenang! Hahahaha.... Seakan magik! Last sekali ialah acara penyampaian hadiah dan makan2 dan pastu semua pun beransur ke halaman masing2.... Aku pun dengan rasa sedih meninggalkan paradise dan kembali kedunia nyata.... Sepanjang kat sana, aku enjoy sesangats dan hilang segala tension dan tekanan kerja.... Memang tak ingat langsung kerja kat sekolah tu... Hehehe....

Apa2 pun, hopefully, next year will be bigger and better....


Links to this post
0

First Class All The Way!

Posted by Cikgu Fitrie on 12:47 AM in , ,


Hari Keluarga SK Bandar Putra, Segamat 2009...

We are one big happy family.... I really had fun...!

Links to this post
0

3 days and counting....

Posted by Cikgu Fitrie on 9:35 PM in , ,



Reminiscing childhood memories, many unforgivably shameful but innocent and cute behaviors fluttered in my mind right away! Just like any other red cheeck-ed lad, often did I had sleepless night, when it came to road trips... Yup.... And if you tried to denied having the same situation, you would propably be lying.... Coz, its a psycologically thingy! Most normal kids faced the same experienced!

But, some how, years passed my school's road trips, still I had and still have the same o experince! I know, such a silly kid, having hard times keeping my eyes closed and my mind free... This mainly contributed by the most anticipated event of the month, Hari Keluarga SKBPS... Poyo kan!

So what, its not like I'm asking for it... It just happened like a relapse... Can't help it.... But then again, I put too much tought into it, hence, the owl syndrome!



It's going to be at Rompin Beach Resort... I know it's not the most grandeur place to lay my head in, but it the company that matters! And of course, the journey matters too! Beside, I get to spend quality time with closest friends and their family as well.... It wouldn't be hari keluarga without any family now would it?

But hey, I'm looking forward for this! RBR, here I come!



Links to this post
0

Akta Rahsia Rasmi....

Posted by Cikgu Fitrie on 5:14 PM in
Luahan hati secara personal dan mendalam tak nak aku tulis kat sini.... merasa lah download kat bawah tu kalau nak baca apa yang aku dah tulis.... Mintak maaf la kalau sape yang terasa. Tapi sebelum tu, baca disclaimer tu dulu....!

Disclaimer : I will not take responsibility for the action you have taken or will take. But, I strongly suggest you do not click and download the link below. Any possible problems that you might face is solely your responsibility.

Kutukan berbisa, klik disini : rahsia

Enjoy! ( and jangan marah yer! )

Links to this post
0

My new scents... Again....

Posted by Cikgu Fitrie on 10:27 PM in ,


Walau pun Armani Diamond dah lama keluar, masa g Langkawi tahun lepas pun aku ada sampling tapi aku tak berkenan langsung ngan bau dia ni.... Ntah, masa aku ngah survey2 perfume yang bau ala2 woody ala2 tough gal baunya, I came accross this Diamond Intense... Bau dia lagi kuat dari Diamond tapi tak lah sampai menyesakkan hidung...



Tapi, it reminds me of CK Crave yang dah discontinued tu dulu.... ( Ikut idung aku ler )... Mula2 Crave tu aku pening sangat bau dia, last2 bila orang cakap bau tu sesuai ngan aku, gradually i fell in love with it... Merasalah pakai 2 botol Crave tu sebelum amoi kat Mahkota Parade tu cakap, "Miss, Crave has been discon!".... I was like, "What? For real?" "Nevermindlah miss, since u are pretty, y dont u try Eternity Summer ( Ltd Edition )..."... Aku pun jawab ala2 kekwat, "I take one of those!"... Cheh!

Back to Diamond Intense ni, what I like was the packaging... Ala2 ada rhinestone jer kat kotak dia.... Rasa sangat macam Beyonce bila pakai Diamond ni... Heh!



Bukan tu jer, bulan ni bulan boros of the year.... Pic kat bawah tu explains all... Tengah craving for bags ler.... Matilah tak dapat discount lagi sebab Guess membership dah ntah kemana! Converse lak, my newly found fav bag!



Opppsss... Lagu satu pic bag tak upload lagi! Motif? Ahh.... Yang penting aku puas hati.... Sok dah takde duit, dok le kunyah tali beg Guess ngan MNG tu! Kalau haus, teguk je Diamonds tu tak pun Happy in Bloom yang tertinggal kat locker bilik guru!...


Links to this post
2

Luahan hati....

Posted by Cikgu Fitrie on 9:50 PM in , ,

Wah... Wah.... Wah.... Cikgu2 kita rupanya ramai dapat APC.... Tahniah..... Baru dua hari lepas, dah masuk berita dalam laman web sekolah....

Aku lak rasa macam under appreciated jer, aku dapat guru inovatif sekolah rendah daerah Segamat, yang pertama di SKBPS, yang dah mengharumkan nama sekolah ni ( aku rasa lah ), dah nak dekat berbulan2 ni langsung takde berita... Sedih...

Bias kah? Ignorant kah? Kronism kah? Diskriminasi kah? Atau semua yang dinyatakan tadi??? Entah lah.... No komen....

Sape lah kita....! Kita cikgu menumpang je kat sekolah ni... Tak layak masuk web sekolah....! :(





Yang penting, korang ader ni?


Dan sekarang ni, aku menanti jawapannya....


Links to this post
0

Gila Bola...!

Posted by Cikgu Fitrie on 8:05 PM in ,

Skang ni si Ful tengah gila bola lak....! Ntah2 tiba2 je nak main liga kat Kuala Pilah.... Tu lah yang berlaku Ahad lepas....





Tak alih2 je dia cakap nak join budak area kampung dia lawan liga Piala Dato' Hassan Malik katanya.... Ya kan je lah!




Sebelum sepak mula.....



Sesi warm up.... Ala2 pro jer!



Ntah apa la yang diorang bincangkan tu agaknya.... Pas match tu aku tanya Ful, dia pun tak tau bincang apa.... Dia cakap, borak2 kosong je sebab kumpulan lagi satu tu pun buat mcm tu! Motif?



Diorang lawan dengan budak2 Inas... Agaknya lah... Not sure.... Tapi masa first quarter tu, permainan memang berat sebelah gol Ful... Nasib baik le goalie dia tu hebat! Kalau tak gerenti, awal2 dah kene belasah....!





Pics masa match....



Sesi salam bersalaman dan maaf bermaafan apatah lagi setelah Ful menolak dengan ganas dan menendang striker kumpulan lawan.... Motif? Lagi?



LOSERS.....



WINNERS......


Keputusannya :

Inas 4 Ful and the gang 0..... Nangis!


Links to this post
0

Mee Famous Kuala Pilah

Posted by Cikgu Fitrie on 10:00 AM in


Semalam ( Ahad ), aku ngan Ful berkesempatan makan kat kedai mee goreng yang popular kat Kuala Pilah... Itu pun sebab mak Ful tak masak, so Ful ajak makan kat luar....

Tempat ni memang ramai yang makan.... Ful kata, ada satu lagi kedai makan camni yang dimiliki oleh abang tauke kedai ni... Tempat dia kat Pilah Perdana... Kat sana pun sedap gak!

Kedai ni letaknya kat pasaraya Upwell kat Melang... Tempat dia kat belakang Upwell tu... Kalau malam minggu tempat tu memang penuh dengan orang2 yang menjamu selera.... TAPI, untuk pengetahuan semua, kedai tu bukan kedai melayu tapi kedai cina... Tapi pelanggannya mostly melayu.... Thats why, tak rasa was-was makan kat situ... Dia masak pun depan kita, so nampak le apa yang diletaknya... Nak nengok dia masak skali pun takde masalahnya....



Apa2 pun, kalau sape dah sampai sini, cuba2 lah rasa mee goreng kerang dia...! 5 bintang!



Mee + Kuew Tiew Goreng Kerang



Mee Goreng Kerang

Links to this post
0

Plan Raya.....

Posted by Cikgu Fitrie on 8:59 PM in , , ,
Raya ni banyak yang aku dah plan.... Dari persiapan baju raya hinggalakah apa yang dibusinesskan raya ni.... Sebenarnya, dari raya tahun lepas, aku and ful dah decide nak berniaga tahun ni... Sebab, bisnes venture tahun lepas worked out unexpectedly well....

Nak tahu tahun lepas wat business ni hah ngan abang ful....







Yup, tahun lepas ada lah ratus2 jugak dalam tangan lepas dah bagi2 kat pekerja.... So tahun ni kitorang nak venture yang gila2 sikit sebab tahun ni nak jual lemang n rendang and target nak jual 1000 batang jer di samping beli lembu sekor dan jual dagingnyer....

Bukan apa, kat Kuala Pilah ni, orang tak beli daging mcm org Johor ( aku cakap ttg family aku k... ). Mak ngan abah aku beli kat pasar jer.... Hehehehe... Tapi kalau ikiyt family ful lak, diorang beli masa "memantai".... Aku pun tak leh nak elaborate tentang aktiviti memantai ni... Yang aku tau, sepanjang jalan dari Batu Kikir ke Kuala Pilah ke area Bukit Putus tu, semua orang jual daging tepi jalan.... Tu yang aku nampak ler.... Tapi mcm meriah je nengok sebab setiap 10 meter ada satu orang jual lembu tu....

Mak Ful cakap, org2 tu memang banyak untung nyer.... Tu le pasal, tahun ni nak try lak nasib kat bisnes ni.... So, pape hal, tunggu dan lihat.....

Cerita pasal raya lagi ni, tadi aku baru jer tempah kuih tahunan aku.... Kuih tahunan? Hahaha... Kuih yang aku selalu tempah tiap2 tahun semenjak dikenalkan kepada aku.... Apa lagi kalau bukan Jejari Cornflakes ( my fav ) and Biskut Badam....

Tak tau le sape yang buat, tapi yang pasti kawan Kak Odah.... Bukan nak puji ke aper, tapi kuih tu memang sedap dan cukup tastenya.... Uols pun tau kan, taste aku tinggi! Hahahaha.... Cuma tahun ni aku nak tempat satu lagi kuih yang aku tak pernah makan sehinggalah tahun lepas....

Kuih ni, mak cik aku yang kat Bukit Batok ( Sg ) yang buat.... Memang excellent n modern sangat rasanya... Delightful delicacies..... Memang sodap.... Nama dia aku tak berapa ingat tapi base dia mcm base cheese cake, pastu atas dia ada cheese yang ala2 melting je dan ditabur dengan pistachios hancur.... Memang sedap.... Sebab tu, biskut tu kena simpan kat tempat yang dingin or dalam fridge....

Kawan2 aku yang bertuah makan kuih tu cuma Sim ( dari SJKC Pekan Air Panas ) dan sorang cikgu dari Mersing sebab aku bawak kuih tu sekali masa pertandingan Kajian Tindakan Negeri Johor kat Kota Tinggi tahun lepas....

So, kalau sesape teringin nak rasa, raya ni datang rumah k... Tapi kalau nak datang, set dulu tarikh dan masa....!
Haaa.... sebelum terlupa, tahun ni aku nak rasa gak, kuih Bubble Rice kak Ima Mahadi..... Dia tak kedekut nak makan banyak mana, cuma kedekut nak bagi resepi jer.... Hahahaha..... Jangan marah kak Ima.....! So, kalau bwk sekolah, jangan lupa simpankan untuk adik mu ini....


Links to this post
0

Idea tiba tak kira masa....

Posted by Cikgu Fitrie on 10:07 PM in
Betul tak? Sometimes idea ni datang tak kira masa.... Sebelum tidur la, masa dalam bilik air lah, masa mesyuarat SPSK lah, masa ngah ngumpat boss kita lah.... Hehehehe....! The point is, idea comes abruptly anytime any second....

Ceritanya begini, masa tengah handle kursus motivasi tahun 6 sabtu lepas, aku ajar topic social expressions, puntuations and simple present tense pada kumpulan budak2 group 3. Tahap sederhana dan lemah bleh dikatakan....

Masa tengah ajar tu, many of them having difficulties answering simple present tense correctly.... By my experince in teaching, the easiest tense among all is simple present tense lah... Kalau salah jawab soalan ni memang le something unacceptable.... Sedih sangat kalau tak tau... And unfortunately, mmg ramai yang clueless and tak confident and was was nak jawab soalan ni....

Dalam kesedihan tu, tetiba jer idea datang untuk mempermudahkan masalah ni.... So, untuk next year dah ada tiga kajian tindakan in hand.... Untuk permasalahan ni, aku dah wat satu formula iaitu "One, Two I Love You, Plus S No S" Rhyme.... Haaaa.... Kalau na tau lebih detail, tunggu yer.... Sebab tahun ni fokus pada "Fingters" aku.... Next year mungkin nak proposed formula ni ( Matematik ) : "+M-L=E" atau formula ( pentadbiran dan sekolah ) : "ZePetTri".... Hahaha... Saje je tajuk formula ala2 misteri, saje kasik orang notice!

Entah le, kalau tetiba je idea datang lagi, maybe tahun depan aku akan hantar 5 ke 6 proposal lak pastu bertanding lawan diri sendiri! ( motif konfiden dapat masuk final? )

Links to this post
0

Confession of me on a boring weekend....

Posted by Cikgu Fitrie on 10:09 PM in
Absolutely a boring and lifeless weekend... Minggu ni rasanya minggu paling boring the whole year so far... Nape? Sebab, first time ever, hujung minggu tak balik Negeri Sembilan, tak jalan2 or tak balik JB... Kenapa? Entah ler....

Ingatkan nak rehat2 je hujung minggu, tapi dok rumah rumah rupanya tak best kan kalau hujung2 minggu ni.... Walau pun semalam ada gak gi jalan2 pusing2 dari Segamat Baru ke Batu Anam ke UiTM ke Jementah ke Bukit Kepong ke Segamat dan balik semula ke Segamat Baru.... Tapi rasa biasa jer.... Entah ler, weekend ni rasa liveless and lifeless....

Hari ni lak, ingat nak bangun sampai kol 1 ke 2 tengah hari, tapi kol 8 je mata dah tak ngantuk, nak breakfast luar, rasa tak semangat lak... Korek2 fridge tu, goreng fries and chiken drummet.... And that was my breakfast.....

So, sampai tengahari dok main Ultimate Alliance je.... Skang ni baru le rajin nak layan PS balik.... Tu je aktiviti sepanjang hari.... Tapi kalau main game ni tak ingat dunia kan... Dari kol 11 pagi sampai kol 5 ptg dok layan mende ni jer... Hahaha...



Oh lupa, hari ni sempat masak rendang ayam telur... Merasa lah kak Shah ngan Abang Usop makan rendang hari ni kan.....!



Links to this post
0

Variasi Kuih Apam...

Posted by Cikgu Fitrie on 9:39 AM in , ,
Kalau kita banyak berjalan ketempat orang, banyak makanan yang tak pernah kita jumpa kita akan jumpa... Haaa.... Ni salah satu makanan yang aku jumpa kat Negeri Sembilan.... Ni ialah apam daun rambai...

Mungkin orang2 kat Johor ni pelik dengar apam ni, tapi tu lah kenyataannya.... Bancuhan apam ni dibungkus dalam daun rambai sebelum dikukus... Rasa dia pun lain sikit... Sebab ada rasa daun sikit... Hehehe...

Tapi apa2 pun, sebenarnya banyak lagi variasi makanan orang Melayu ni mengikut tempat... Tapi kalau aku lak, aku masak dalam aluminium foil... Modern sikit! :p



Kuih yang mak Ful masak! Sodap!

Links to this post
0

Lychee.... Sodap!

Posted by Cikgu Fitrie on 8:51 AM in ,

This is yet my another favourite fruits... Lychees.... Yup, memang suker... Masa kecik2 dulu mak selalu beli kat Woodlands, Singapore.... Masa tu currency Malaysia masih tinggi lagi...

Mak aku ada tanam pokok ni kat rumah lama aku dulu.... Tapi sampai sekarang ni pokoknya tak pernah berbuah.... Pokok jantan kot!

Erm.... buah lychee ni sebenarnya ada gred dia gak... Sama mcm mangga ada gred a, b, c dll.... Kalau mangga harum manis ( Perlis ) gred dia ikut saiz... Yang besar gred a, yang paling kecik gred c... Lychee yang aku beli kat Segamat ni isi dia nipis sikit dan saiz dia pun kecik sikit berbanding ngan yang aku beli kat Kota Tinggi...

Serious aku cakap, memang beza ketebalan isi dia.... Yang beli kat kota tu, memang manis n tebal isi dia... Juicy sangat!

Dan yang tak bestnya, lychee ni tak leh simpan lama... Kalau simpan lama isi dia masam sikit... So, kena makan and habiskan sebaik je beli! Hehehehe.... So, tak sabar nak tunggu musim lychee lagi....



Lychee Segamat ( yg dijual kat Segamat )...



Lychee Kota Tinggi ( yang dijual kat Kota Tinggi! )...

Links to this post
0

Jadual Baru....

Posted by Cikgu Fitrie on 10:41 PM in ,


Haaa..... Nilah jadual baru aku.... 31 waktu + perhimpunan + LET = 34 waktu seminggu. Tak campur relief lagi.... Rasanya, beban sikit lah jadual waktu kali ni... Especially, hari Selasa, kesian budak kelas hujung2 tu, cikgu dah letih nak ngajar! Aku ni dah le banyak sangat sakit, cepat je letih dan tak berstamina... Tak tau le, sebab banyak sangat amik medication kot...

Walau pape pun, core business aku ialah mengajar, so, aku akan tetap mangajar... Kerja2 lain, tu nombor dua.... Jadi, kepada sesape yang nak mintak tolong dengan aku, tapi aku malas, jangan le makan hati, sebab, ibarat kata orang nogori, eden lotih! So, sesape ada tips macam mana nak bertenaga sepanjang hari, bagi tau aku k...! Sebab memang tak larat.... Sumpah!

Links to this post
0

Makanan eksotik?

Posted by Cikgu Fitrie on 10:16 PM in ,



Semua orang mesti tertanya2, apa mende kat atas tu... Rendang limpa? Daging masak lada hidup? Hati masak pedas? No.. no... no.... Tu sebenarnya telur belangkas.... Yup, belangkas masak pedas....

Haaa.... Kalau semua nak tahu, salah satu tempat makan popular dan unik kat Kota Tinggi tu ialah kedai ni....



Gerai Belangkas Mahkota.... Tempatnya kat bandar Kota Tinggi, bersebelahan dengan Esso kat simpang Kampung Makam....



Bukan apa. masa cuti tu aku demam, so teringin lak nak makan mende yang bukan2.... Tetiba je teringat kat kedai belangkas tu, so aku suruh le bapak aku belikan.... Bapak aku cakap, tak boleh bungkus, kena makan kat situ je... Tapi bapak aku kelentong, anak dia dalam hari, mengidam nak makan belangkas.... So, mak cik tu bungkuskan ler..... Hehehehe....



Selain belangkas, kat situ ada gak jual mende lain, antaranya lala masak lada hitam, kupang masak pedas dll.... Memang sedap! Bagi korang yang tak pernah makan belangkas, orang makan telur belangkas je.... Selalunya orang masak lemak... Tapi, kat kedai ni dia masak pedas, sedap gak.... Rasa telur belangkas ni macam kenyal sikit... Dia kecik2 jer, warna kuning oren... So, kalau teringin nak makan, jom le ke Kota Tinggi, Bandar Bersejarah!


Links to this post
0

Lagi pics Hari Guru 2009....

Posted by Cikgu Fitrie on 9:34 PM in , ,
Finally, jumpa pun cable hp after so long been looking for it... So, dapatlah masukkan pics dalam hp ni dalam laptop ni.... Ni antara pics hari guru lepas yang aku amik tu... So, Izad nengok le puas2 cawat kau tu k! Hahahaha....






Ni lak team paling best masa hari guru ni.... Hahahaha...... Dari kiri, aku, Mak Hayam Shah, Ust Din, Jazzmill, Noraini dan Mak Hayam Mai....! Jangan marah!




Izat memastikan cawat yang dipakainya tidak tertanggal! Hehehehe......




Sumpit Din jangan tak sumpit!





Ni lak pics masa jamuan hari guru tu... Konsep asal nak makan ala jawa, tapi last minit tukar menu lak... Frankly speaking, secara jujur dan ikhlas, memang tak sedap. Walau pun perut lapar tapi terus hilang selera.... Memang tak sedap.... Memang tak.... Tak dinafikan tak sedap.... Tak sedap sangat.... Spoil je hari guru tahun ni.... Ish.... Memang geram lah sebab tak sedap!




Menunya, ikan siakap 3 rasa, tomyam campur, ayam goreng halia, kangkung goreng belacan dan pudding buah.... Erm..... Sorrylah yer, memang tak kena dengan tekak! Markah 1/10.... Cuba lagi!




Kak Odah dengan seriusnya memilih sudu yang sesuai untuk digunakan!




Ni tradisi turun temurun hari guru sekolah aku... Mesti ada kek....



Ni Din ngan Asri, sedang menapau makanan...! Hehehehe....

Tak sah entry hari guru ni tanpa pics hadiah yang diterima.... Walaupun tak banyak, tapi ucapan terima kasih pada semua yang mengingati diri ini....!



Salam sayang......!

Links to this post

Copyright © 2009 Cikgu Fitrie menulis... All rights reserved. Theme by House Of Hanna Ritta. | Bloggerized by Hanna Ritta.