0

Makan sedap kat Seremban 2!

Posted by Cikgu Fitrie on 9:39 AM in
Dah lama rasanya nak tulis pasa satu kedai makan kat Seremban 2. Sebab memang sedap makanan kat situ. And everytime I had time and chance, I will always go there to grab a bite. Bukan apa, sebab ada satu specialty kat situ yang banyak kedai kat Segamat or any other places yang takde.





Rasanya, pernah dulu tulis article pasal kedai makan ni. Ok, apa yang menarik kat sini ialah lauk daging cincang dia. Yup. Kat Segamat so far I havent came across any restaurant that sell lauk ni. Memang sedap. 5 bintang bagi kat resepi ni.



Beside, kalau nak sayur goreng lak, unlike any other places, tempat ni mmg ada jual asparagus, brocolli, capsicum dll goreng. Pun sedap gak.

Boleh dikatakan everytime makan kat sini, yang jadi staple order kitorang ialah daging cincang, brokoli goreng, telur bungkus dan sup ekor. Sup dia pun memang best giler. Dan tentang beverage lak, ada satu dua drink yang I supposed uols tak pernah dengar. Kat sini pun ada gak. Tapi lupa nama dia apa. Kalau tak silap Turbo 3 Rasa. Tapi dia combination fresh manggo ngan tembikai yang diice-blendedkan. Dalam cawan tu ada 2 layers colour! Memang interesting and sodap!



Tempat dia kat area taman perumahan kat Seremban 2. Kalau dari Jusco t, terus jer.Lepas Petronas ada traffic light pastu ada lagi satu pastu belok kanan. Terus je sampai jumpa are kedai2. Nama kedai tu Tom Yam Turbo. Kat situ kalau nak kenal kedai tu, ada satu udang besar tengah gerak2kan kaki dia! Hehehehe... Ooopppssss... lupa, kalau tak silap kedai dia bukak malam jer!



I recommend this to u guys coz it worths it!

0 Comments

Copyright © 2009 Cikgu Fitrie menulis... All rights reserved. Theme by House Of Hanna Ritta. | Bloggerized by Hanna Ritta.