0

Kuntum dan Si Pintar

Posted by Cikgu Fitrie on 5:10 PM in ,

Haaa... Sebenarnya entry ni dah lama nak buat. Tapi masa takde, lagipun bukannya best pown... Sebenarnya frust tak dapat bergambar dengan si Pintar tu... Tu yang sakit hati tu...

Few weeks ago... Dah lupa dah bila!.... Majalah Kuntum ada datang sekolah atas jemputan Kak Pah The Library Manager. Tema tetap ada kat sekolah ni. Tema baju cikgu2 ppuan Hijau Lip Lap! Cikgu2 lelaki lak, banyak dah silap information, so tema bajunya : Ape2 je lah! kalau nengok pic kat bawah ni, kepala program pun salah tema baju.... ( Nape Kak Pah pakai baju cekelat... Kan dah habaq baju hijau bling2! )



So, seperti biasa, kalau ada program mesti ada formal gathering. Lepas budak2 beratur tu, program pun dimulai. Majlis diterajui oleh pengacara majlis vogue, Puan Azlinda kita, sape lagi! ( Actually ada 2 je pengacara wanita vogue ( kak Shah le ) dan 1 pengacara lelaki berbakat besar dan mega vogue kat skolah ni - sape lagi kalau bukan AKU! Hahaha... )



Pastu, ada ucapan diva, Kak Ijan sebagai pemangku GB yang tiada masa tu. Pas ucapan Kak Ijan, ucapan wakil majalah Kuntum lak.

As usual, ada persembahan pelajar. Kalau baca majalah Kuntum kat ruangan gambar lawatan kuntum ke sekolah2 tu, setiap sekolah mesti sediakan persembahan. Skolah aku pun ada gak persembahan, tapi bukan tarian yang most school did. Kitorang buat choral speaking dalam bahasa Arab ngan bercerita. Budak pra sekolah yang bercerita sambil pakai costume semut cokelat! Comel bangat!



Satu je yang tak bestnya, Si Pintar takde pada mulanya.... Tapi, ala2 gimik hambar, wakil tu suruh budak2 ni seru panggil Si Comel, maskot Kuntum lagi satu.... Jeng3... Kuar le si Comel tu.... Ingatkan takde tadi....





Pas tu, ada lah sikit kuiz ala2 promote majalah Kuntum tu... Ada la jugak budak2 ni dapat hadiah... Pastu, sesi yang ditunggu2 oleh semua, sesi bergambar bersama si Comel...




Tapi yang aku frust, maskot tu leh nak balik cepat atas alasan panas! Motif? Dey, kitorang panggil korang pun motif utamanya nak bergambar ngan mende tu...! Hanjs sangat sbb tak dpt amik pic ngan mende tu! Oklah fine, sok tak nak panggil lagi jangan marah!


0 Comments

Copyright © 2009 Cikgu Fitrie menulis... All rights reserved. Theme by House Of Hanna Ritta. | Bloggerized by Hanna Ritta.