2

Pembentangan Kajian Tindakan

Posted by Cikgu Fitrie on 11:08 PM in
Esok aku sepatutnya membentang kajian tindakan aku, sekali lagi... Entah kenapa debaran sentiasa terasa... Huhu... Kemenangan dalam Seminar Kajian Tindakan 2008 bulan Oktober lalu bukan bermakna diri ni hebat... Tapi cuma mungkin kajian yang dijalankan tu mempunyai impak yang besar kepada pelajar2 aku lalu dinobatkan kajian terbaik 2008 peringkat negeri Johor...!

Dalam kajian tindakan ni sebenarnya, bukan sekadar on paper jer, tapi kajian dan teknik yang digunakan perlulah benar2 dipraktikkan di dalam kelas bagi mendapatkan gambaran dan hasil sebenar kajian yang kita jalankan dan teknik yang kita kenalkan...!

Kajian aku sebenarnya bukanlah dirancang, sebaliknya teknik yang digunapakai dalam kelas tu sebenarnya merupakan teknik yang di"jumpai" secara tak senghaja! Biasalah, as a teacher we have to be creative discovering new methods and techniques dalam menarik minat pelajar2 kita belajar selain mempermudahkan sesuatu pengajaran tu...!

Setelah teknik kajian aku tu, The Hand Sign Prepositions, digunakan 3 tahun lepas, sempat jugak aku ajarkan teknik ni kepada Cikgu Julaiha yang pada masa tu mengajar English tahun 1 gak... So, secara rasminya, teknik ini boleh digunakan dan mempermudahkan p&p dia...

After 2 years barulah mendapat ruang masa untuk menjadikannya kajian tindakan...
Jadi, khas untuk guru2 SK Bandar Putra, Segamat, klik links dibawah ni untuk download contoh kajian tindakan saya dan format penulisan secara ringkas.

Nota Taklimat Ringkas

Kajian Tindakan 2008 : The HSP


Untuk lebih terpeinci, klik link dibawah ini untuk format penulisan yang lengkap, contoh-contoh kajian dan terkini tentang dunia kajian tindakan Johor! Merasa!


Laman Web Rasmi Kajian Tindakan Negeri Johor

Selain tu, untuk matapelajaran science dan maths terutamnya, boleh dapatkan idea dan ubahsuai idea itu mengikut kesuaian pelajar itu... Page ni memang useful untuk semua...! Klik lagi!

http://www.magicmnemonic.com/math/mnemonic_examples_10149.html

2 Comments


Cikgu Fitrie,

KT yang baik mempunyai refleksi kendiri oleh guru terhadap PdP dia sendiri. Guru perlu membuat perkaitan antara pembelajaran murid (markah, sikap dll) dengan pengajaran beliau. Ini adalah kerana kelemahan guru adalah punca kelemahan murid.

Guru juga mengumpul data kualitatif semasa refleksi ini.

Selain dari itu KT itu dibuat secara bkumpulan at least 2 org di mana cikgu A adalah subjek kajian dan cikgu B membantu guru A dengan bersifat kritikal supaya guru A dapat membaiki amalannya. Guru B mestilah guru yang mahir dalam content knowledge dan pegagogi juga konsep KT. Jika guru A membuat individual, dia akan shok sendiri, perasan!

Menurut Cowey (pakar KT, ejaan betoi ke tak entah, hehehe), jika guru tidak mengkaji, analisa dan memahami kelemahannya sendiri terlebih dahulu, maka tak payahlah meneruskan KT tersebut !!! Sampai macam tu sekali, think of it...

Sesebuah KT itu baik/bkualiti bukan kerana tindakan yang kreatif, inovatif dan berkesan yang dijalankannya itu...

Sebaliknya, refleksi PdP yang lalu dan refleksi selepas kajian SANGAT penting, data kualitatif juga sangat penting.

Nampaknya masih ramai yang belum faham falsafah, konsep dan cara menjalankan KT.

Fikir2kan dan selamat beramal...

Ikhlas dari JU KT


tq.. saya setuju.. sekarang ni, kajian tindakan juga bnyak membantu saya memahami apa itu konsep mengajar yang betul.

Copyright © 2009 Cikgu Fitrie menulis... All rights reserved. Theme by House Of Hanna Ritta. | Bloggerized by Hanna Ritta.