0

Bukan aku membenci mu..

Posted by Cikgu Fitrie on 3:04 PM
Kau kalungkan aku,
Rantai harapan dan kau rentapnya semula.

Kau mahkotakan aku,
Tiara cinta dan kau rampasnya kembali.

Kau sarungkan aku,
Selendang asmara dan kau rabakkan tanpa belas.

Kau taburkan aku,
Kelopak kelopak janji dan kau hanyutkan bersama arus angin masa.

Kau berikan semua itu,
sebagai hadiah yang teristimewa buat aku,
Dihari lahirku ini..

'Terima kasih' atas perpisahan ini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 Comments

Copyright © 2009 Cikgu Fitrie menulis... All rights reserved. Theme by House Of Hanna Ritta. | Bloggerized by Hanna Ritta.