0

Warisan Kampung Stay

Posted by Cikgu Fitrie on 4:52 PM in ,



Hey peeps. Kali ni nak tulis pasal entry yang lama dah tertangguh. Nak mai habaq kampung halaman aku. Haaa... Ni lah kampung aku yang indah dan permai tu. Masih mengekalkan tradisi dan kemelayuannya. Haaa... Kalau sape percaya ayat aku tadi, hang pa dah kene kelentong! Hehehehe.... Well actually ni pics masa aku gi Warisan Kampung Stay yang terletak kat Batu Kikir, Kuala Pilah Negeri Sembilan.



Kalau uols nak tau, rumah dan persikitaran kampung stay ni lah dia wat lokasi drama citer Anak Betong. Ala, citer Sheila Rusly jadi puaka bertudung! Motif?

Ok. Tempat ni masa kitorang datang ( aku, ful ngan kakak dia ) taklah se'inviting' mana. Kitorang datang pun saje2 nak rasa camne duduk kat homestay. Tapi konsep Warisan ni ialah konsep Kampung Stay. Ala2 dok hotel kat dalam kampung.

Interior dalam rumah tu sama je macam korang nengok dalam citer Buluh Betong tu. Thats why masa nengok citer tu aku tak layan sangat sebab pondok shiela rusly bertapa tu ada kat belakang rumah ni jer! So, tak dapat tak menghayati! Bytheway, aku suka konsep dalam rumah tu. Memang bersih dan mendamaikan. Not much furnished but ok lah. Bilik dia pun simple je.










Exterior dia pun bersih dan mendamaikan. Imagine bangun tido kat kawasan kampung yang hijau dan menyegarkan! Sejuk! Bilik dia ada yang katil single dan ada yang double. Kalau tak silap ada 6 bilik semuanya.







Kawasan tempat ni luas jugak. Belakang rumah ni ada padang besar untuk aktiviti sukaneka dll. Ada gak beberapa buah chalet kalau nak adventurous sikit.

Dorm room pun ada gak kalau sesapa nak bawak rombongan ke sini. Tak jadi masalah. Tempat ni banyak tempat nak tido. Kalau tak cukup gak, bawak khemah, kita camping ramai2 kat padang tu!














Bukan tu je, kat sini ada dewan terbuka kot2 korang nak wat ceramah ke bengkel menjawab soalan UPSR ke, taklimat kajian tindakan ke. Karaoke pun boleh!






Best part is, ada satu pondok untuk korang istirahat kat belakang tu. Tempat ni lah yang jadi umah Shiela Rusly. Bestkan!














Tu depan pondok dua tingkat tu ada satu tasik buatan. Rasa macam nak swimming je, tapi macam geli je sebab air dia tak macam swimming pool kat umah aku. Umah aku airnya biru siap ada waterfall and jacuzzi! Oppps hot spring pun ada! Kelas kan umah aku.

Pastu, belakang pondok ni ada sungai yang mengalir. Masa aku datang sungai ni tengah surut dan ngan baiki tanah dia ( conservation ) yang nak hampir runtuh akibat hakisan. Kata orang yang jaga tu, tempat ni diorang wat sukan air and htan kecil kat belakang tu diorang buat jungle trekking!




Ni antara pemandangan yang ada kat sana. How refreshing! Beside kat situ gak ada demonstrai masakkan kampung kalau kita request!






So, enjoy! Visit http://www.kgstay.com/ untuk maklumat lanjut dan tempahan.

0 Comments

Copyright © 2009 Cikgu Fitrie menulis... All rights reserved. Theme by House Of Hanna Ritta. | Bloggerized by Hanna Ritta.