0

Bad Mood dan kelab chess

Posted by Cikgu Fitrie on 7:28 AM in , , , ,
Tetiba je pagi ni mood aku tak berapa nak elok. Geram pun ada. Hopefully takdelah sampai kepetang mood swing aku ni. Tension la bila nak marah2 je ni. Blood presure pun naik mendadak2. I hate when things gone wrong or not according to plan. En Arm pun xde contact jugak. Frustnyer... I know dia tak rasa apa yang aku rasa, I just wish, he knew... Tu je kisah pasal bad mood.

Ni kisah chess pulak. Hari jadual x pack sangat... Pagi 7.20-8.20 ada satu murid satu sukan... Kena buat permainan catur. OMG, lupa nak sediakan bahan... Oppsss... Well, hey, nobody reminded me.. Hehe... Walaubagaimana pun, kelab chess ni setiap tahun ada je mende kelakar yang berlaku. Teaching a primary students with no formal training or knowledge with the games ni memang la mencabar bagik guru-guru catur ni. Especially bila cikgu nyer ni a.k.a aku pun sama2 tak tau pasal catur ni...


Last year, ajar budak ikut print dalam kotak catur tu... And the moves sume ada kat kotak tu... Tak salah pun aku at that time sebab ajar ikut manual kat kotak tu. I supposed memang betul la semua yang ada kat situ. And last year juga, ada few mixed up untuk pertandingan daerah / zon, last2 budak2 yg dah training selama over a month tu, tak dapat pergi... I was told ada yg nanges... huhuhu...

Then, this year i found out that, apa yang aku ajar tahun lepas salah. Ha? Yup, Supposed kedudukan king berhadapan dengan opponent tapi aku ajar kedudukan king tu bertentangan. Haiya! Apalah la punya syarikat yang kuarkan chess tu.. Hampeh...  Sib baik la tahun lepas tak anta wakil, kalau tak wat malu kompeni je.. hahaha...

Apa yang kelakar last year, yang sampai hari ni aku ingat lagi ialah bila sorang budak tahun 4 tahun lepas. Lepas dah terangkan cara jalan dll, aku arahkan agar budak2 ni main bersama pasangannya. Then bila budak2 sibuk nak check kan king lawan masing2, budak angkat tangan, seraya berkata "CIKGU, KALAU DAH HAJI NAK BUAT APA?" aku apa lagi, macam nak pecah perut ketawa... Haha... Main dam aji rupe nyer! hahaha...

This year pulak, ada budak tahun 3 ni, jalan kan kuda dia macam kuda perang. sauk semua! Kalau kita main, kuda akan makan buah yang ada kat hujung L tu kan, ni tak, dia makan semua yang ada dalam laluan L tu.. Haaaaish... Nampaknya kene kerja keras la kitorg tahun ni nak ajar bebudak ni main chess...






0 Comments

Copyright © 2009 Cikgu Fitrie menulis... All rights reserved. Theme by House Of Hanna Ritta. | Bloggerized by Hanna Ritta.