4

Cuti-cuti Malaysia : Ipoh

Posted by Cikgu Fitrie on 11:55 AM in
Haaa... Ni nak sambung sat! Hari tu, entry pasal cuti2 malaysia ni tak habis lagi nak cerite... Hari tu sempat cite pasal Tambun je kan... Haaa... Masa balik Tambun tu, kitorang over night kat Ipoh...

Malam tu, kitorang satu family lepak2 kat bandar Ipoh je... Erm... Rupa2nya Ipoh ni tak lah besar mana pun... Ala2 pekan jer kan! Oleh kerana tak tahu banyak sangat attractions kat Bandar Ipoh ni, so kitorang jalan2 tanpa arah tujuan.... Hahahaha...

Malam tu, lepas balik dari Tambun, kitorang cari tempat makan kat sini... Banyak tempat pusing cari tempat makan, tapi tak banyak macam kat Johor ni... Kedai makan kat Ipoh ni boleh dikatakan tak semeriah kat Segamat and any other part of Johor...! Kak Syarizah ada cadangkan makan kat Medan Gopeng... Oleh kerana dah sampai simpang nak ke Gopeng tak jumpa2, last2 makan kat bandar Ipoh je...

Akhirnya, kitorang makan kat dataran dia kot... Tak pasti, tapi ada fod court kat sana... Banyak gak kitorang order makan... Makan dia memang sedap dan harga pun murah bangat! Memang murah! Last2 baru tahu Medan Gopeng tu bukan kat Gopeng tapi kat Ipoh jer... Takpelah, first time datang... Tak tau aper.... Tunggulah kedatangan kami kali ke dua!

Pas makan, hantar abah balik hotel... Aku ngan Ful, keluar balik sebab malam masih muda... Hehehe... So, kitorang jalan2 gi Ipoh Parade... Erm, tak lah besar sangat, tapi oklah sebab memandangkan takde shopping mall yang besar lagi kecuali Jusco... Haa... Dalam sibuk2 berjalan2 tu, sampai kat satu traffic light tu tak perasan dah kuning, so masa belok tu lampu dah merah dan tak semena2.... Click... Flash... Rupa2nya traffic light tu ada camera... Merasalah tunggu saman sampai!

Pas gi pusing2 tu, terperasan satu area tu ramai orang berhenti... Rupa2nya tempat tu orang panggil Gerbang Malam... Ingatkan ada apa, rupanya macam pasar malam kat Segamat gak, cuma takde jual2 makanan jer... Yang ada cam baju, jeans, baju, jeans, baju, jeans, bundle, bundle, bundle, minyak wangi tiruan, minyak wangi tiruan dll! Banyak kedai tapi jual mende yang sama!



Ni lah tempat tu yang diambil di siang hari...! Lain2 pic yang sempat di amik ada kat bawah ni... So, malam tu pas gi browsing kat gerbang malam tu, kitorang balik hotel sebab dah penat... Lagipun, sok pagi2 dah nak gerak naik Cameron lak...










So, esoknya journey ke Cameron pun bermula! Tunggu entry berikutnya... Dan sambungan Ipoh sebab pas balik Cameron gi Ipoh balik...! Nak tau kenapa? Tungge je lah!


0

Cuti-cuti Malaysia : Pahang ( Genting Highland )... Satu percutian yang tidak disenghajakan!

Posted by Cikgu Fitrie on 11:00 AM in
Hurm... Belum pun habis nak tulis pasal2 cuti2 malaysia Perak n Cameron, sempat lagi menghabiskan masa dan wang ringgit ke Genting Highland lak... Hehehe... Tujuan gi sana bukan apa pun, dah ebetulan sampai kat Bentong sebab buat report kereta kakak ipar Ful sebab dia bagik orang pakai, orang tu tak nak bayar... Masa nak amik kete tu, macam2 lak alasan... So, nak tak nak terpaksalah jugak wat report...



Mula2 datang sana berdua je dengan Ful... Dari Segamat kol 1.00 pagi... Sampai sana dalam kol 6.00 pagi... So, memandangkan masih awal, rumah orang yang pakai kerete tu pun gelap lagi, kitorang decided pusing2 bandar Bentong... Boring sebab takde pape, gi bandar Karak lak... Dalam kol 9.00 balik semula ke Bentong... Gi rumah tu balik tapi takd orang... Call punya call, dia cakap dia takde kat umah... Alasan mencurah2 diberi!

So, ada tak de, terpaksalah balik semula... Tapi, oleh kerana dah sampai sana, rug lak kalau balik camtu jer... Ingat nak gi air terjun Chamang, tapi sebab baju tak bawak, tak jadi nak gi... Last2 sebab boring, eloklah sekiranya kita singgah di Genting Highland buat ke sekian kalinya!







Cantikkan pics ni... Macam suasana masa gi ATLANTA USA dulu... Sebijik lah!




Nak dikira, sepanjang 2008 ni, dah 6 kali naik Genting saje2 atau sebab boring takde mana nak pegi... Bukan apa, suka cuace dia jer waktu pagi kat sana... Bukan apa pun! Lagi satu, memandangkan Krimas pun dah nak dekat, decorations kat First World Plaza tu pun very the meriah!











Merasalah suasana Krimas di puncak gunung! Lepas dan penat ronda2 kat atas tu... Perut pun lapar... So, berhenti jap kat Old Town untuk menikmati Hazelnutnya yang enak itiew...!














Ni lah breakfast den pagi tu... Merasalah pagi2 minum Hazelnut White Coffee ICE! Hahahaha... Oklah, tu jer nak khabaq kali ni... Nanti kalau sempat nak sambung cite cuti2 malaysia Perak n Cameron lak! Owh... Bytheway, Krimas ni nak gi Kedah, Langkawi and jalan2 sat kat Penang lagi! Hehehe... Best2 dapat jalan2 kan!

Klik kat pic bawah ni kalau nak nengok collections pics kat sana!
Genting Highland

0

Cuti-cuti Malaysia : Perak

Posted by Cikgu Fitrie on 10:13 AM in
Ok... Entry ni nak ceritakan tentang holiday kami di Perak... Sebenarnya, tujuan utama holiday ni nak ke Cameron jer, memandangkan perjalanan ke Cameron tu berhampiran dengan Perak ( Simpang Pulai ), kitorang decided nak gi rumah makcik sekali kat sana...

Dalam bincang2 nak ke sana, teringat lak tentang Lost World Of Tambun... So, agenda utama perjalanan kali ni ialah Lost World Of Tambun, Cameron dan rumah makcik kat Batu Gajah... Perjalanan bermula dengan 3 buah kereta... Aku, mak, abah, mira, onel dan intan naik satu kete, along ngan suami dia satu kete, adik ngan laki dia ngan adik yang lagi satu!

So, dari Kota Tinggi ke Kuala Pilah dulu sebab nak amik Ful... Mana leh dia tinggal! Hehehe... So sebab kelewatan menunggu kete adik bawak menyebabkan kelewatan sampai ke rumah Ful... Pas tu berhenti makan bagai, sampai dalam kol 11 lebih... Sepatutnya kol 9 dah sampai...

Lepas amik Ful, perjalan diteruskan ke Senawang, masuk highway kat sana and perjalanan kat highway pun bermula... Kat highway ni jangan lah cerita, punyalah banyak berhenti...! Fast forward, sampai kat Perak dalam kol 6 pagi lebih kurang ( keluar exit Ipoh kalau tak silap )... Keluar2 je terus nampak signboard Lost World Of Tambun 7 km belok kiri... Oooo.... dah dekat dah!

So, memandangkan abang ipar yang degil, dia ajak gi terus ke Tambun... Dah sampai sana dia cadang lepak2 kat parking lot sampai Lost World tu bukak! Banyaklah! Last2 we all decided check in dulu hotel kat Ipoh, sebab nak rehat2 dulu... Dalam kol 1 gi lah tambun tu... Pastu malam leh lepak2 kat Ipoh... Nengok2 macam mana Ipoh waktu malam... So, sume setuju...

Memandangkan hotel bersepah2 tak susah nak pilih... Tapi sume keji sebab leh check in kol 11... Last2 jumpa hotel biasa yang boleh terus check in...! So, semua dah settle, tido dulu....

Lost World Of Tambun



Kelaskan entrance...! So, bayaran masuk RM25 sorang... Kanak2 lain harga, OKU lain harga, warga emas lain harga... So, mak abah dapat diskaun! Hahahaha... Dari luar dah rasa tempat tu memang cantik! Sebab dikelilingi bukit2 batu kapur sebagai backdrop teman tema tu..! Selain tu, statues kucing ngan apa ntah kat tepi2 tu memang cantik... Best kalau dapat bawak balik satu!











Bukti aku masuk bayar tau! Tak curi2 masuk! Hahaha...






Oleh kerana malas nak tulis panjang, klik gambar kat bawah ni kalau nak nengok collection photos kat sana! Hehehehe....
Lost World Of Tambun

0

Cuti-cuti Malaysia : Negeri Sembilan

Posted by Cikgu Fitrie on 3:02 AM in

Wet World Resort Air Panas, Pedas, Negeri Sembilan












Well, entry ni pendek jer sebab kat sini dah biasa gi... Selain PD ada gak tempat2 lain yang menarik kat Negeri Sembilan ni... Antaranya, Wet World Air Panas Pedan Negeri Sembilan...!

Kitorang gi sini sehari selepas balik dari Penang... Dari rumah Ful kat Kuala Pilah, it took bout 1 hour 30 minutes nak gi sini... Apa yang special? well, kat sini ada air panas untuk rendam2 kaki... Hehehehe....

Memandangkan kebodohan diri ku dan diri Ful, makanya, hp dan camera ditinggalkan dalam kereta atas faktor keselamatan kononnya... Padan muka, kat dalam tak dapat amik pics... Nyesal sangat!



Tiket masuk cuma RM10.oo seorang... Taklah besar sangat... Cuma kalau nak gi sini jangan gi hari minggu, gerenti penuh! Kitorang gi hari Isnin masa tu...

Dalam ni sama je ngan Sunway Lagoon, Lost World Of Tambun cuma kecik berbanding Lost World tu... Kecik sangat... Yang bestnya ada air panas semulajadi yang mengandungi pelbagai mineral untuk kesihatan kulit katanya... Yo lah!

Dalam tu ada dua gelongsor air... Nampak tak mencabar n tak best... Kitorang pun dengan selambanya naik gelongsor tu.... Dah naik, sumpah tak nak naik lagi... Memang takut giler... Rasa nak tercampak jer... Sampai kat bawah jer, muka kitorang pucat lesi... Sangat2 takut... Jantung ni tak stop2 berdetak dengan lebih kencang seperti kenderan mahu perang! Gile sangat... Nak gugur jantung... Sampai sekarang masih berdebar2 kalau teringat pengalaman tu...

Pas main tu, kitorang naik pelampung tu menyusuri "sungai" yang ada tu.... Memang ada ombak dia, tapi alahai.... lemah tak bermaya... Kalau kat Tambun tu memang best giler... Tapi tu cerita lain kali...!



Pas boring main air tu, kitorang gi rendam kaki kat dalam air panas... Kolam yang kecik tu masih boleh dimapun lagi panasnya... Yang hot spa tu, mak ai... leh rebus ayam buat stok masak nasik ayam... Ntah kulit apa ntah, ful je yang tahan rendam kaki dalam tu sampai merah2 kaki dia...

Yang kelakar masa kat kolam panas kecik tu, ada sorang budak ni dai jauh lari nak aim lompat dalam kolam tu... Sebab agaknya dia ingat air dalam tu air biasa, pas dia terjun je, dengan muka2 cemas dia cepat2 dia lompat kelaur sambil cakap adeh.. panas! panas!... hahahaha... Sesuai sangat ngan muka dia..!

Tu jer... Pas dah boring, siap2, gi lepak2 Seremban lak...!

Haaa..... Ni pics amik kat internet... Nengok sendiri kat dalam dia camne yerk!



0

Cuti-cuti Malaysia : Penang Pt 2

Posted by Cikgu Fitrie on 1:55 AM in
Hurm... Kita sambung semula k... Katne tadi? Ok, kat bukit bendera...






Ni la tiketnyer... Pic baru jumpa... Hehehe... Ok, sebenarnya journey mendaki dalam tram yang sempit dan crowded tu punyalah membosankan... Memang nampak cam best, tapi cubalah bayangkan, mende tu gerak punyalah slow and there is nothing to see except pepokok yang sama je dari bawah sampai ke puncak tu...! Nasib baik diri kat seat belakang driver dia, at least nampak lah depan...!



After several boring minutes akhirnya sampai kat post tengah... Nasib baiklah naik sampai post tengah jer, kalau sampai atas, matilah bosan! At least sampai kat atas tu ada gak mende yang menarik untuk dirakam n dinengokkan! Nampak lah menara KOMTAR, jambatan Pulau Pinang n other landmarks...







Ada lagi pics nya tapi buang mase je nak upload sebab sumenya samer... So, dok pusing2 kat area situ, tak sabar nak turun lak!





Sebelum balik sempat gak kenang2an kat sign dia... So, gerak balik ke town centre sambil dengar ERA kat radio, tiba2 dia cakap skuad perodua era ada kat Penang... Dengar2 punya dengar ada kat Taman Bunga... So, apa lagi, kejar yop kejar! Sampai2 sana dah Marghrib dan hari dah gelap... Skuad tu pun dah nak habis... So memandangkan dah gelap dan segan nak join, nengok ari jauh jer... Pics pun tak sempat nak snap! Takpelah next time jer k....

So, hari dah nak malam, kitorg decide balik hotel, mandi2 n rehat2 jap sebelum makan malam... Eh lupa, sebelum gi Bukit Bendera tu, sempat gak jalan2 kat komtar nan kosong tu dan area2 situ...! Sempat lah snap2 pics masa kat atas jejantas tu...!




Mana ntah pics yang lain, tak jumpa lah... Ni je lah.. Bak kata orang jangan kasi kempunan... Hehehehe... So, pas dah sampai hotel biasalah mandi manda bagai, pastu head out gi makan lak... Call kak shah, tanya dia kalau kt penang mana makan best, dia pun dunno! So, tanpa arah, pusing2 sampai ke Bayan Lepas cari kedai makan...

Sebelum sampai ke Queensbay Mall tu, ada satu area kedai2 makan kat tepi laut... Ingat nak makan kat situ, tapi masa nak patah balik lepas gi ronda2 kat luar Queensbay tu, ntah kat mana silapnya, tak jumpa jalan ke tempat tu last2 dah masuk kat bandar balik...! Duh!

One thing kat penang ni, kedai2 makan tak bersepah2 macam kat Segamat lah! Punyalah susah nak cari tempat yang ramai dok makan, last2 makan kat restoran depan hotel tu...!






Khusuk Ful makan sebab perut dah lapar! Hehehehe... Nasib baik lah kitorg ni jenis makan tak kisah, so hentam je lah...! Bytheway, nasi goreng dia memang sedap!

Pas makan, takde mana dah nak pergi, kitorang pusing2 town, gi Plaza Gurney, lepak2 kat plaza tu jap, pastu drive pusing2 Georgetown... Ingat nak makan pasembor kat Padang Kota, namum tiado pun... Pusing2 situ, pusing2 Georgetown sampai kol tiga pagi... Mata dah ngantuk, sok dah nak balik, so, balik hotel tido....

Dengan niat nak breakfast kat hotel sebelum tido, sebab dah include dalam harga bilik, last2 bangun kol 10! Hah... Tension... Lepas breakfast free! Apa pun, tak lapar sangat pun... Pastu, kemas2 barang, pastikan tiada yang tertinggal, check out kol 11 sebab nak gi Jalan Kulit lagi....

Pas hantar kunci, gerak ke kete, start drive ke jalan kulit... Erm... Masa gi dulu, banyak gak barang2 antik, tapi skarang ni lebih banyak junk jer... Masa baru separuh jalan, migrain lak start menyerang... Ahhhh... Tension... Macam nak pecah kepala rasanya.... So, suruh Ful teruskan jalan2 kat situ, aku dok dalam kete... Tido...!

Sebelum gerak, sempatlah beli popiah basah kat sana... Teringin gak sebab ramai yang beli... Oklah rasanya...! So, rasanya dah takde mana nak gi lagi, last stop, beli jeruk2 bagai kat depan Maidin... Oleh kerana pening kepala lagi, Ful sorang je yang memilih2 jeruk tu semua...

Last, sebelum gerak balik, perut pun dah lapar, teringin nak makan nasi kandar lagi.... So cubalah makan kat Line Clear tu... Umannaaaggggaaaiii... Punyalah ramai orang beratu di celah2 lorong tu... Makanan dia pun mak ai.. bertimbun-timbun... Tak caya? Saksikan dengan mata kepala anda sendiri!







Ni yang aku makan...! Melampau tak? Ful yang amikkan k!

Sedap uols tanya? Sedap lagi kat Gurney Drive... Enuff said! Pastu, dah tak de nak ke mana lagi dah, lalalalalala, balik la Kuala Pilah.... Umah mak Ful...

Ni pic2 yang sampingan k! Antara yang sempat di amik sepanjang perjalanan balik ke Negeri Sembilan... Oh, lupa... Masa dah nak sampai Perak, ada call Maimanah, ingat nak singgah umah dia, last2 dia cakap dia ada kat Segamat tengah menanti banjir...! Kasihan!



Ok.. Time to go back!













Kalau nak nengok pics disebalik tabir, datang lah sendiri berjumpa saya sebab banyak sangat pics yang ada dalam laptop ni! Itulah saja pengembaraan kami ke Pulau Pinang... Nantikan juga entry Cuti2 Malaysia Ipoh dan Cameron bersama keluarga saya dan Ful...


Copyright © 2009 Cikgu Fitrie menulis... All rights reserved. Theme by House Of Hanna Ritta. | Bloggerized by Hanna Ritta.