0

Cuti-cuti Malaysia : Utara Bahagian 5

Posted by Cikgu Fitrie on 9:43 PM in , ,
Nah rasakan... Sampai ada bahagian 5 tau! Nengoklah, kalau tak sempat habiskan hari ni, for sure ada bahagian 6... Hahaha... Harry Porter instalment pun tak sampai 6 lagi tau!

Sesampainya ke Penang, kami terus ke rumah saudara Ful kat area Jelutong. Sampai je, kitorang freshen up pastu makan... Ingatkan nak tido sana, tapi rumah sedara dia yang lagi satu tu dah prepare bed for us... So, nak tak nak, after dinner kitorang pun gerak ke area erm... Relau kalau tak silap...

Ontheway, ingat nak singgah kat Pesta Penang, tapi kete parking tepi tu punyalah panjang... Oleh kerana letih dan jam pun dah after 10, so lupakan je lah nak gi pesta tu...! :(

Ok, sampai je sana, kitorang makan lagi pastu borak2 pastu tido... Esoknya kitorang pun pusing2 Penang... First stop, Jalan Kulit... Bukan apa, saje je nak explore junks that might be antiques yang might be useful for ornaments and home deco!




But again, same jer... But it funny thought, how someone's trash is someone else's treasure..! So, as usual lah, kalau masuk tempat crowded mula lah migrain... But, sempat jugak lah main ngan rabbits yang cute and they're for sale! Sorry, pic tak sempat amik!

Pas dah ronda2 kat sana, perut pun rasa lapar... Apa lagi, time to eat! So, kat area tu ada satu kedai makan... Ada nasik ayam, ada popiah basah dll... Look at these pics...













Those are too much kan utk dua orang makan...! Yup, just me and Ful yang makan mende2 tu... Nasik ayam dia best, and dalam laksa tu, dia letak mende ntah, rasa dia pahit dan tak sedap sangat... So, jangan campurkan dalam laksa tu ok...

Perjalanan diteruskan... Antara pics landmarks yang i found interesting..!







Pastu, dah puas makan destinasi seterusnya, Taman Bunga... Haaa... Bukan sebab mat bunga atau jiwang2, tapi since first trip tu tak sempat masuk kat sana, so kali ni tak nak lepaskan peluang...





Antara pose2 yang ala2 kezi untuk ditonton! Hahaha...
And, I was amazed by some very odd and unfamiliar plant but yet nice to see ( and kinda freaky at the same time.. ) ...! These are canonball tree... Bunga dia kelas sangat!









Ni lagi pose2 yang aib untuk dilihat...!





Pas dah puas jalan2 kat sana, kitorang gerak ke town dia sebab nak carik jeruk lak...! So, meronda lah tempat tu jap! Masa first time gi, kitorang explore luar ke, rupanya kat dalam tu penuh ngan jeruk2...! Cerita pasal jeruk, kat dalam fridge tu penuh lagi ngan jeruk salak madu... beli banyak, makannya tak!





Meriahkan warna2 jeruk tu...! Kat bawah ni lak pic buah pala yang freshnya... Selalunya jumpa samada dah jadik jeruk atau pun yang keringnyer, tapi ni lah wajah asalnya...!



Pas dah borong segala jenis jeruk, kitorang ke Padang Kota lak untuk makan Pasembur...






Pas perut dah kenyang, kitorang gerak ke Perak lak... Kali ni special sikit sebab naik ferry... Saksikan adventure naik ferry lak k...! Tapi dalam sambungan Bahagian 6 okeh...!



0

Pening Kepala Den...!

Posted by Cikgu Fitrie on 9:57 AM in
Sebenarnya entry ni nak lepas geram kat sorang cikgu tu... Well, atas many factors i should have gone throwing my tantrums toward him... Yes, the teacher is a HIM... Cikgu llaki lah!

One, I was assigned to be one of the teachers who are in charge of persembahan for the hari sukan... KAU GILA? TINGGAL 7 HARi JAHA! Even pros take longer time than that! Me, just a plain ol teacher who at the moment super busy, i repeat, super busy with work... Biasalah, tahun 1...!

Second, I was even ( well actually still am ) mad at him for not listening to me... I told him, i repeat, I told him, many I repeat, many time that I dont wanna be involve in persembahan... I specifically asked him that i wanted to be the mc for a change...

Walau sebanyak mana penegasan dalam kata2 aku, still, i repeat, still he did not listen! So, the show must go on! Bite me!
Although I'm not the leader for this AJK, but I know people will ask me this and that, find this and that, prepare this and that, and eventually I will the one who foreseen everything! Not that I'm super capable of doing things, it just that I love giving my best in everthings I do... Not to forget I'm a perfectionist freak... Can't stand flaw! Sorry, kerja biasa2, ala2 kadar IS JUST NOT MY THING!

Oleh kerana terlalu penat nak fikir, sorry kak Linda, sorry kak Ani, I just prepared the music for u guys! Malas la nak beria2 sangat...

Ok, chow..!

0

Khas untukmu...

Posted by Cikgu Fitrie on 1:32 AM
Entry ni khas buat Mohd Shaiful Nizam Bin Zai Anuar...

Ful, I wish you many happy returns on your birthday... We may not be together at the moment, but still, I feel your presence every time... Through calls we connected, through memories we bonded...

Last year, we were in KL, in my car, wishing u Happy Birthday... A year has past and now u r there and i am here, wishing u the same... But nevertheless, I meant every words I said to you...

And Ful,





With love.....
HR Rahimey
2009


2

Cuti-cuti Malaysia : Utara Bahagian 4

Posted by Cikgu Fitrie on 12:26 AM in , ,
Ok, sambung lagi... Penat la nak cite pasal habiskan masa kat utara ni... Too many story to tell ler... Tapi takpe... Akan lebih gigih mengadap laptop ni untuk siapkan catatan perjalanan ni...!

Bahagian 3 ada cite tentang gi Padang Besar, Gua Kelam ngan area2 kat Perlis kan... So, skang ni nak sambung lak cite gi Bukit Kayu Hitam... Ok... Camni... lepas kitorang dah habis ronda area yang penting2 kat Perlis, kitorang pun gerak ke Bukit Kayu Hitam... Tujuan utama, sambung jelajah habiskan duit simpanan....! Huhu... Nak ke sana dari Perlis lebih kurang satu jam kot... Tak ingatlah... Takpe, abaikan...!

Sampai je kat sana, kereta mmg penuh... Macam nak kuar tol sungai besi time raya puasa... Mmg meriah kenderaannya... Faktor cuti dan orang Thai nak masuk negara dia penyumbang kepada kesesakan jalan raya...

Sama macam nak masuk Singapore, ada pakai paspot bagai. Tapi bagi org kita, kene lalu lane 5 sebab khas untuk org Mesia je...




Ingat tau, lane 5 sahaja...! Ok, setibanya kat dalam tu, surprise2! Takde pape rupanya cuma gerai panjang dan The Zone... Baik gi kat jb jer! So, masa kat The Zon dalam ni, sausana sama je macam kat The Zone Langkawi cuma sini tak meriah sangat...! Harga barang pun rupanya tak sama antara setiap cawangan the Zone ni...!

Nak snap pics banyak2 pun takde apa yang menarik... So, kesimpulannya, jangan datang sini... Buat habis masa ngan duit jer! Duh!


Gerai2 banyak tu ada dalam ni... Motif ditutup bagai : Hujan tak ingat!



Ok, pas dah borink kat sini kitorang pun gerak ke Kedah semula... Tujuan perjalanan : nak gi umah pakcik Ful yang lama tak jumpa... So, pit stop seterusnya : Kampung Padang, Jitra Kedah!

On the way ke Penang, ada beberapa pit stop yang kitorang berhenti... Firstly, kat kedai jual buah limau bali ni... Kalau nak tahu, sepanjang jalan kat area ni ( tak tau are mana ), banyak sangat orang jual limau bali sehingga kami pun tergoda untuk berhenti! So, apa lagi, siap dapat free sampling lagi... Sape tak nak! So, kalau nak beli, beli lah... Memang sedap rasa sample tu! Hahaha....





Occay... Pas dah beli bagai, kitotang pun meneruskan perjalanan ke Penang... Dan dalam perjalanan ni lak, ternampak satu sign yang jarang2 kita nampak kat Segamat atau kat Kota Tinggi atau kat Kuala Pilah...



Apa lagi, belilah... Ful beria2 cakap suka air ni... Last2 sume tak minum... Tapi kalau sesape yang suka makan tapai, lebih kurang je rasa dia... Ish... Not my taste! Tak tertelan dek tekak ku yang masih bertonsil ni! Pas masing2 rasa mabuk, perjalanan pun diteruskan!

Setibanya kat kampung ni, hati ni bagai dilambai2 oleh padi yang sedang elok menghijau... Untuk orang Johor dan Segamat yang tak penah nengok sawah, saksikan keindahan alam kat sini...! Memang kelas tempat tu...! 5 bintang!

To feel the magic u have to be here...









Ok.... Cantik tak? Malangnya, kitorang tak tido kat sini... Alasannya sebab dah janji ngan orang Penang kita tidoq sana... So, pas makan mee soup sedap dia, kitorang meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang... ( 2nd time in a month! )

Oklah... Sebab nak rehat minda jap, entry ni terpaksa disambung selepas night line k! Tunggu....


0

Happy Chinese New Year

Posted by Cikgu Fitrie on 5:26 PM

Di kesempatan ini, saya nak mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina buat semua chinese people that i knew and knew me as well... Antaranya Mr Chin Boon Long - my GPK Koko, Pang Ching Kang and family ( my student now in year 2 PB ), Esther ( My very first chinese student )Zechariah Soon Seng ( my second chinese student years ago and i think he is in secondary 3 or 4...! ) and whoever come accross my blog!

Have a properous year ahead!!!

0

Cuti-cuti Malaysia : Utara Bahagian 3

Posted by Cikgu Fitrie on 8:08 PM in , ,
Ok, here we go again... Sambungan 3 katanya...!

Selepas trip ke Langkawi, kitorang nyer plan ialah nak ke Padang Besar pulak... Tapi sebelum ke Padang Besar, kitorang sempatlah snap2 pics kat sekitar bandar Perlis yang 'meriah' itiew... Well, kat pekan dia mmg takde pape, tapi outskirt dia mmg banyak tempat yang boleh dilawati...!








Ni antara pic kat pekan dia... Suka sangat perkataan tu yang bewarna warni itu... Kalau malam lagi meriah jadinya sebab they all lights up! Suka sangat...! Rasa macam nak buat je kat kelas satu PB tu...!

Gambar lain ada tapi non-seronok. Sebab pics buildings jer... Tunggu jap lagi k... Sebab amik pics kat tempat2 menarik kat luar pekan Kangar ni...! Tapi sebelum tu, sempat gak singgah breakfast makan roti sardin kat kedai yang pernah masuk jalan-jalan cari makan... Restoran apa ntah namanya... Lupa lah! Yang bestnya, roti sardin tu ada kuah kari yang ada ikan sardin seketul dalamnya! Motif kan? Takpelah, yang penting murah, sedap dan area tu nyaman saje...



Lagi satu, kat situ ada jual sagun... Dah lama tak jumpa sagun kan? Ni budak ni yang beria2 bonar makan sagun tu!



Antara tempat yang kitorang singgah sebelum gerak ke Kedah ialah Padang Besar... Saje jalan2 sebab nak nengok tempat jer... Kalau nak shopping, dah tau tak tau apa dah yang nak di beli...! Huhu...







Kat sini mostly kaum hawa jer yang suke sebab kat sini mostlynya baju ppuan, accessories ppuan, beg ppuan dan yang datang sini pun ramai ppuan...! Hurmmm.... Well, at least sempat gak beli 4 5 helai t shirt siam and wallet plagiat... Hahahaha...

Ada gak keronsang2 yang harganya murah sikit dari kat Segamat dan jugak baju2 tu sume sama macam jualan kat Segamat/Seremban/Kota Tinggi kalau ada jualan org Thai tu especially masa nak raya... Sebab semuanya datang dari tempat yang sama... Kan!





Suka tak Kak Shah? Mesti rambang mata kan! Hahaha.... Especially bling bling kat atas tu...!

Pas dah puas cuti mata n habiskan duit kat sini, kitorang decide nak gi Gua Kelam lak... Tapi sebelum ke sana sempat gak singgah kat taman burung kasawari... Tempat dia kat tepi jalan jer.... Masuk free sebab tak best agaknya...





Dari tempat ni, kitorang straight ke Gua Kelam... Excited sebab ni first time nak masuk gua... Walau pun kita ni klaustophobic tapi tetap nak cuba! Hehehe... Sampai je kat sana, terkejut gak sebab ingatkan gua je, rupanya ada jeram sekali... The water coming out straight from the other exit of the cave... Lebih kurang camni lah, air sungai mengalir merentasi gua...! Kagum kan!






( Gambar Blur ini tajaan Mohd Shaiful Nizam )

Ni pics kat gua dia... Ni pics kat sungai dia lak... Ada banyak pics sebenarnya... Nak upload sume rasa malas lak! Nanti kita link kan ke albumnya... Ok!





Pastu, kitorang singgah kat Taman Tasik kat area Kangar agaknya... Saje je nak rehatkan badan jap!




Pas dok kat sana, amik angin n makan laksa yang tak sedap sangat tu, kitorang terus gerak ke Bukit Kayu Hitam dalam misi nak menghabiskan duit simpanan! Hahahaha....

Untuk bingkisan selanjutnya, pastikan anda menonton sambungannya dalam siri yang akan datang.... Jangan lupa pada masa dan waktu yang sama... ! ( Bersambung lagi....! )

Copyright © 2009 Cikgu Fitrie menulis... All rights reserved. Theme by House Of Hanna Ritta. | Bloggerized by Hanna Ritta.