0

Makan apa best kat Dataran Senawang?

Posted by Cikgu Fitrie on 2:40 PM in

Masa mula2 sampai kat dataran senawang ni, teruja jugak lah nengok kehapenningan kat sini... especially malam minggu... Bersepah2 kedai makan dan bersepah2 gak lah budak2 muda mudi, tua tui, yang lepak2 kat sini... Mmg ramailah kalau malam minggu... Tapi banyak2 kedai kat sini, semuanya menyediakan hidangan yang sama, yang beza cuma sedap tak sedap jer... Antara kedai yang perlu disinggahi ialah restoran haji samuri, yup, kedai sate kajang tu ler... ( tapi aku sendiri tak pernah makan lagi kat sana )... Tapi mmg pack jugak lah org yang datang... Cuma satu je yang special kat sini, tempat makan dia mmg cantik, bersih, ada pokok2 kelapa bagai yang dihiasi lampu lip lap lip lap! Nama tempat tu, Penang Street... Dah nama penag street of course ler most of the food at the joint are penang food! Apa yang menarik kat situ yang aku dah cuba ialah crispy beancurd dia... mmg crispy mmg sodap! apa lagi ada? yang dah kitorang cuba masa tu, nasi goreng dia, chinese noodles and few other cuisine... lupa lah apa... tapi mmg tak mengecewakan.... So, kalau ada sesape nak cuba, silakan lah... Lokasinya di dataran senawang, kedai tepi, banyak pokok kelapa, sebelah dia butik baju ngan watson!

0 Comments

Copyright © 2009 Cikgu Fitrie menulis... All rights reserved. Theme by House Of Hanna Ritta. | Bloggerized by Hanna Ritta.