2

Cuti-cuti Malaysia : Pahang ( Cameron Highland Part 1 )

Posted by Cikgu Fitrie on 12:28 PM in
So, sambung lagi... Kat mana stop ek? Owh.. Ok, dari Ipoh, kitorang gerak ke Cameron lalu kat Simpang Pulai... Tapi sebelum tu, ada peristiwa yang memory sangat berlaku... Kisahnya begini...


Dulu bapaku merupakan seorang tentera yang berdedikasi yang berkhidmat di Perak ini... Dan lokasinya entahlah, tak tau nama tempat tu, tapi dia on the way nak gi Tambun... Kat tepi jalan jer...! So, selepas beberapa tahun berkhidmat dan selepas itu bersara, maka beliau meninggalkan Perak pada 1977 dan beliau bekerja sebagai attendant hospital di Kota Tinggi dan kini telah pun pencen... Dan kini, selepas 31 tahun beliau menjejakkan kakinya semula ke tempat itu setelah sekian lama tidak ke sini selepas bersara dari tentera dulu...!



Nostalgiakan... Ni hah pics nyer!





Ni lah nostalgianya... Setelah 31 tahun kini menjejakkan kakinya semula di sini...







Anak2 dan isteri seorang bekas tentera...!

Lepas bergambar bagai, barulah kitorang bergerak ke Cameron... Dari Simpang Pulai tu jalannya ok, tak banyak sangat problem, jalannya pun elok... Mengikut kata kak Syarizah, kalau ikut Tapah jalannya bahaya... So, atas nasihatnya, kitorang pun gunakan jalan ni yang kebetulannya dekat ngan exit Ipoh ni...!

Sampai kat Simpang Pulai ni, barulah masing2 complaint perut dah lapar! So, kitorang pun berhenti kat area Simpang Pulai lepas keluar tol tu... Makanlah kat satu warung ni... Nengok memang ramai orang, so dalam hati mesti best...!

Turun je dari kete, terus terkejut ngan papan tanda ni!



Anak sedara ku yang kelihatannya kecewa dengan statement kedai makan tu!

Keji tak? Tak beralas langsung kata2nya itu...! Kalau tulis "Diharap kerjasama pemandu lori getah agar berhenti jauh sedikit dari sini atas faktor bau yang kurang menyenangkan. Terima kasih..." kan lagi elok dari dia tulis kata2 nista tu... Kalau lah aku yang bawak lori getah tu, setiap hari akan ku longgokkan getah sekerap kat depan kedai dia tu! Makam pun bukan sedap sangat pun... Kalau ikutkan pengreddan kebersihan kedai pun kedai tu memang sah2 fail! Hanjs...!

Lepas makan, perjalanan diteruskan hinggalah ke Cameron tanpa henti... Sampailah satu tempat ni, dimana bayak orang turun dan tourist bus pun banyak kat situ... Oleh kerana semua nak berhenti kat situ, so berhentilah jap!



Well, memang cantik kat sini, konsep2 cafe camtu, tapi memandangkan kat sini tourist attractions everythings harganya pun mak aii.. punyalah mahal... Tapi tetap jugak

berbelanja bagai kat sini...!




Ni antara pics yang menarik kat sini...





Mak ngan anak sedara sempat pose2 manja ngan anak rusa!





Strawberry steamboat yang tak patut dilepaskan!





Dan beberapa desert yang wajib makan kat sana! Best woooo!







Sodapkan! hahaha... Merasa habis beratus2 makan kat situ jer...! Pas dok puas makan ngan petik buah anggur dan strawbwerry curik2, kitorang pun gerak ke ladang BOH lak... Untuk informasi semua, BOH ni teh favourite abah dulu... after so many years baru dia tukat LIPTON lak... So bagi menghargai BOH, jangan lupa baca catatan di sana dalam Part 2...!


2 Comments


I've been to Cameron. The strawberries look yummy. Delicious!


It is yummy indeed! Next time, i'll buy it for you k!

Copyright © 2009 Cikgu Fitrie menulis... All rights reserved. Theme by House Of Hanna Ritta. | Bloggerized by Hanna Ritta.