0

We are family!

Posted by Cikgu Fitrie on 11:42 AM in , , , ,

Minggu ni minggu relax sikit sbb bebudak ni tengah exam, so, mari kita meng-upload, pic2 hari keluarga kat Rompin Beach Resort semalam and a day before...

Ok, pics kat bawah ni ialah pics masa mula2 event.... Yang gambar dalam office tu, masa hari Jumaat, briefing oleh kepala program : Kak Norpisah! Pastu, hari berikutnya, aku, Shuhar, Aini dan of course Kak Shah, berkumpul kat simpang Muadzam, pastu dalam kol 10.30 kitorang pun gerak... Ooooppssss.... Lupa, aku n Ful gerak dari K Pilah sebab nak suruh mak dia masak lauk untuk makan nti....



* Klik gambar untuk gambar lebih besar

Sampai je kitorang pun terus check in... Luckily, bilik aku ngan kak Shah, sebelah2... So, senang nak bincang pape hal...! Lepas check in, aku n the geng pun makan le makanan yang kitorang bekalkan.... Aku bawak daging salai masak lemak, ayam masak son ngan nasik serta karipap... Shuhar bawak sayur goreng ngan nasik serta air sarsi and Aini bawak ayam masak merah... Kak Shah, bawak perut jer!


* Klik gambar untuk gambar lebih besar

Pas makan, apa lagi, aku, Ful, Shuhar and Wan serta anak2 kak Shah, mandi manda kat swimming pool dia.... Unfortunely, pics tak banyak amik sebab masing2 syok mandi dari kol 2 sampai kol 5...! Hahahaha.... Pic atas tu pic Shuhar tengah marah dengan Wan, sebab Wan ajak aku mandi2 bersama, pastu Shuhar kena marah lagi ngan Wan sebab sibuk nak ikut aku ngan Wan! Baru nak dating! Hahahah....


* Klik gambar untuk gambar lebih besar

Ni lak antara pics RBR masa nak turun gi pantai untuk sukaneka... Saje je snap2 pics kat sana.... Haa.... Yang baju oren tu Ful ngan anak Kak Shah, Daniel ( Baby )....


* Klik gambar untuk gambar lebih besar

Lihat gambarajah diatas, gambar-gambar menunjukkan beberapa aktiviti yang melibatkan guru-guru dan pasangan mereka.... Antara aktiviti dijalankan, masukkan benang dalam jarum pastu masukkan lak manik! ( Motif? ) Untuk Kak Mai beading baju kurung ler! Apa lagi... Hiks!

Kalau nengok ust Rahim, punyalah tekun nak masukkan jarum jarum tu, last2 ntah apa yang masuk pun den tak tau!

Kak Ros lak, pose2 manja ala2 teringat masa muda2 dulu pernah masuk PRKFC ( Pertandingan Ratu Kebaya Felda Chempelak 1967 )... Tapi malangnya sampai separuh akhir pertama jer! :P


* Klik gambar untuk gambar lebih besar

Haaa.... Antara aktiviti lain dijalankan, cikgu2 perempuan kena kupas bawang putih... Pastu timbang, sape paling berat dia menang! Nape Kak Odah tak memang? Bukan ke kak Odah yang paling berat.... OOOpppppssssss..... Silap! ( maap ye, adik gurau jer! )


* Klik gambar untuk gambar lebih besar

Ni lak pics untuk anak2... Ada tiup belon, ada cari gula2 dalam pasir.... Yang menang, of course le, anak Kak Mai... Nak tau kenapa, Kak Mai siap anta anak dia tuisyen ajar cari gula2 dalam pasir! Hahaha... Joking!

Pape hal pun, ada gak wakil aku menang - Ful & Daniel ( lari tiga kaki ).... Habis je aktiviti, kitorang pun berendam lagi kat kolam tu....! Malangnya, Shuhar dah berkali2 mencuba, tetap tenggelam dalam air tu....! Sedih kan! :p


* Klik gambar untuk gambar lebih besar

Malam tu lak, ada BBQ.... Ingatkan ala2 bakar sendiri, rupanya amik yang dah siap dibakarkan... Pape hal pun, makanan banyak tapi my fav was the lamb! Succulent! ( Betul tak ejaan dia kak zila? )

Pastu, ada acara bagi hadiah untuk yang menang acara telematch petang tadi.... Pastu ada cabutan hadiah bertuah lak tu.. Malang nya, aku tak dapat! Benci... Sabotaj sangat! :p... Saje je Kirin suami Jue lekatkan nama aku pakai gam kat bawah balang tu... Tak nak kasik nama aku naik....!

Untuk aktiviti malam lak, kitorang diberi sehelai lukisan dan dikehendaki mewarnakannya... Kat atas tu hasil yang aku bangga2kan.... Sebab aku sorang ke kaler warna anak mat saleh!


* Klik gambar untuk gambar lebih besar

Esoknya, aktiviti bermula awak pagi. Seawal 6.45 sume dah bangun tapi ramai yang baring balik sebab hujan lebat... Tapi, kejap jer.... Pastu kitorang berkumpul untuk senamrobik dibawah kelolaan ustaz Rahim.... Walau pun sekejap, tapi seronok dengar celoteh dia dan pagi2 je aku dah tersengih2 dan berpeluh!

Pastu, aku, Kak Shah ngan Abg Usop, amik kesempatan gi gym dia... So, merasalah berkayuh2 mengeluarkan peluh naik mende tu.... Pastu naik treadmill.... Rasa ringan je badan.... Shuhar lak kezzi sangat sebab dia cakap aku macam peserta The Biggest Loser.... Sedih aku.... Nasib baik Wan ada pujuk! Hahahahaha....


* Klik gambar untuk gambar lebih besar

Ni lak masa breakfast esoknya.... Lihat wajah Jue yang ala2 terkejut dalam membuat pilihan nak makan yang mana satu....! "Confuse uols" Kata Jue.... Makan dia biasa jer.... Sedap lagi den masak.... Sorry uols, taste i tinggi! Yang sedap aku rasa kacang panggang tu jer! Yum....


* Klik gambar untuk gambar lebih besar

Last activities for the weekend was this! Buat sea monster pakai tanah.... Hahaha.... Kalau nak tau, macam2 creature yang jadik! And of course mine is the best.... Aku team up with kak shah since abg Usop ngan Ful masih lagi berenang di katil memasing!

Memang pagi tu aku rasa seronok sangat... Dengan cuacanya yang ala2 manja je, tak panas, redup sangat.... Menyamankan... Pulak tu bersama2 ngan kengkawan..... Rasa sangat macam family.... Miss that moments!

Last sekali, acara bergambar beramai2 dengan baju rasmi yang cun tu... Hijau yang menenangkan jiwa yang lara....! Pastu, apa lagi, berendam lagi kat kolam tu buat kali terakhir sebelum check out.... Kan best kalau kat sekolah ada kolam macam ni.... Leh la Kak Odah ngan Kak Mita ajar Shuharni yang tak reti2 berenang tu....!

Tak sangka kan, Kak Odah leh berenang! Hahahaha.... Seakan magik! Last sekali ialah acara penyampaian hadiah dan makan2 dan pastu semua pun beransur ke halaman masing2.... Aku pun dengan rasa sedih meninggalkan paradise dan kembali kedunia nyata.... Sepanjang kat sana, aku enjoy sesangats dan hilang segala tension dan tekanan kerja.... Memang tak ingat langsung kerja kat sekolah tu... Hehehe....

Apa2 pun, hopefully, next year will be bigger and better....


0 Comments

Copyright © 2009 Cikgu Fitrie menulis... All rights reserved. Theme by House Of Hanna Ritta. | Bloggerized by Hanna Ritta.