0

Cuti-cuti Malaysia : Utara Bahagian 1

Posted by Cikgu Fitrie on 11:48 PM in ,
Tajuk entry kali ni sebenarnya nak wat cuti-cuti Malaysia : Langkawi - Perlis - Kedah - Penang - Perak, tapi oleh kerana panjang sangat, dipendekkan tajuknya Cuti-cuti Malaysia - Utara...! Boleh? Hahahaha... Bolehnyer!

Haaa... Sebenarnya aku ni baru je balik dan mengadap laptop ni... Masih terasa letih lagi sebab jalan-jalan kali ni melibatkan 4 negeri : Kedah, Perlis, Penang dan Perak... Well, kali ni more to jalan2 makan angin sambil jumpa sedara jer... Bukan beria sangat, except masa kat langkawi ( destinasi utama untuk menghabiskan duit! )... Hahahah.... Motif barang murah kat sana? Mana ado eh!

Kalau nak shopping untuk beer, liquor n ciggies, memang lah murah, tapi bab perfume, baju, coklat, sama je! Baik gi duty free kat JB, dekat sikit! Hahaha...

Oklah, first stop nak cerita tentang perjalanan destinasi pertama : Langkawi...

Mula2 gerak dari Kuala Pilah ( dalam kol 5 petang lebih sikit ) terus menuju ke Perlis... Dan dipendekkan cerita banyak sangat pit stop sepanjang perjalanan... Every pit stop mesti ada mende dibelinya untuk makan2... Lum sampai sana lagi, seratus lebih dah habis dok beli jajan2 bagai!

Sampai di Perlis, 25 December, pagi dalam kol 4 lebih sikit... Punyalah payah nak cari hotel sebab sumenya fully book especially kat area jetty nak ke Langkawi... So, we ols decided menginap kat federal hotel kat bandar Perlis... Getting to know Perlis, macam kesian sebab bandar dia macam pekan kat Labis jer... Tapi best gak lah...! ( saje amik hati! ) :p

So, sampai je kat hotel, sume bergelimpangan tidoq sampai tak ingat nak bangun... Sedapnya dapat tilam lepas many hours dok dalam kete...! Huhu....



Ni lah hotelnya, walaupun bukan 5 star seperti biasa kitorang sewa, tapi ni je lah yang jumpa dan masih kosong... So, kalau nak hotel five stars, merasalah tempah awal2...!

Sok nya, pas bangun dan siap2, kitorang pun dengan rasa excitednya, , menuju ke jeti Kuala Perlis untuk membeli tiket dan bersarapan ala utara... Sampai je kat sana, rasa syok gak sebab ala2 cantik tempat tu... Ala2 cantik jer...!









Sorry pic yang atas ni terbalik.. So, nak jelas, sengetkan kepala anda yer.... Ok, pic atas ni ialah pic arca belangkas yang menyambut anda sebaik saja sampai di Kuala Perlis....

Sampai je kat jetty tu, ada orang2 yang menyambut anda untuk parking kete di tempat parking... Bayaran ikut berapa lama anda di sana... Kalau balik petang, RM8 ringgit kalau tak silap... Kalau balik esok, belas2 gak lah harga dia... Mungkin sebab musim perayaan dan kete terlalu banyak....! Banyak bangat! Tak tipu... Memang banyak....

Punyalah terkejut melihat keramaian orang yang ada untuk ke Langkawi... Meraih macam ada pesta! Tak caya.... Nengok pics bawah ni.... Sampaikan nak beli tiket pun kena beratur panjang.....



Ooopppsss sorry, gambar org beratu takde dalam album ni.... So, agak2 je lah berapa panjang kena beratur berdasarkan jumlah orang yang anda lihat dalam pics di bawah ini.... OK!







Harga tiket yang dipamerkan.... Saranan : Jangan beli tiket ferry biasa, beli tiket ferry express yang biasanya lebih cepat sampai dari ferry biasa!




Tempat menunggu untuk naik ferry.... Very der ramai! sangat ramai... Terlalu ramai.... Macam nak kerjakan umrah! Mmg ramai sampai berasak2...! Nanges...!

So, lepas delay about one hour, barulah ferry yang dinanti2kan sampai... Berdebar tau.... Walaupun ni second time naik ferry langkawi....!

Macam biasalah.... Berasak2 merupakan tema percutian kali ni... Saksikan macam mana kami berasak2 masuk ke ferry!







Tak best sebab dapat dok belakang sekali... Bunyi enjin dia macam kat sebelah telinga dan toilet dia, macam toilet yang dah 3 bulan tak servis.... Benci! Saranan : Jangan naik ferry ini, sebab tak best, tempat duduk sempit dan tak best sebab bising... Nak lelap pun tak dapat! Tension!...!

Bersambung leh tak? Sebab ada kelas jap lagi...

OK, tunggu bahagian 2 k....!


2

Pembentangan Kajian Tindakan

Posted by Cikgu Fitrie on 11:08 PM in
Esok aku sepatutnya membentang kajian tindakan aku, sekali lagi... Entah kenapa debaran sentiasa terasa... Huhu... Kemenangan dalam Seminar Kajian Tindakan 2008 bulan Oktober lalu bukan bermakna diri ni hebat... Tapi cuma mungkin kajian yang dijalankan tu mempunyai impak yang besar kepada pelajar2 aku lalu dinobatkan kajian terbaik 2008 peringkat negeri Johor...!

Dalam kajian tindakan ni sebenarnya, bukan sekadar on paper jer, tapi kajian dan teknik yang digunakan perlulah benar2 dipraktikkan di dalam kelas bagi mendapatkan gambaran dan hasil sebenar kajian yang kita jalankan dan teknik yang kita kenalkan...!

Kajian aku sebenarnya bukanlah dirancang, sebaliknya teknik yang digunapakai dalam kelas tu sebenarnya merupakan teknik yang di"jumpai" secara tak senghaja! Biasalah, as a teacher we have to be creative discovering new methods and techniques dalam menarik minat pelajar2 kita belajar selain mempermudahkan sesuatu pengajaran tu...!

Setelah teknik kajian aku tu, The Hand Sign Prepositions, digunakan 3 tahun lepas, sempat jugak aku ajarkan teknik ni kepada Cikgu Julaiha yang pada masa tu mengajar English tahun 1 gak... So, secara rasminya, teknik ini boleh digunakan dan mempermudahkan p&p dia...

After 2 years barulah mendapat ruang masa untuk menjadikannya kajian tindakan...
Jadi, khas untuk guru2 SK Bandar Putra, Segamat, klik links dibawah ni untuk download contoh kajian tindakan saya dan format penulisan secara ringkas.

Nota Taklimat Ringkas

Kajian Tindakan 2008 : The HSP


Untuk lebih terpeinci, klik link dibawah ini untuk format penulisan yang lengkap, contoh-contoh kajian dan terkini tentang dunia kajian tindakan Johor! Merasa!


Laman Web Rasmi Kajian Tindakan Negeri Johor

Selain tu, untuk matapelajaran science dan maths terutamnya, boleh dapatkan idea dan ubahsuai idea itu mengikut kesuaian pelajar itu... Page ni memang useful untuk semua...! Klik lagi!

http://www.magicmnemonic.com/math/mnemonic_examples_10149.html

0

Mari cuci keto!

Posted by Cikgu Fitrie on 4:08 PM in
Haaa.... Entry ni khas ditujukan untuk kengkawan yang tak pernah cuci kete pakai auto wash! Hahahaha... Bukan ape, den pun teruja gak masa mula2 masuk car wash tu... Maklumlah, kat JB tak pernah jumpa... Apatah lagi kat Segamat...



Tempat ni kat area Ampangan... Tak jauh, dekat jer... Tempat tu pun tepi jalan jer...!



Haa, nampak tak tu, kerete ngah masuk kat first pit stop dia...


Berdebar tak? Mesti sume berdebar2kan...! Maklumlah selalu cuci kete kita kat luar kete ni dok dalam lak! Masa kat sini, mende macam pelangi tu kuarkan air basahkan kete... Ala2 sebelum masuk swimming pool kan kene basahkan badan dulu...!



Bagi memastikan kete betul2 bersih, sebelum masuk dalam auto wash tu, mat bangla2 ni menyental dulu segala kotoran degil dan noda2 yang susah untuk ditanggalkan! Huhu...



Gigih tak bangla2 tu menyiram? Haaa... Bagus, kerja kuat2 kalau tak den report kat imigresen!



Start masuk kat dalam auto wash tu memula sekali mandi buih! Hooray! Gelap je rasa dalam kete ibarat bawak kete dalam salji tebal!



Pastu tibalah masanya untuk diberus dengan berus gergasi...! Hahahaha... Suke sangat! Pastu, ada satu mesin tu dok tiup angin kuat kasik sume air yang tinggal tu kering... Pastu, akhirnya keluarlah kete yang agak2 bersih dari terowong gelap itu...!



Haaa... Rupanya tak siap lagi... Langkah terakhir, di lap bagai untuk menaikkan sinarnya! Tada.... Siap... Nah kau, RM7.00 katanya!

Kete ku yang kini berkilat2 meluncur di jalan raya... Pastu... Menyampah.. Hanjengs sangat, hujan! Baik tak yah cuci! Tension!


1

Kak Syarizah, thank you...

Posted by Cikgu Fitrie on 4:26 PM

Oleh sebab tau akak nak bukak blog ni, kita nak ucap terima kasih banyak2 sebab bagi tips dll semasa berada kat Cameron tu... Ur advices was very useful...! Thanks... It's just too bad kita tak dapat jumpa kat sana kan...! Owh, bytheway, semoga selamat dan sukses di sekolah baru dan kim salam si anak harimau bermata bundar ( dina ) dan sang husband yang buat2 tak tahu masa senyum kat dia kat traffic light depan fajar tu... Dan harap akak bukak blog ni lagi sebab nak wat satu entry khas untuk akak ngan ronzi... Apa pun, we gonna miss u guys!

*Kalau dah baca ni, sms k! :p

Sedih tau hati ni... Tak caya? Nengok ni, siap tampal pakai handyplast tau...!



Nah, watch video ni lak...!



0

Cuti-cuti Malaysia : Pahang ( Cameron Highland Part 2 )

Posted by Cikgu Fitrie on 1:33 PM in

Ok... Destinasi seterusnya ialah Ladang BOH... Rupanya BOH tu nama tempat, ingatkan nama orang ke nama mat salleh yang discovered tempat tu ker... Sebab terperasan batu tanda jalan tulis BOH kat situ... Baru den tahu...!



Perjalanan ke atas tu agak sempit, tapi view masa on the way the top tu memang breathtaking! Sangat cantik...! Masa nak naik atas tu gak lah baru tau bahawa pokok teh ni berbunga dan batang dia keras macam pokok... Cuma dia tak dapat nak tinggi sebab orang asik petik pucuk dia jer...!





Sampai je kat station tu, parking dia memang limited... Tak banyak... Nasib baik kete kitorang dapat parking... Sampai je kat sana terus je nampak cafe BOH tu... Nice, very nice... Very English ambience... Suker sangat!



Pastu, kata orang kalau dah sampai sini jangan lupa makan scone dier... Biasalah kitorang ni, kalau ada mention pasal makan jer, mesti tak lepas... So, makanlah freshly made scone with butter and strawberry jam...! Ya ampun, memang sodap! Kecur liur nengok butter tu mencair dan membasahkan scone yang hangat tu.... Pastu tambah lagi jam strawberry tu! Hahahaha... Memang recomended to all! Pastu minum lak ngan hot cup of tea yang freshly brew tu! Tambah dengan udara yang nyaman dan sejuk tu... Rasa macam nak pindah sana jer!







Pas makan, kitorang dok main2 kat atas tu... Mak and rest of the girls gi panjat peak point tu... Aku ngan ful jaga abah kat kete sambil ronda2 area tu... And sambil petik2 bunga yang bersepah kat depan old cottage tu...!











Lepas dah boring, well actually tak boring pun, kitorang pun turun balik untuk ke Brincang and made pit stops along the way to buy souvenirs and stuff!

Pas puas meronda2 kat atas tu, hari pun dah petang, kitorang pun gerak turun untuk ke rumah makcik yang ada kat Batu Gajah... Tido sehari kat umah dia sebab dia beria2 ajak tido kat umah baru dia tu...! Memang meletops umah dia...! Tak caya, look for yourself! Konsep dia ala2 english.. Kelas kan?







Sebelum balik ke Kota Tinggi, sempat gak mak cik syorkan gi Ipoh balik, kat Memory Lane ( dekat je ngan hotel kitorang sebenarnya ) untuk cari2 barang antiques! Memandangkan mak ni kaki collect these kind of stuff, gi balik sana cari2 barang....



Haaa... Perhatian semua... Memory lane ni bukak hari minggu jer!







Well, basicly sama je ngan Jalan Kulit kat Penang tu... Lots of things to bargain for! From disco balls to tennis raquets to old bottles, sumenya ada.... Yang bestnya, masa jalan2 tu jumpa pelakon yang kat leher dia tu ada ketumbuhan besar yang menakutkan tu...! Rashid Hussin kalau tak silap nama dia.. Ala yang berlakon citer Raksasa kat TV3 tu...! Well, dia pun jual barang2 buruk gak!

Penat jalan2 kat situ, teringin nak minum air... So jumpalah orang jual air ni... Apa yang special, dia ada jual air amra...! Haaaa.... Tak pernah dengar kan.... Rupanya, amra tu air kedondong! Memang sedap sangat air tu sampai minum 2 cawan! Ingat nak tambah lagi, tapi sebab family sume dah tunggu kat kete, patah balik untuk ke destinasi berikutnya...!

Ingatkan dah nak balik tapi mak cik ajak gi satu kedai tu yang not sure kat mana tapi dia jual furniture and stuff mostly English styles things ike vases and candle holder... Memang cantik2 n murah! Pas mak beli apa yang dia nak, terus kitorang gerak balik ke Kota Tinggi! Haaahh.. Lega dah dapat tulis entry ni...!



Anak sedara yang sempat berambar kat kedai tu...!

Banyak sebenarnya pics yang menarik kat Cameron tu tapi malas nak upload... Pasni jangan lupa entry Cuti-cuti Malaysia Langkawi n Kedah lak sebab.... ESOK NAK GI LANGKAWI! Hooray! Tunggu ya!


2

Cuti-cuti Malaysia : Pahang ( Cameron Highland Part 1 )

Posted by Cikgu Fitrie on 12:28 PM in
So, sambung lagi... Kat mana stop ek? Owh.. Ok, dari Ipoh, kitorang gerak ke Cameron lalu kat Simpang Pulai... Tapi sebelum tu, ada peristiwa yang memory sangat berlaku... Kisahnya begini...


Dulu bapaku merupakan seorang tentera yang berdedikasi yang berkhidmat di Perak ini... Dan lokasinya entahlah, tak tau nama tempat tu, tapi dia on the way nak gi Tambun... Kat tepi jalan jer...! So, selepas beberapa tahun berkhidmat dan selepas itu bersara, maka beliau meninggalkan Perak pada 1977 dan beliau bekerja sebagai attendant hospital di Kota Tinggi dan kini telah pun pencen... Dan kini, selepas 31 tahun beliau menjejakkan kakinya semula ke tempat itu setelah sekian lama tidak ke sini selepas bersara dari tentera dulu...!



Nostalgiakan... Ni hah pics nyer!





Ni lah nostalgianya... Setelah 31 tahun kini menjejakkan kakinya semula di sini...







Anak2 dan isteri seorang bekas tentera...!

Lepas bergambar bagai, barulah kitorang bergerak ke Cameron... Dari Simpang Pulai tu jalannya ok, tak banyak sangat problem, jalannya pun elok... Mengikut kata kak Syarizah, kalau ikut Tapah jalannya bahaya... So, atas nasihatnya, kitorang pun gunakan jalan ni yang kebetulannya dekat ngan exit Ipoh ni...!

Sampai kat Simpang Pulai ni, barulah masing2 complaint perut dah lapar! So, kitorang pun berhenti kat area Simpang Pulai lepas keluar tol tu... Makanlah kat satu warung ni... Nengok memang ramai orang, so dalam hati mesti best...!

Turun je dari kete, terus terkejut ngan papan tanda ni!



Anak sedara ku yang kelihatannya kecewa dengan statement kedai makan tu!

Keji tak? Tak beralas langsung kata2nya itu...! Kalau tulis "Diharap kerjasama pemandu lori getah agar berhenti jauh sedikit dari sini atas faktor bau yang kurang menyenangkan. Terima kasih..." kan lagi elok dari dia tulis kata2 nista tu... Kalau lah aku yang bawak lori getah tu, setiap hari akan ku longgokkan getah sekerap kat depan kedai dia tu! Makam pun bukan sedap sangat pun... Kalau ikutkan pengreddan kebersihan kedai pun kedai tu memang sah2 fail! Hanjs...!

Lepas makan, perjalanan diteruskan hinggalah ke Cameron tanpa henti... Sampailah satu tempat ni, dimana bayak orang turun dan tourist bus pun banyak kat situ... Oleh kerana semua nak berhenti kat situ, so berhentilah jap!



Well, memang cantik kat sini, konsep2 cafe camtu, tapi memandangkan kat sini tourist attractions everythings harganya pun mak aii.. punyalah mahal... Tapi tetap jugak

berbelanja bagai kat sini...!




Ni antara pics yang menarik kat sini...





Mak ngan anak sedara sempat pose2 manja ngan anak rusa!





Strawberry steamboat yang tak patut dilepaskan!





Dan beberapa desert yang wajib makan kat sana! Best woooo!







Sodapkan! hahaha... Merasa habis beratus2 makan kat situ jer...! Pas dok puas makan ngan petik buah anggur dan strawbwerry curik2, kitorang pun gerak ke ladang BOH lak... Untuk informasi semua, BOH ni teh favourite abah dulu... after so many years baru dia tukat LIPTON lak... So bagi menghargai BOH, jangan lupa baca catatan di sana dalam Part 2...!


Copyright © 2009 Cikgu Fitrie menulis... All rights reserved. Theme by House Of Hanna Ritta. | Bloggerized by Hanna Ritta.