0
Al-Fatihah
Posted by Cikgu Fitrie
on
12:08 PM
Sabtu lalu, 1st May 2009, mencatatkan detik hitam dalam hidup aku. Satu tragedi yang sedih telah menimpa dalam keluarga aku. Satu kemalangan jiwa yang melibatkan saudara aku telah berlalu di Pantai Pamol, Kota Tinggi. Kejadian itu meragut nyawa abang kepada abang iparku, iaitu Allahyarham Kamaruddin Bin Idris. Allahyarham telah kembali kerahmatullah dan meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak.
Allahyarham meninggal kerana mati lemas di pantai itu ketika cuba menyelamatkan anaknya, Badrul Shafiq, 11 tahun dan anak saudaraku, Umaierrah, 12 tahun yang hampir lemas ketika itu. Allahyarham bersama2 abang iparku cuba menyelamatkan Shafiq dan Umaierrah, namun, sudah ajalnya, dia lemas. Bagaimana pun, abang ipar aku sempat menyelamatkan Shafiq dan Umaierrah. Abang iparku juga hampir lemas ketika menyelamatkan mereka berdua.
Sehingga kini, anak saudara aku, Umaierrah masih menyalahkan dirinya kerana mengajak mereka mandi di sana. Anak2 Allahyarham juga masih bingung dengan kejadian ini. Terakhir aku berjumpa dengan arwah adalah ketika dia mengambil anak2nya dari rumah ku dan ingin mengambil buah mangga di rumah aku. Itulah kali terakhir aku berjumpa dengan arwah.
Ajal sudah ditentukan, takkan ada yang mampu menghalangnya. Takziah buat keluarga Allahyarham dan Al-Fatihah...