0

AKU DAN KEHIDUPAN GURU

Posted by Cikgu Fitrie on 2:01 PM in

Realiti aku sebagai seorang pendidik.

Latar belakang

Belum berkahwin - by choice, tidak mempunyai anak ( except seekor kucing, Baby Tigger dan anak-anaknya, Fluffy, Bunny Tail dan Rover ), tinggal bersama seorang ‘adik’ dan tidak mempunyai komitment selain yang dinyatakan. Jarak ke sekolah dari rumah ialah 25 minit perjalanan.

Diari harian :

5.30 pagi
Bangun pagi dan persiapan diri dengan rapi sekali.
6.20 pagi
Bergerak ke sekolah
6.45 pagi
Tiba di sekolah dan bersarapan dikantin.
7.20 – 1.10 tgh
Kelas mengikut jadual.
Sekiranya tiada kelas, menanda kertas, buku latihan, membuat persediaan mengajar. Pada bulan2 tertentu, menyiapkan pelbagai laporan dan projek sekolah serta data2 yang perlu diisikan secara online. Stay back lepas waktu sekolah jika ada projek khas yang akan dijalankan buat masa terdekat. ( note : tak semua online line laju dan mudah macam bukak FB… some are like shit.. key in satu markah  ( untuk satu pelajar untuk satu matapelajaran), 15 minit kemudian baru masuk.. kadang2 kena refresh then masukkan balik ) Kisah benar : key in markah dalam SAPS, start kol 9 pg kol 12.40 tgh baru siap untuk 19 org pelajar untuk satu subjek sahaja…
2.30 tgh
Bersiap untuk pulang jika tiada meeting.
2.55 tgh
Tiba dirumah dan perapian diri.
3.30 ptg
Rehat sebentar
4.00 ptg
Ke pasar membeli bahan untuk masak, fotostat bahan utk budak kelas mlm
4.30 ptg
Masak ( my definition of masak is not nasi, kicap dan telur! )
5.30 ptg
Makan malam dan kemas dapur dan basuh baju
7.30 ptg
Persiapan diri
7.45 ptg
Ke sekolah untuk kelas tambahan ( selang dua hari ) jika tiada kelas, waktu akan diambil untuk update blog sekolah, key in data yang diperlukan, siapkan report dan research yang nak dihantar, buat soalan/aktiviti/bahan untuk kelas, assignments kalau ada
8.10 mlm
Kelas malam
10.00 mlm
Balik ke rumah
10.30 mlm
( lewat sikit sbb singgah seven eleven beli rokok ) Tiba dirumah.
11.00 mlm
Iron baju ( ni lah beban guru bagi aku – iron baju ), prep bahan/perkakasan untuk sekolah esok, sambung buat kerja/laporan/report dll yang belum sempat siap
12.00 mlm
Termenung pikir startegi nak ajar cmne kat skolah / pikir projek2 atau kajian2 masalah pelajar untuk kajian tindakan / terkenangkan si dia dan tido…

Dan kitarannya sama setiap hari…

Just imagine cecikgu yg ada anak2 dan suami, atau anak2 dan isteri, atau anak2 sahaja, atau isteri/suami sahaja.. haha... u get my point right! and all those extra time we spent for the school is our contributions for them. we expect nothing more! Yes, kalau ada org cakap, kelas malam berbayar, but does it worth it? money wise, halal bi halal laa.. its a non-written job description, yg saya kena buat.. setakat duit kelas mlm la, klu nak pikir kaya, mmg saya tak amik tak pergi pun.. but because i love my pupils and they need more than 1 hour per day to learn english, yes i accept...

 Jadi, jangan kata aku takde komitment kat profession aku ok! The only time that I am truly a free man ( not being a teacher ) is when I’m asleep. Other time than that, dah jadi darah daging guru, apa yang dipikirkannya sepanjang hari ialah SEKOLAH SEKOLAH SEKOLAH….

here's another proof ---> **K**L**i**K

0

PENGHARGAAN BUAT DIRI KU

Posted by Cikgu Fitrie on 7:01 PM in , ,
Sepanjang pengalaman mengajar selama hampir 11 tahun ni, rasa macam semalam je baru posting dari Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim... Tak sangka 11 tahun macam 1 tahun je mengajar, walaupun banyak pengalaman yang telah dikutip.

Back to 2008, I never heard or came across Kajian Tindakan, and let alone, carry it out.. But that year, my Ketua Panitia at that time, asked if one of us ( the english teachers ) wanted to carry out kajian tindakan, since every panitia has to send a proposal to the PPD. And I volunteered and the rest is history...

Since that year, I have received many awards and appreciation from the PPD and the JPN. And that is how I started to fall in love with this research thingy! 

List of awards and achievement based on my kajian tindakan... ( bukan nak menunjuk, tapi inilah hasil daripada kajian tindakan yang kita buat -- jadi kata2 org yang ianya hanya membebankan dan xdapat apa2, tidak benar )

  • Johan Kajian Tindakan Daerah Segamat ( 2008 )
  • Johan Kajian Tindakan Peringkat Negeri Johor ( 2008 )
  • Anugerah Guru Inovatif Sekolah Rendah Daerah Segamat - PPD Segamat ( 2008 )
  • Anugerah Kualiti Pengurusan - JPN ( 2009 )
  • Anugerah Guru Inovatif Sekolah Rendah Daerah Segamat - PPD Segamat ( 2009 )
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( 2010 )
  • Johan Kajian Tindakan Daerah Segamat ( 2011 )
  • Pembentang Kajian Tindakan Peringkat Negeri - Tiada pertandingan ( 2011 )
  • Anugerah Guru Inovatif Sekolah Rendah Peringkat Daerah Segamat ( 2012 )
  • Johan Kajian Tindakan Peringkat Daerah Segamat ( 2012 )


Praise to the Almighty, He has poured me with lots of ideas and awarded me with success.

Cuma sekarang ni sedang bersedia untuk ke pertandingan Seminar Kajian Tindakan Peringkat Negeri 2012 yang akan diadakan bulan depan ini.. Semoga Allah permudahkan segala urusan.. Semoga sedikit sebanyak pengalaman yang dilalui ini akan menjadikan aku seorang guru yang cemerlang dimasa hadapan serta mencapai cita2 aku utk bergelar Dr Fitrie PhD... :)

0

KES KUTUK GURU

Posted by Cikgu Fitrie on 3:49 PM
banyak betul kes2 kutuk guru ni... bukan tak setuju langsung dengan pendapat diorg ni, but some of the statements given are purely emotionally based. cmon la, cikgu2 yg buat masalah kat korang tu pun tak represent pun all the teachers in malaysia.. malas nak wat research, but cuma peratusan kecil je cikgu mcm tu.. kalau semua cikgu di dakwa haprak, xde la kita dengar peratusan exam meningkat, lagi ramai pelajar mendapat pendidikan yang lebih tinggi, dan takde jugak la dengar cikgu2 yg mewakili negara, negeri, daerah dalam apa2 bidang...

nak dibengangkan apanya dengan cikgu2 ni? gaji? cuti? kenapa? aku pun bengang jugak dengan SEGELINTIR doktor kat spital kerajaan yang tak tau langsung examine their patients sampai jumpa 2 3 doctor swasta lain, baru dapat tau penyakit! Tapi xde lah nak merendahkan martabat dan profession semua doktor kat mesia ni..

lets get real la, SEMUA PEKERJAAN ada PEKERJA YANG HAPRAK but that doesnt justify the entire integrity of the industry.

camni la, sape2 yg rasa yg guru-guru kat malaysia ni tak mencapai tahap / standard yang KAMU inginkan,

1. tukar sekolah ke sekolah yg lebih baik sehingga jumpa the PERFECT school. kalau xde gak, private school banyak.. ala, bukan mahal pun -- kata nak yg terbaik kan, shove out a little la..

2. buat kajian yg thorough tentang kelemahan pendidikan kat mesia, anta ke parlimen.. ( ikut prosedur, jgn dah siap2 buat research terus gi lambung jumpa depa kat atas tu..kang cakap depa lak tak baguih!)

3. paling bijak, DATANG MESYUARAT PIBG... masa tu la leh luahkan yg terpendam... jgn dok tolak2 bahu kawan lak suruh cakapkan...

entahla, bnyak lagi cara nak TEGUR tapi pastikan la cara tu beradab.. sbb nak sembur SORANG cikgu 412720 cikgu2 yang lain akan terasa...

0

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA

Posted by Cikgu Fitrie on 8:23 PM
Saya, Zalman Fitrie Bin Othman mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir dan Batin buat semua. Ampun maaf, halalkan makan minum.

Kami pelajar tahun 6 Beta 2012, mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua guru-guru SK LKTP Redong khasnya buat Cikgu Kamaruddin Bin Ali

JK SPSK Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua warga SK LKTP Redong. Semoga sentiasa berbahagia di hari raya ini./p>


0

SAPS oh SAPS...

Posted by Cikgu Fitrie on 12:33 PM in ,
Berapa ramai cikgu2 yang mengeluh sebab SAPS online ni... Same here... nak buat waktu bekerja, mmg lah sistem dia out.. nak wat luar waktu bekerja, sorrylah, komitment lain banyak lagi yang nak kena attend... so nak tak nak terpaksalah mencarut kat sistem ni dalam hati je.. jerit2 kuat2 pun bukan ada penambahbaikkan pun... been sitting down in front of this system since 9.00 am and up until 12.32 pm ni pun baru 12 je ulasan yang dapat dimasukkan.. kan best kalau buat kat rumah pastu di kira sebagai overtime... just a thought!

0

anugerah 2012

Posted by Cikgu Fitrie on 9:05 AM in
alhamdulillah, sekali lagi kerja keras walaupun xkeras mana pun, mendatangkan hasil yg tak diduga. tq panel kajian tindakan, en jazzmill, kengkawan yg bg support dan dorongan dan keluarga dan yg tersayang yg always believe in me.

walaupun bgun2 tdo je kena migraine, aku gagahi jua perjalanan ke sjkc li chi untuk rasa dihargai dgn penganugerahan ini.

kajian tindakan bnyk membantu dlm perjalan hidup aku sbgi guru ni. jap lg smbung la, floor manager dh marah2 ni. hehe.

posted from Bloggeroid


0

happy birthday

Posted by Cikgu Fitrie on 7:05 PM
selamat ulang tahun... semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan diberkati oleh-Nya selalu... tiada apa yg dpt diberikan lagi, hanya doa yg mampu dipanjatkan... berbahagialah selalu...



0

Aku dan gitar

Posted by Cikgu Fitrie on 11:42 AM in
♩ ♪ ♫ ♬ ♭ ♮ ♯ Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku.. lalala... ♩ ♪ ♫ ♬ ♭ ♮ ♯ 
( sambil strumming gitar )...

Apa ingat aku tak reti main gitar kah? Tadi baru je wat mini preview main gitar...  So, bertuahnya dia dapat nengok mini show aku kan... 




0

Tanda Sayang



Tanda - tanda kita dicintai dan disayangi.
( banyak yang betul... faham2kan lah sendiri kan, sbb kadang2 kita pun tak perasan )
Ni ciplak kat blog ni : Siti Khadijah

Sambil2 tu, download lagu ni dan play sambil baca list kat bawah ni :


1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya. 

2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya. 

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah. 

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tau tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tau kegiatan kamu. 

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ’selamat pagi’, ’have fun’, ’selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, karena dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dengan cara yang berbeda, bukan “aku CINTA padamu”. 

6. Jika kamu merayakan tahun baru dan kamu tidak mengundangnya ke pesta yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS. 

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, karena saat-saat itu ialah saat yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. karena saat bersamamu tidak selalu terulang. 

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingat setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. karena dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu. 

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, karena dia ingin tahu apa kgemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun susah menggemari kesukaan kamu, tapi akhirnya dia bisa. 

10. Kalau kali terakhir kalian bertemu, kamu mungkin sedang sakit, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – karena dia khawatir tentang kamu, peduli tentang kamu. 

11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan kapan ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa. 

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup karena kamu telah menggetarkan dunianya. 

14.Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu. 

15.Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan senantiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan lingkungan yang mungkin membawa pengaruh buruk terhadap kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’ 

16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih. 

17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang meng'annoying'kan, seperti menelefon kamu 100 kali sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu. 

18. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi. 

19. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira karena dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari memenuhi permintaan kamu walau sesulit apapun permintaan itu. 

20. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda yang berharga buatnya. 

21. Dan jika kamu coba menjauhkan diri darinya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyadarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya. 

22. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu karena sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu. 

23. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, karena dia tidak mau kamu terbebani karenanya. saat kau pinta dia pergi, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, karena dia benar-benar mengerti apa itu cinta


sayang kamu... <3


0

NESADDICT

Posted by Cikgu Fitrie on 12:46 AM in ,

Nescafe anyone... 

Tetibe je bila buat a cuppa nescafe, teringat kat sedara aku kat Singapore. Dulu masa kecik2 selalu gi sana.. Masa tu dia dok kat Clementi. Then, oleh kerana tiap2 malam aku sebelum tido nak kena minum nescafe, malam tu aku suruh la dia buatkan nescafe sebab aku memang tak reti buat... Maklumlah, anak mak kan.. mak le buat kan.... ni mak kat mesia, anak kat perantauan, terpaksalah suruh sedara aku buatkan.. hahaha...

seriously, sampai la skang ni, kalau balik umah mak, mesti mak buatkan nescafe tiap2 malam sblm mak gi tido... :) Manja tak? :P

talk about NESADDICT, the closest person i know pun sama gak... No wonder...


mai se-chawan! 1 Now 1 Nescafe




0

Address Bar Icon

Posted by Cikgu Fitrie on 12:15 PM in ,
Sebelum ni, pernah gak dok cuba nak tukar address bar icon tu.. Tapi xjadik2 sbb tak faham mcmana nak menukarnya... Maklumlah, buta IT la katakan! Then recently masa check setting layout aku, ternampak icon ni, try2 and voila, jadik... 


Xnampak perbezaan.. Nengok ni pulak...

Mudah je nak tukaq... Gi kat dashboard, klik layout...


Then edit je kat favicon bar tu... Dah jadik... Terer tak? Terer tak? 

Note : Pic yg nak digunakan mesti segi empat sama.. Mesti!






0

Karnasi

Posted by Cikgu Fitrie on 11:23 PM
Karnasi? Cubalah teka... Ni clue nya...

determination - diterminasi
exploration - eksplorasi
expedition - ekspedisi
evacuation - evakuasi
hallucination - halussssss...sinasi ( sambil raba kulit kepala )

abis kalau karnasi, apa pinjaman BI nya???






carnation - karnasi....! Boleh?



hehehehe... Just nak bagi tau je, ni lah bunga favourite aku... walaupun sinonim dengan hari ibu, still, aura keibuan aku terserlah jua tau.. hehehe... So, ambil perhatian ya si DIA, untuk besday saya, saya nak bunga ini dalam gubahan atau bouquet nanti... *utk konvo pun saya nak jugak tau!



owh how i missed getting flowers from him...





2

Summary of learning theories

Posted by Cikgu Fitrie on 10:24 PM in , , , , ,


Kepada kengkawan Tesl 3, ni another reading materials utk korang. Like MD always preached, sharing is caring, this is my way of showing my deepest care for you guys... 


Klik je kat atas tu... Bg korg yang ada notes, jgn lupa email kat saya ye... Maklumlah, FB dah xde.. Hehehe...

link ni pun ok jugak untuk dibaca - http://academics.rmu.edu/~tomei/ed711psy/1lngtheo.htm

0

Chat Box Jadi Status Update

Posted by Cikgu Fitrie on 10:07 PM in , ,
Perkara diatas adalah dirujuk...

Memandangkan aku dah takde FB, jadi timbulnya idea nak jadikkan chat box kat sebelah ni sebagai status update aku... Keren kan ide gue! Tak bermakna, org2 tak boleh nak chat or tulis pape kat situ pun, boleh.. Just, nak jadikan tempat tu aku luahkan apa yg aku rasa pada bila2 masa...


Kelas tak?




0

Shu & Wan Newest Passion

Posted by Cikgu Fitrie on 9:54 PM in , ,
Minggu lepas my bff ada bg tau dia dah beli rabbits.. So, oleh kerana tsunami emosi yang melanda, dan aku tak boleh keluar rumah atas alasan anxiety atau agoraphobia, tak dapat nek melawat 'anak-anak' sedara aku tu...

Then, hari ni atas sebab nak cuci kete dan nak subside kan anxiety aku tu, maka aku ajak la Wan and Shu teman gi cuci kete kat auto carwash kat bandar Segamat... OMG, tak bersih langsung, I ended up lap sendiri kete aku... Benci!

Then balik carwash, gi makan kat kedai makan belakang Giant segamat tu... PERINGATAN UNTUK SEMUA, tak sedap langsung. Seriously, take my word, jangan makan kat situ... Kalau terdesak sangat nak makan, call me - aku akan masakkan utk korang!


Nasi goreng ayam SAMBAL? Mana sambalnya????


Sampai2 je umah dia, nampak la ada koleksi baru bunga2 kat mini garden dia tu.. This one caught my attention.. Bunga burung.. Seriously, macam burung kan??



Kaler dia pun cantik...

Then, lepas makan barulah dapat melihat anak2 sedara aku yang bertemakan nama anime jepun tu... Sakura, Chibi ngan sape ntah lagi satu tu... Atashinci kot... 



Haaaa ni lah baby2 diorg... Favaourite aku yang ni... Comel...




Taman permainan rabbit2...




Fav sangat... Sangat lembut...




Kata Shue, hujung tahun ni boleh la wat BBQ!

hahaha....



0

Penulisan Laporan Kajian Tindakan

Assalammualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Berbloggingnya saya pada hari, bukanlah untuk meraih rating, atau pun mencari kenalan, tetapi hanya untuk berkongsi apa yang saya tahu dan bahan yang saya ada berkaitan kajian tindakan. 

Skema tak? Haha.. Well, kepada guru-guru atau sesape sahaja yang ingin mendapatkan contoh format penulisan kajian tindakan, bolehla klik link kat bawah ni... Ini bertujuan untuk berkongsi bahan yang saya ada kepada rakan2 yang memerlukan. Maklumlah, satu guru satu kajian tindakan. Jadi, sekurang2nya kita bersama2 telah memartabatkan perkongsian ilmu.. Chewah..  

Link kat bawah ni, Format Laporan Kajian Tindakan Format EPRD, cuma menggariskan point penting yang perlu ada dalam laporan kajian tindakan kita. Xde la contoh2 ayat, cuma gambaran diberikan didalam bentuk point form yang rasanya mudah untuk difahami. Format ini sesuai untuk dilaksanakan bagi tujuan kalau laporan cikgu terpilih untuk seminar kajian tindakan. atau untuk di'journal'kan.. haha... Rasa macam buat mini dissertation untuk viva voce. 

Link ke dua tu, adalah format yang dipermudahkan. Sangat2 senang, hanya isi tempat kosong sahaja. Tulis tangan pun boleh, tapi SAYA tak galakkan. Nampak macam tak professional zaman typewriter computer ni, nak tulis tangan lagi... Surat bank pun initial pakai komputer tau... Caranya, cikgu donlod, pastu fill in the blanks je.

Format Laporan Kajian Tindakan ( Format EPRD ) : Klik Sini
Format Laporan Kajian Tindakan ( Dipermudah ) : Klik Sini

Ada lagi... Sebagai bonus tambahan, saya pernah buat Fail Meja Kajian Tindakan Sekolah. Jadi kepada sesapa yang menjawat jawatan sebagai Penyelaras Kajian Tindakan Sekolah, ingin saya kongsikan bersama kepada anda dengan harga RM15 untuk setiap muat turun. tanpa syarat... ( just doakan2 saya happy, bahagia, sihat, selamat dan murah rezeki je sudah! :) hehe

Fail Meja Kajian Tindakan Sekolah : Klik Sini

Nota : Kalau xdapat download, bg tau ye.. Saya email personally... Leave your e-mail kat Status Update & Chat box tu k...

0

April's Entry

Posted by Cikgu Fitrie on 12:48 AM in ,
Huishhh.... Dah masuk April dah... Dah setahun dah. Apa yang setahun, biarlah aku je yang tau... Sib baik la 1 April ni hari Ahad kan.. Kalau waktu sekolah mesti bengang punyer sebab ada member2 yang nak kena kan, tak pun naluri kejahatan dalam sanubari ni nak kena kan orang kan! 


By the way, masa zaman sekolah2 dulu memang biasalah hari nak memperbodohkan orang ni kan... Ada mamat A ni, buat2 muka cemas, pastu sambil tercungap2 cakap pengetua nak jumpa Minah B sekarang... Maka minah B ni, yang konfius ada buat salah ke tak, dengan gabranyer ke ofis.. memang berpeluh jugak bawah lengan* nya... Sampai2 je ofis pengetua, bukan je pengetua yang blur dan terpinga2, last2 mamat A yang kena panggil semula... Rasain!

*Terma Iklan untuk ketiak... Motif tak nak guna perkataan ketiak???

Well, many other pranks yang budak2 ni buat masa zaman sekolah kan... Cuma masa tu tak tau apa pun signifikannya April Fools day ni kan... Ianya macam tradisi yang diturunkan oleh senior ke junior sejak zaman berzaman lagi... 

Kalau nak tau lagi historynya : gugel je... takpun, nak lagi jelas tentang April Fools ni, klik je kat SINI


Soalan : 30 APRIL 2012 ialah hari yang sangat significant dalam hidup aku skang. Kenapa? Sape tau, SMS sekarang. Hadiah menarik menanti anda.





0

Menyanyilah la la la

Posted by Cikgu Fitrie on 11:45 PM in , ,

La la la la..... Aku menyanyi bersama Ella... La la la la.... Another great hits from the queen herself... All hailed the queen.... ( lagu ni didedikasikan khas kepada kamu - kamu tahu kan?! )
Ella - Menyanyilah
Di sebalik sejuta bayangan wajah
Tiada satu mampu ku lihat
Bagai debu yang berterbangan sekelip hilang
Tersembunyi tangisan dalam ketawa
Menagih kasih tanpa cinta
Bagai lagu tanpa irama
Pincanglah asmara
Tercipta nada, laguku menghibur hati yang resah
Menyusun kata, laguku memujuk hati yang resah
Menyanyilah lalalala… lalalaa…
Ku mencari jawapan dan kepastian
Tak ingin lagi bersendiri,
Agar tiada sepi hati mekar mewangi
Tersembunyi tangisan dalam ketawa
Menagih kasih tanpa cinta
Bagai lagu tanpa irama
Pincanglah asmara
Tercipta nada, laguku menghibur hati yang resah
Menyusun kata, laguku memujuk hati yang resah
Menyanyilah lalalala… lalalaa…
Ku dambakan kehangatan
Belaian mu oh.. cinta
Kaku jasad, tak bernyawa
Di sebalik berjuta bayangan
Namun tak ku lihat
Mencari kasih dan cinta
Bersatu dalam irama
Tercipta nada, laguku menghibur hati yang resah
Menyusun kata, laguku memujuk hati yang resah
Menyanyilah lalalala… lalalaa…

0

Kosong - Najwa Latif

Posted by Cikgu Fitrie on 11:22 PM in , , ,


NOTE : I JUST LOVE THE SONG, TAKDE KENE MENGENA DENGAN ORANG YANG MENCACI AKU, PUTAR BELITKAN AKU MAHUPUN HIDUP AKU KOSONG SEKARANG.. HIDUP AKU HAPPY OK... :)



Kosong - Najwa Latif

 Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu

Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa
Kosong...kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku
Kosong...kosong

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan

Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar

Kosong...kosong
Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa
Kosong .. kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku
Kosong...kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa
Kosong...kosong

0

A story about Sakura

Posted by Cikgu Fitrie on 8:06 PM

"tadi rasa macam suasa jadi berkabus dan sakura berguguran"

I was once uttered these, but in another set of unappealing random words. It wasn't mean anything at that point, just to make a person I told this, doubting himself. But the truth is, 

"hanya kamu yang mampu membuatkan sakura berguguran - bukannya dia"

( dan rasa2nya, kamu pun tahu kan! )





0

Cari di mana kamu?

Posted by Cikgu Fitrie on 7:07 PM in ,

rakan-rakan guru SK LKTP Redong.. I love you all...



0

Studi Studi Studi

Posted by Cikgu Fitrie on 3:13 PM in , , , , ,
Oleh kerana dah nak exam and nak score giler2 punya, hari ni aku nekad nak studi, not really hard but as smart as well... Last year 3.25 je, this year nak up jadik 3.50 ke.. heheheh... ( jeles ngan opsyen lain yg kaw kaw diorg nyer pointer! ) Then last year 2A 3B. this year nak dpt straight A... Doa2kan la aku ye, kepada sesape yg mengenali insan genit seperti ku ini...

First nak cover tajuk ELT Methodology, pastu nak masterkan Phonetic And Phonology ( nak beat Fuad yang ala2 power part ni ) then  sok lusa baru la nak mengkover tajuk2 Learners and The Learning beserta Literasi Bahasa...


Sesape yg amik exam ni mesti la mengeluh panjang nak hafal theories2 la, Krashen's Hypothesis la, phonetic symbols la dan macam2 lagi... Kena lak orang macam aku yang nak study mesti last minute baru masuk kepala.. Study awal2 ni buat ronyok buku je kena selak2 tapi bacanya beyond literal.

Thank god la tahun lecturer sume ok2 except one or two yang datang unprepared... Btw, selalu aku terpikir, betapa ironiknya pensyarah2 ini bila dia sebuk bebel mengajar anak murid mestilah fun, mestilah interactive mestilah itu mestilah ini, tapi some of them, mengajar sama je mcm org takde pangkat lecturer... Masuk2 je, aku dah sangap! huhu... Tak best langsung! Imagine la dari kol 8.00 pagi sampai 6.00 petang.. Thank goodness la kelas tahun ni banyak yang best.. Then, ada motivasi lak nak gi kelas... This is the students life i would imagine to be... 

Biasanya aku gi kelas, kol 4.30 dah bangun, then siap2 gi umah si dia kol 6.30 pagi... Kuar umah kol 6.00 pagi, dan biasanya kol 10.00 malam la baru sampai semula ke sarang istirehat... Letih sangat2 but it was fun sebab si dia ada.. hehehehe.... :P

alright, time to study.... tapi sebelum tu, nak masak kurma ayam ngan baby bak choy ngan sos tiram dulu... Laphow!



0

My baby is sick!

Posted by Cikgu Fitrie on 2:57 PM
Its 2.37pm, saturday... Still on my bed, bermalas2an nak buat pape... Entah la dah seminggu ni emosi mcm tsunami... Which, a term i used to describe a unstable emotions state. TSUNAMI EMOSI...

Dah dua tiga hari ni, nengok my baby tigger a.k.a cicak ( by aspa ) makin kurus. No wonder la makanan dia selalu je tak habis.. Entak sebab cat's food yg aku belikan untuk baby tu tak sedap ke apa. Sbb yang baru beli ni tak test lagi rasa dia... 

Then, dia pun asik bermalas2an je kat umah.. Xde lah nak gi jenjalan balik lewat malam mcm selalu.. Terperap je dalam closet baju aku... That's where she spent most of her time lately... Kesiannya... Neway, early this morning pas bayar duit kete n kdit kad, gi kedai runcit jap belikan dia ikan. Then balik terus rebus ikan tu bagik dia makan... pun tak abis gak dia makan... I'm worried sick! 

Get well soon baby, mummy worried sick!

0

Bertuahnya...

Posted by Cikgu Fitrie on 1:25 PM

Owh yea... 2nd year in a row of lucky strikes... hahaha... Berdedar gak bila nama tak umum2kan lagi untuk cabutan bertuah mesyuarat PIBG SK LKTP Redong ni... Bila nama geng2 lain dah sebut, sorang2 gi amik hamper, rasa kerdil je diriku yang genit bila xdapat2.. 

masa geng2 dok tepi dewan tu semua dah dapat, geramnya rasa nama aku n ena tak naik2 lagi ni... cikgu fatimah dapat, pas tu cikgu ayun, pas tu cikgu bad, pastu, cikgu azmi, cikgu fazliyati, cikgu burn, cikgu najmiah, pastu cikgu giman pendek kata yang duduk kat tepi dewan tu sume dah naik, aku je yg belum ngan ena.. huhuhu.. ena nak nangis sbb tak dapat.. hahaha...

tetiba, cikgu fitrie othman... Woooohoooo.... Bestnya bila nama naik... :) Bertuah jugak ek aku ni.. hehehe... :P

Yang besar dan berat tu mine, yang kurus tinggi dan ala2 ringan je tu cikgu ayun punya! Lihat ekpresi tangan dia... Maknanya apa tu? Tak puas hati kah? hahaha


buat2 happy je tu.. dalam hati berbuku je kan! huahahaha ( ketawa jahat! )


wajah kepuasan setelah mendapat hamper yang agak besar dari cikgu ayun.. betul tak atie n ena??




0

Dari Kekasih Kepada Kekasih

Posted by Cikgu Fitrie on 12:31 PM
Pagi tadi otw gi sekolah, tertekan channel Suria kat stereo. Then tetiba kuar lak lagu ni... Best kan. Memori dulu2...


Dari Kekasih Kepada Kekasih 

Entah berapa kali 
Kucuba membohong hati ku ini 
Hebat dilanda 
Rindu padamu 
Namun semua alasan 
Rapuh bagaikan awan berarak 
Yang memang tidak pernah abadi 
Dan terlalu cepatnya berlalu 
Pabila di giring angin 
Dan mudah pula layu 
Selepas ia melimpahkan 
Titis-titis ehsan 
 Kini hatiku sangat terdesak 
Untuk memilikimu 
Agar bisa aku meneruskan 
Sisa-sisa hidupku ini 
Seperti manusia yang punya kekasih 
Yang punya kekasih

Lagi better dari lagu yang Fuad tujukan buat aku semalam.. Hahaha...



0
Posted by Cikgu Fitrie on 11:31 AM





I want to be your favourite hello and your hardest goodbye


faham kan awak? :P


saya yang hijau, awak yang biru...







0

Kisah Lama 2...

Ni pun kisah lama gak... Sekolah dulu2, bukan rindu ke apa ke? Just untuk kenangan dihari tua nanti... Leh la sambil2 makan biskut kering dan kopi o kat rumah pengasih orang2 tua nanti, nengok2 balik zaman muda belia ku kan... hahaha.... 

Ni kenangan masa buat latihan persembahan hari sukan.. Aku, Shue and Aini + Basmah... Seronok sngat proses latihan ni.. First edit2 lagu, then carik steps, pastu choreograph pastu latihan.. best nyer...


enjoy la the pictures... 














Yang penting opening dia tu khas ditujukan buat y***i sebab gaduh masa tu.. Lagu opening pun sorry sorry super junior.. kalau perasan, formation dia pun bentuk Y... hahaha...

Ni videonya...





Tergelak kejap nengok latihan diorg ni.. hehehe....




Copyright © 2009 Cikgu Fitrie menulis... All rights reserved. Theme by House Of Hanna Ritta. | Bloggerized by Hanna Ritta.