0

Cuti-cuti Malaysia : Utara Bahagian 2

Posted by Cikgu Fitrie on 7:15 PM in , ,
Mari sambung semula cerita nak gi Langkawi... Ok.... Bagi sesape yang dah terlepas, carilah entry cuti-cuti malaysia utara bahagian 1...

Ok, pas naik ferry yang azab tu, pas about 45 minutes rasanya, sampailah kat Langkawi... Banyak yang dah berubah since menjejakkan kaki kat sini masa form 4 dulu...! Lama tau, 14 tahun yang lopeh!

Teruja? Tak jugak... Hehehe... Sebab motif datang sini sebab nak shopping sajo! Bukan nak jalan2... Makanya, diakhir perjalanan ini, pastikan tangan kiri kanan penuh jinjing beg2 plastik bagai!





Sampai2 je kat sini, ramai ulat kerete sewa yang mengofferkan kete masing2... Oleh kerana malas nak naik teksi dan kakak si Ful familiar ngan tempat ni, so kitorg decided nak sewa kete... Malangnya, harga kerete melambung tinggi kerana public holiday dan ghamai sangat pelancong dan orang luar...! So, paling murah kete RM100.00, kete Proton Iswara... Lagi malang, ketenya macam dah nak tercabut! Hampeh... Nak tak nak sewa gak...!








So, naik kete terus menuju ke pekan dia...! Sampai je sana, kitorang berpecah dan pusing2 lah cari apa yang patut... Antara tempai yang paling ramai orang gi ialah Kedai Haji Ismail... Kalau nak sangat beli periuk belanga ( macam kat segamat takde! ), sini lah kedainya.... Ada banyak cawangan dia... So, harga sama jer...! Coklat2 pun banyak kat sana...! Boring sebab kedai tu sesuai untuk mak mak orang, aku ngan Ful pun pusing2 kat pekan tu.... Dari Nike Shop ke kedai perfume, harganya kurang sikit dari kat Johor...! Kalau nak murah, beli arak ngan rokok je lah! Sebab tu je yang tax dia mahal kat Mesia ni...!

Lepas satu jam lebih kat sana, pusing2 beli perfume sebotol dua, tak tau nak gi mana... Sebab tiket ferry dah beli ( last ferry ), so gi jalan2 pusing Langkawi... First stop : Makam Mahsuri...








Yang bestnya, dah sampai sini semua tak nak masuk... Alasannya, semua dah gi, lagi pun kene bayar sorang RM5.00 untuk nengok kubur jer...! Motif? So, last2 keluar balik gi lepak2 kat kedai2 depan makam mahsuri itu...! Haaa.... Kat sini yang best....

Selain sotong kering yang murah sangat2 sebab kalau kat segamat RM40 kat sana RM15 sajer....! Hamik kau, aku beli sampai RM50! Favorite tau! Pastu kat sini kitorang makan laksa dia yang amat unusual la.... Sebab dia ada letak daun janggus kalau tak silap nama dia! Sedap sebab daun tu rasa macam mangga! Harga pun murah dan di lawankan dengan air kelapa laut! Memang sedap dan murah uols!






Lazat tak? Huhu.... Pas makan dan teringin nak gi laut dia lak... So pantai commercial kat sana dekat Pantai Chenang... Sampai sana...ermmm... tak teruja pun.... Sebab sama macam kat PD... Mana keindahan alamnya? Same jer! Boring!





Sorry lah gambar pantai takder! Sebab tak turun pun... Maleh! Hehehe... Saje kan nak habiskan petrol kete! Motif sangat! Pas dah ronda2 bagai, kitorang pun gerak balik ke bandar dia sebab waktu dah nak petang...!

So sebab ada masa lagi sikit, seperti pelancong2 asing, kitorang tak lupa gak nak bergambar kat Dataran Lang... So merasa uols nengok helang besar bagai tu!



Pengumuman : Couple cino tu bukan geng kitorang okay! Dia yang enter frame! Sibuk je. Masa kitorang nak bergambar masa tu lah dia nak amik jugak! Frust uols!



Seksi tak punggung helang tu! Nak amik gambar dekat2 takut tersnap gambar yang censored lak!



Sebenarnya banyak pics yang diamik tapi malas nak uploadkan... Nanti kita link kan ke albumnya ok... Tunggu ya!

Pas dah snap2 pose manja kat helang besaq tu, kitorang lepak2 lak kat dalam duty free mall dia tu... Sementara menunggu ferry, kitorang spend masa kat situ sambil mengeluh sakit kaki.... Pastu, dah naik ferry baru teringat lupa nak naik cable car dia...! Sakit hati tak? Takpe, tunggu la hujung tahun ni lak!

Ok, sampai je kat Kuala Perlis, balik hotel makan mandi pastu tido sebab sok nya lak nak gi pusing2 Perlis sebelum gerak ke Padang Besar! Nak tau adventurenya, tunggu bahagian 3...


0 Comments

Copyright © 2009 Cikgu Fitrie menulis... All rights reserved. Theme by House Of Hanna Ritta. | Bloggerized by Hanna Ritta.