0

Cuti-cuti Malaysia : Pahang ( Cameron Highland Part 2 )

Posted by Cikgu Fitrie on 1:33 PM in

Ok... Destinasi seterusnya ialah Ladang BOH... Rupanya BOH tu nama tempat, ingatkan nama orang ke nama mat salleh yang discovered tempat tu ker... Sebab terperasan batu tanda jalan tulis BOH kat situ... Baru den tahu...!



Perjalanan ke atas tu agak sempit, tapi view masa on the way the top tu memang breathtaking! Sangat cantik...! Masa nak naik atas tu gak lah baru tau bahawa pokok teh ni berbunga dan batang dia keras macam pokok... Cuma dia tak dapat nak tinggi sebab orang asik petik pucuk dia jer...!





Sampai je kat station tu, parking dia memang limited... Tak banyak... Nasib baik kete kitorang dapat parking... Sampai je kat sana terus je nampak cafe BOH tu... Nice, very nice... Very English ambience... Suker sangat!



Pastu, kata orang kalau dah sampai sini jangan lupa makan scone dier... Biasalah kitorang ni, kalau ada mention pasal makan jer, mesti tak lepas... So, makanlah freshly made scone with butter and strawberry jam...! Ya ampun, memang sodap! Kecur liur nengok butter tu mencair dan membasahkan scone yang hangat tu.... Pastu tambah lagi jam strawberry tu! Hahahaha... Memang recomended to all! Pastu minum lak ngan hot cup of tea yang freshly brew tu! Tambah dengan udara yang nyaman dan sejuk tu... Rasa macam nak pindah sana jer!







Pas makan, kitorang dok main2 kat atas tu... Mak and rest of the girls gi panjat peak point tu... Aku ngan ful jaga abah kat kete sambil ronda2 area tu... And sambil petik2 bunga yang bersepah kat depan old cottage tu...!











Lepas dah boring, well actually tak boring pun, kitorang pun turun balik untuk ke Brincang and made pit stops along the way to buy souvenirs and stuff!

Pas puas meronda2 kat atas tu, hari pun dah petang, kitorang pun gerak turun untuk ke rumah makcik yang ada kat Batu Gajah... Tido sehari kat umah dia sebab dia beria2 ajak tido kat umah baru dia tu...! Memang meletops umah dia...! Tak caya, look for yourself! Konsep dia ala2 english.. Kelas kan?







Sebelum balik ke Kota Tinggi, sempat gak mak cik syorkan gi Ipoh balik, kat Memory Lane ( dekat je ngan hotel kitorang sebenarnya ) untuk cari2 barang antiques! Memandangkan mak ni kaki collect these kind of stuff, gi balik sana cari2 barang....



Haaa... Perhatian semua... Memory lane ni bukak hari minggu jer!







Well, basicly sama je ngan Jalan Kulit kat Penang tu... Lots of things to bargain for! From disco balls to tennis raquets to old bottles, sumenya ada.... Yang bestnya, masa jalan2 tu jumpa pelakon yang kat leher dia tu ada ketumbuhan besar yang menakutkan tu...! Rashid Hussin kalau tak silap nama dia.. Ala yang berlakon citer Raksasa kat TV3 tu...! Well, dia pun jual barang2 buruk gak!

Penat jalan2 kat situ, teringin nak minum air... So jumpalah orang jual air ni... Apa yang special, dia ada jual air amra...! Haaaa.... Tak pernah dengar kan.... Rupanya, amra tu air kedondong! Memang sedap sangat air tu sampai minum 2 cawan! Ingat nak tambah lagi, tapi sebab family sume dah tunggu kat kete, patah balik untuk ke destinasi berikutnya...!

Ingatkan dah nak balik tapi mak cik ajak gi satu kedai tu yang not sure kat mana tapi dia jual furniture and stuff mostly English styles things ike vases and candle holder... Memang cantik2 n murah! Pas mak beli apa yang dia nak, terus kitorang gerak balik ke Kota Tinggi! Haaahh.. Lega dah dapat tulis entry ni...!



Anak sedara yang sempat berambar kat kedai tu...!

Banyak sebenarnya pics yang menarik kat Cameron tu tapi malas nak upload... Pasni jangan lupa entry Cuti-cuti Malaysia Langkawi n Kedah lak sebab.... ESOK NAK GI LANGKAWI! Hooray! Tunggu ya!


0 Comments

Copyright © 2009 Cikgu Fitrie menulis... All rights reserved. Theme by House Of Hanna Ritta. | Bloggerized by Hanna Ritta.