0
Tips Kajian Tindakan
Posted by Cikgu Fitrie
on
11:16 PM
in
Kajian Tindakan
Walaupun saya ni bukan orang yang selayaknya memberikan tips n tricks untuk kajian tindakan ni, namun melalui apa yang saya amati ketika sesi soal jawab semua peserta seminar kajian tindakan peringkat negeri johor 2008, dapatlah saya simpulkan disini bahawanya, apa yang dicari oleh hakim-hakim ialah inovasi di dalam kajian, kesannya kepada pelajar dan objektif kajian perlulah merujuk kepada pelajar dan kes itu sendiri. Inovasi : apa yang saya lihat, inovasi yang dicari oleh para hakim merupakan sesuatu yang mempermudahkan sesuatu masalah kajian itu sendiri, bukan merumitkannya lagi dengan teknik-teknik yang kita cipta. Banyak peserta lain menggunakan mnemonik dan lagu sebagai teknik dalam mengatasi masalah pembelajaran. pada saya, lagu dan mnemonik sesuatu yang menarik namun ianya ( pada saya lah! ) bukanlah inovasi yang baru. dan sekiranya ingin mengenengahkan sesuatu teknik, pastikan ianya merujuk kepada satu masalah kes yang kecil skopnya berbanding secara holistik. sebagai contoh, masalah tak ingat sifir, fokuskan kepada satu atau dua sifir sahaja serta menggunakan teknik yang sama untuk memahirkan pelajar terhadap sifir2 tersebut. jangan mencampur adukkan pelbagai teknik / cara untuk memahirkan pelajar untuk mengingati kesemua sifir2. well, ini cuma apa yang dapat saya simpulkan pada seminar tersebut. selain itu, wajaran yang perlu diambil kira ialah 60% laporan kajian tindakan dan 40% dari pembentangan. Untuk pembentangan pula, fokuskan pada teknik anda dan hasil dari penggunaan teknik tersebut. jangan over run time dengan menceritakan masalah yang timbul sebelum kajian, jangan meleret2 cerita tentang masalah pelajar, dan kalau boleh selitkan klip video untuk menunjukkan keberkesanan teknik kita... dan, of course, pastikan video dan pics pelajar sebagai bahan kajian ditutup matanya...!
untuk lebih maklumat layari : http://www.arjpnj.com