0

Cuti-cuti Malaysia : Penang Pt 2

Posted by Cikgu Fitrie on 1:55 AM in
Hurm... Kita sambung semula k... Katne tadi? Ok, kat bukit bendera...






Ni la tiketnyer... Pic baru jumpa... Hehehe... Ok, sebenarnya journey mendaki dalam tram yang sempit dan crowded tu punyalah membosankan... Memang nampak cam best, tapi cubalah bayangkan, mende tu gerak punyalah slow and there is nothing to see except pepokok yang sama je dari bawah sampai ke puncak tu...! Nasib baik diri kat seat belakang driver dia, at least nampak lah depan...!



After several boring minutes akhirnya sampai kat post tengah... Nasib baiklah naik sampai post tengah jer, kalau sampai atas, matilah bosan! At least sampai kat atas tu ada gak mende yang menarik untuk dirakam n dinengokkan! Nampak lah menara KOMTAR, jambatan Pulau Pinang n other landmarks...







Ada lagi pics nya tapi buang mase je nak upload sebab sumenya samer... So, dok pusing2 kat area situ, tak sabar nak turun lak!





Sebelum balik sempat gak kenang2an kat sign dia... So, gerak balik ke town centre sambil dengar ERA kat radio, tiba2 dia cakap skuad perodua era ada kat Penang... Dengar2 punya dengar ada kat Taman Bunga... So, apa lagi, kejar yop kejar! Sampai2 sana dah Marghrib dan hari dah gelap... Skuad tu pun dah nak habis... So memandangkan dah gelap dan segan nak join, nengok ari jauh jer... Pics pun tak sempat nak snap! Takpelah next time jer k....

So, hari dah nak malam, kitorg decide balik hotel, mandi2 n rehat2 jap sebelum makan malam... Eh lupa, sebelum gi Bukit Bendera tu, sempat gak jalan2 kat komtar nan kosong tu dan area2 situ...! Sempat lah snap2 pics masa kat atas jejantas tu...!




Mana ntah pics yang lain, tak jumpa lah... Ni je lah.. Bak kata orang jangan kasi kempunan... Hehehehe... So, pas dah sampai hotel biasalah mandi manda bagai, pastu head out gi makan lak... Call kak shah, tanya dia kalau kt penang mana makan best, dia pun dunno! So, tanpa arah, pusing2 sampai ke Bayan Lepas cari kedai makan...

Sebelum sampai ke Queensbay Mall tu, ada satu area kedai2 makan kat tepi laut... Ingat nak makan kat situ, tapi masa nak patah balik lepas gi ronda2 kat luar Queensbay tu, ntah kat mana silapnya, tak jumpa jalan ke tempat tu last2 dah masuk kat bandar balik...! Duh!

One thing kat penang ni, kedai2 makan tak bersepah2 macam kat Segamat lah! Punyalah susah nak cari tempat yang ramai dok makan, last2 makan kat restoran depan hotel tu...!






Khusuk Ful makan sebab perut dah lapar! Hehehehe... Nasib baik lah kitorg ni jenis makan tak kisah, so hentam je lah...! Bytheway, nasi goreng dia memang sedap!

Pas makan, takde mana dah nak pergi, kitorang pusing2 town, gi Plaza Gurney, lepak2 kat plaza tu jap, pastu drive pusing2 Georgetown... Ingat nak makan pasembor kat Padang Kota, namum tiado pun... Pusing2 situ, pusing2 Georgetown sampai kol tiga pagi... Mata dah ngantuk, sok dah nak balik, so, balik hotel tido....

Dengan niat nak breakfast kat hotel sebelum tido, sebab dah include dalam harga bilik, last2 bangun kol 10! Hah... Tension... Lepas breakfast free! Apa pun, tak lapar sangat pun... Pastu, kemas2 barang, pastikan tiada yang tertinggal, check out kol 11 sebab nak gi Jalan Kulit lagi....

Pas hantar kunci, gerak ke kete, start drive ke jalan kulit... Erm... Masa gi dulu, banyak gak barang2 antik, tapi skarang ni lebih banyak junk jer... Masa baru separuh jalan, migrain lak start menyerang... Ahhhh... Tension... Macam nak pecah kepala rasanya.... So, suruh Ful teruskan jalan2 kat situ, aku dok dalam kete... Tido...!

Sebelum gerak, sempatlah beli popiah basah kat sana... Teringin gak sebab ramai yang beli... Oklah rasanya...! So, rasanya dah takde mana nak gi lagi, last stop, beli jeruk2 bagai kat depan Maidin... Oleh kerana pening kepala lagi, Ful sorang je yang memilih2 jeruk tu semua...

Last, sebelum gerak balik, perut pun dah lapar, teringin nak makan nasi kandar lagi.... So cubalah makan kat Line Clear tu... Umannaaaggggaaaiii... Punyalah ramai orang beratu di celah2 lorong tu... Makanan dia pun mak ai.. bertimbun-timbun... Tak caya? Saksikan dengan mata kepala anda sendiri!







Ni yang aku makan...! Melampau tak? Ful yang amikkan k!

Sedap uols tanya? Sedap lagi kat Gurney Drive... Enuff said! Pastu, dah tak de nak ke mana lagi dah, lalalalalala, balik la Kuala Pilah.... Umah mak Ful...

Ni pic2 yang sampingan k! Antara yang sempat di amik sepanjang perjalanan balik ke Negeri Sembilan... Oh, lupa... Masa dah nak sampai Perak, ada call Maimanah, ingat nak singgah umah dia, last2 dia cakap dia ada kat Segamat tengah menanti banjir...! Kasihan!



Ok.. Time to go back!













Kalau nak nengok pics disebalik tabir, datang lah sendiri berjumpa saya sebab banyak sangat pics yang ada dalam laptop ni! Itulah saja pengembaraan kami ke Pulau Pinang... Nantikan juga entry Cuti2 Malaysia Ipoh dan Cameron bersama keluarga saya dan Ful...


0 Comments

Copyright © 2009 Cikgu Fitrie menulis... All rights reserved. Theme by House Of Hanna Ritta. | Bloggerized by Hanna Ritta.