1

Jamuan Akhir Tahun 1 PB 2008

Posted by Cikgu Fitrie on 4:10 PM in
Sebelum cuti sekolah hari tu, semua kelas buat jamuan akhir tahun... Tak ketinggalan guru kelas 1 PB yang berdedikasi dan penyayang itu... Walaupun dirancang pada saat2 akhir dan cadangannya nak buat simple2 jer, tapi disebabkan bantuan dan sponsur yang diterima, maka jadilah ala2 grand gak! chewah!



Aktiviti dimulakan dengan aktiviti mengemas2 kelas dan memasang2 belon bagai sumbangan Dr Puspa... Sementara menunggu jamuan yang dibenarkan diadakan selepas waktu rehat, makanyan banyaklah waktu terluang sebelum rehat itu... Dengan tidak mensia2kan masa, dengan bantuan Ust Khairuddin kitorg menjalankan permainan kotak beracun disamping menantikan makanan2 sponsor tiba...



Hahahah... Memang kelakar nengok budak2 ni main...

Selepas setiap orang mendapat "hadiah" ( ala... jajan2 ngan sumi ngan coklat bagai jer ), so tibalah masa aku ngan pertolongan istimewa dan orang kuat jamuan kelas ni, mak Aliff Iqhwan, kakak Aliff Iqhwan ngan mak Norazlina Roslan menyiapkan dan menyediakan menu istimewa untuk jamuan ni... Hehehehe... Bertuah budak2 1PB mmg rezeki diorg makan banyak masa jamuan ni...!



Terima kasih kepada penderma2 makanan yang bermurah hati untuk memberikan sumbangan makanan mahupun wang ringgit untuk majlis ini...!

Selain tu, budak2 ni ada gak bawak makanan dan snek2 untuk dikongsi bersama2... Pendek kata semua ada sumbangan mereka masing! Kini tibalah masa untuk makan... Tapi diorang ni dok menanti guru-guru jemputan yang sedang ada jamuan makan dikelas masing2 mahupun tengah terlibat ngan majlis penyampaian hadiah UPSR... Well, sume nak buat hujung2 tahun ni!







Penantian satu penyeksaan!

Memandangkan ada yang dapat datang cepat ada yang datang lambat so, lepaskan lah budak2 ni menikmati jamuan diorang dulu, sementara pembantu2 istimewa tadi melayan budak2 ni makan sementara aku sambil2 makan sambil2 melayan cikgu2 yang bertandang!







Sedang enak menjamu rendang yang dimasak khas oleh aku untuk guru2 sahaja, kini tibalah masa yang dinanti2kan oleh sume pelajar 1 Putra Bestari di mana cikgunya akan mengotakan janjinya untuk meng"award"kan pelajar2 cemerlang untuk 1 Putra Bestari seperti yang diwar-warkan masa start skolah dulu...!

Ladies and gentleman, let me present to you the....

"ANUGERAH SERI BESTARI 2008"

Haaa.. Ni lah slot untuk pemyampaian anugerah kepada budak2 ni... Hadiahnya, piala dan sijil yang ditandatangani sendiri oleh tuan GB kita... Majlis ini dengan bangganya di host kan oleh Pengacara Paling Popular Meletop The Vass : Cik Puan Dirgahayu Sutera & Manik, Puan Shahrunnizam Hussein...! ( Thanks kak sebab jadi mc bidan terjun... ) dan penyampai anugerah iaitu Cik Puan Seri Dibalik Semalu, Puan Mahani Mahat!... Thanks u guys!



Kategori dan pemenangnya :

1. Anugerah Pelajar Paling Kemas Lelaki




2. Anugerah Pelajar Paling Kemas Perempuan




3. Anugerah Tulisan Paling Cantik




4. Anugerah Pelajar Paling Baik




5. Anugerah Pelajar Paling Ceria



6. Anugerah Buku Paling Kemas



Ni lah kategori dan pemenangnya.....

Apa2 hal pun tahniah kepada pemenang dan kepada pelajar2 lain, do better next time...! Dan sebagai penutup, so far, inilah majlis jamuan hujung tahun yang paling meriah!

1 Comments


wah meriah sekals!

Copyright © 2009 Cikgu Fitrie menulis... All rights reserved. Theme by House Of Hanna Ritta. | Bloggerized by Hanna Ritta.