0

Home Makeover Part 1

Posted by Cikgu Fitrie on 1:09 AM in

Entry ni sepatutnya berzaman dah siap... Tapi oleh kerana kesuntukkan masa sebab sibuk berjalan2 dan bercuti2 Malaysia ni, so hari ni ( ooops, actually its 1.12am, so kira pagi ni lah )barulah ada mood n masa nak tulis blog ni...

Mana nak start ni ek... Owh... Ok...

Mula2nya makeover ni untuk raya lepas... Tapi tertangguh sebab busy nak siapkan kajian tindakan... Budget nyer pun dah ada masa tu... Tapi dek sibuk ngan kajian tindakan tu, lepas raya habis baru dapat buat!




Mula2 barang2 umah dipunggah keluar untuk kerja2 mengecat! Dulu tema merah oren, oleh kerana merah n oren dah org tak pakai lagi, si kita pilih ala2 konsep khakhis gitu...! So, pilihan warna kali ni kelabu n dark cream... Ntah apa ntah nama dia... Nanti check jap kat tong cat jap... Haa... Zambesi Rocks ngan Banana Toffee, tajaan dari KCC Koreton Plus... Banyak lah tajaan kau!





So, pas dah kosongkan ruang yang tak seberapa tu, mulalah adegan cat mengecat oleh Ful ngan Epy... Bytheway, Epy tu kawan Ful yang kerjanya sebagai polis...!



Lihatlah betapa gigihnya pekerja2 upahan ini membuat kerja! heheheh... Setelah keempat2 dinding tadi di cat dengan sempurnya, kini tibalah saat yang ditunggu2... Ketibaan perabot2 yang dibeli di Bahau, seolah2 kat Segamat kedai perabot dah pupus atau hanya tinggal nama kerna dihanyut banjir 2006/2007! Hahahah... Takdelah, sebab kebetulan murah kat sana... Kos penghantaran cuma rm20 saja...! ( terkezut tak )...




Antara barang2 yang berjaya di beli ialah, satu sofa L ( sofa lama nak letak kat skolah), meja makan untuk 4 org ( meja makan lama dah bagi kat Din ), 1 set kerusi tea vinyl ngan meja tea dari siapan yang sama, pemidang, cabinet baju yang akan dijadikan storage dan.... erm... tu jer...


0 Comments

Copyright © 2009 Cikgu Fitrie menulis... All rights reserved. Theme by House Of Hanna Ritta. | Bloggerized by Hanna Ritta.