1

Zuhal... Akan terkalahkan kah?

Posted by Cikgu Fitrie on 11:20 PM in ,

Yup. sekali lagi, tahun ni Rumah Zuhal ( Kuning ) menang lagi hari sukan sekolah... Ibarat kontrak 5 tahun, rumah Zuhal dah menjuarai hari sukan 5 tahun berturut2... Mungkin kali ni saingan agak sengit, dan rumah Musytari ( Biru ) hanya 4 mata dibelakang Zuhal... Namun, kesungguhan Musytari belum memadai kerana sememangnya kontrak 5 tahun ni tak boleh nak dibatalkan... Hehehehe... Walau apa pun, jutaan tahniah kepada semua warga Zuhal kerana sekali lagi mengekalkan kejuaraan yang memang bukan mudah untuk dicapai...

Banyak betul persoalan yang terbit kat dalam kepala ni... Menangkah Zuhal tahun ni? Menangkah perbarisan tahun ni? Dpt tak olahragawan dan olahragawati tahun ni...? Semuanya bermain2 dibenak sementara menantikan mc baru yang agak ok ( tapi macam hambar je tahun ni ) mengumumkan keputusan...

Tapi semuanya terjawab bila dia mengumumkan johan perbarisan dan johan keseluruhan tak lain dan bukan : ZUHAL... Go fight fight go fight go fight go Zuhal.... Begituah sorakan warga Zuhal yang teruja dengan kejayaan tahun ni...

Ni antara pics yang sempat dirakamkan...



Abang Rashdan sempat membelek2 surat cinta kekasih lama sementara menunggu budak2 gerak ke padang...!



Tadi tu pics masa cikgu2 ni sibuk bagi kupon makanan dan nak siapkan budak perbarisan dll...



Ni lak pics khemah rumah2 sukan... Simple dan nan ado disebabkan tiada pertandingan untuk khemah tercantik...! Tapi setiap rumah tampil dengan kelainan walaupun simple bagai...!



Perarakkan masuk peserta perbarisan.... Walaupun masa singkat untuk melatih peserta perbarisan, namun, rumah Zuhal tetap denagan gimik perbarisannya ( ehem2... thanks to me... ) yang melayakkan Zuhal bergelar juara! Good work Zuliha.... Dia yang single handedly uruskan semua...



Dialogue Drama : Dibawah Payung Pasar Tani Ini...

Aku : Mak Hayam, cepatlah amik gambar...

Kak Shah : Jap, nak pose jap!

Aku : Perlu ker? Tak payah lah nak pose2 bagai... Nak masukkan dalam blog je ni.... Bukan ada sape pun yang baca nanti..!

Kak Shah : Sun sangat tau..! Mak tetap nak pose... Mak diva nyah!

Aku : Tak kuasalah aku...

Kak Shah : Hanjs... Yang penting mak laku nyah!

Aku : Ooooppppssss... Laku ker?

Kak Shah : Of course ler...!

Aku : Ape2 je lah mak hayam...

Kak Shah : Ok, snap cepat!

Snap! Snap!

Walaupun sibuk kena control budak tetap sempat dok borak2 sambil mengumpats2 dengan kak shah...! Control sangat kan kak shah!



Dalam hiruk pikuk menjerit bagai membagik sokongan pada peserta umah Zuhal, terlupalak nak amik pics masa budak ngan amik bahagian... Merasa nengok gambar acara bagi hadiah jer...!



MC : Ok, semua pelajar dikehendaki berkumpul, menyalaikan diri masing2 di bawah sinar matahari dan uv yang merbahaya serta boleh mendatangkan barah kulit, untuk acara penutup dan penyampaian hadiah...

Pelajar2 : Hooorrraaaayayy..... Yaaaayyyyyyy......

Guru2 : ( Dalam hati ) Hanjs sangat.... kau dah kenapa? Tak gheti2 ke panas? Next year MC pun diwajibkan berjemur jugak! Adils!




Antara pics kegagahan rumah Zuhal.... Sapu bersih.... ( well, tak jugak...! Propah sangat! )



Excited sangat sebab diumumkan Johan Keseluruhan Hari Sukan 2009, buat kali ke lima ber
turut2.... Sape tak excite kan kalau 5 tahun berturut2....!




Wajah2 ceria sang juara.... Next year try harder....



Wajah2 disebalik tabir rumah Zuhal dan tunjang kejayaan Zuhal tahun ini dibawah pimpinan Azilah Ahmad... Tahniah semua!

1 Comments


syukur atas kejayaan berturut2 dan tahniah!tumpang bangga walaupun berjauhan...teruskan kecemerlangan!

Copyright © 2009 Cikgu Fitrie menulis... All rights reserved. Theme by House Of Hanna Ritta. | Bloggerized by Hanna Ritta.