0

Makanan eksotik?

Posted by Cikgu Fitrie on 10:16 PM in ,



Semua orang mesti tertanya2, apa mende kat atas tu... Rendang limpa? Daging masak lada hidup? Hati masak pedas? No.. no... no.... Tu sebenarnya telur belangkas.... Yup, belangkas masak pedas....

Haaa.... Kalau semua nak tahu, salah satu tempat makan popular dan unik kat Kota Tinggi tu ialah kedai ni....



Gerai Belangkas Mahkota.... Tempatnya kat bandar Kota Tinggi, bersebelahan dengan Esso kat simpang Kampung Makam....



Bukan apa. masa cuti tu aku demam, so teringin lak nak makan mende yang bukan2.... Tetiba je teringat kat kedai belangkas tu, so aku suruh le bapak aku belikan.... Bapak aku cakap, tak boleh bungkus, kena makan kat situ je... Tapi bapak aku kelentong, anak dia dalam hari, mengidam nak makan belangkas.... So, mak cik tu bungkuskan ler..... Hehehehe....



Selain belangkas, kat situ ada gak jual mende lain, antaranya lala masak lada hitam, kupang masak pedas dll.... Memang sedap! Bagi korang yang tak pernah makan belangkas, orang makan telur belangkas je.... Selalunya orang masak lemak... Tapi, kat kedai ni dia masak pedas, sedap gak.... Rasa telur belangkas ni macam kenyal sikit... Dia kecik2 jer, warna kuning oren... So, kalau teringin nak makan, jom le ke Kota Tinggi, Bandar Bersejarah!


0 Comments

Copyright © 2009 Cikgu Fitrie menulis... All rights reserved. Theme by House Of Hanna Ritta. | Bloggerized by Hanna Ritta.