I am blessed... Alhamdulillah....
Se-Januari di Felda Redong
Se-Januari aku di Felda Redong, apa yang aku rindukan ialah kawan2 aku di sana... Hurm, tak akan ada ( mungkin ) galang ganti kawan2 yang menerima aku seadaanya di sana.. Aku tak rasa macam kawan tapi lebih kepada saudara... :) Thank you for giving me a great time...
Se-Januari aku telah meninggalkan SKBPS... Se-Januari jugalah aku di SK LKTP Redong... Angin perubahan dan pembaharuan yang aku harapkan... Harapan untuk mengulangi apa yang aku dah dapat di SKBP akan aku kecapi di sini... Namun satu, pengalaman hidup di sana takkan dapat diganti dengan pengalaman se-Januari di sini...

Kenangan malam farewell party yang ANTARA kawan2 baik buat... ( ada kwn2 yg tak dpat hadir sbb last minit planning... TQ Shuharnie Shuib for making that night happened... )
Kuntum dan Si Pintar
Few weeks ago... Dah lupa dah bila!.... Majalah Kuntum ada datang sekolah atas jemputan Kak Pah The Library Manager. Tema tetap ada kat sekolah ni. Tema baju cikgu2 ppuan Hijau Lip Lap! Cikgu2 lelaki lak, banyak dah silap information, so tema bajunya : Ape2 je lah! kalau nengok pic kat bawah ni, kepala program pun salah tema baju.... ( Nape Kak Pah pakai baju cekelat... Kan dah habaq baju hijau bling2! )
So, seperti biasa, kalau ada program mesti ada formal gathering. Lepas budak2 beratur tu, program pun dimulai. Majlis diterajui oleh pengacara majlis vogue, Puan Azlinda kita, sape lagi! ( Actually ada 2 je pengacara wanita vogue ( kak Shah le ) dan 1 pengacara lelaki berbakat besar dan mega vogue kat skolah ni - sape lagi kalau bukan AKU! Hahaha... )
Pastu, ada ucapan diva, Kak Ijan sebagai pemangku GB yang tiada masa tu. Pas ucapan Kak Ijan, ucapan wakil majalah Kuntum lak.
As usual, ada persembahan pelajar. Kalau baca majalah Kuntum kat ruangan gambar lawatan kuntum ke sekolah2 tu, setiap sekolah mesti sediakan persembahan. Skolah aku pun ada gak persembahan, tapi bukan tarian yang most school did. Kitorang buat choral speaking dalam bahasa Arab ngan bercerita. Budak pra sekolah yang bercerita sambil pakai costume semut cokelat! Comel bangat!
Satu je yang tak bestnya, Si Pintar takde pada mulanya.... Tapi, ala2 gimik hambar, wakil tu suruh budak2 ni seru panggil Si Comel, maskot Kuntum lagi satu.... Jeng3... Kuar le si Comel tu.... Ingatkan takde tadi....
Pas tu, ada lah sikit kuiz ala2 promote majalah Kuntum tu... Ada la jugak budak2 ni dapat hadiah... Pastu, sesi yang ditunggu2 oleh semua, sesi bergambar bersama si Comel...
Tapi yang aku frust, maskot tu leh nak balik cepat atas alasan panas! Motif? Dey, kitorang panggil korang pun motif utamanya nak bergambar ngan mende tu...! Hanjs sangat sbb tak dpt amik pic ngan mende tu! Oklah fine, sok tak nak panggil lagi jangan marah!
Digestion Of A Whole OF Last Week
Diam tak diam, dah cuti sekolah semula... Banyak perkara yang berlaku kat sekolah sebelum cuti ni.... Macam2 ada... Antaranya, pelancaran portal panitia.... Alhamdullillah pelancaran berjalan ngan lancar, walau pun ada yang terasa dikhianati? Atas dasar apa, aku pun ala2 blur je... Yang best, siap dijaja cerita tu... Bytheway, perancangan ni sebenarnya dah lama tertangguh... Sama lama tertangguh dengan webpage kelas 1PB tu.... Kalau tanya KP BI, dia tau le, sbb ni dah lama dirancang tapi tak buat2... Since dah ada member yang nak wat, so semangat balik nak buat tapi..... Malas la nak cerita... Mende ni untuk kebaikkan semua, BUKAN UNTUK DAPAT NAMA... Ok.... I tak kejar glamer, i tak kejar fame.... I wat ni untuk panitia dan kebaikkan panitia sahaja.... Sebagai bonus, cikgu2 lain satu sekolah, satu daerah, satu negeri, satu negara leh manfaatkannya... Takpelah, tak kisah sape nak claim dia buat dulu sekalipun, its not important.... Beside, sape yg aktif berblogging ni selain den kat sekolah ni, so far! Untuk yang terasa2 tu, mintak maaf le banyak2....
Selain dari kes H1N1 yang memaksa masing2 memakai surgical mask yang melemaskan tu, benar dakwaan aku yang mask ni akan berevolusi dari pencegahan penyakit hingga jadi fashion statement... Kalau tak caya, nengok kakak paling glamour SKBPS, Kak Shah, siap tempah mask dia ikut kaler baju ngan ada bunga2 lagi? Motif?
Selain tu, tak lupa lak cerita budak kelas aku disampuk hantu.... Kisahnya, mula2 dia tak sihat badan, nak rasa muntah, so dia gi toilet ngan member dia.... Pas muntah, dia nengok cermin ada nampak lembaga berwajah hita, berambut panjang dan berbaju putih... Balik kelas dia mengadu kat cikgu Maths dia... Since, at that point, nothing happened, cikgu dia pun tenangkan dia dan mengajar as usual.... Around 11 am je, dia mula buat perangai, mangamuk2 n kacau2 kawan dia... Selamat Ust Din ada untuk kawal keadaan sebelum aku panggil Ust Rahim untuk ubatkan... Lepas dah baca2 ke apa ke yg ust tu dah buat, budak tu pun ok macam biasa, cuma lemah2 je... Call bapak dia, usulkan suruh rehat kat rumah jer... Then, from what I heard, mende tu ( ada 2 ekor ) ikut dia balik umah dan bapak dia bawak dia pergi berubat lagi.... Tu je, so far yang aku tahu.... Dengar2 mende tu nak bawak dia masuk hutan, balik umah mende tu.... Seram den....
Another thing happened last week was my gouty arthritis attacked my knee lak.... Parah! Bengkak lutut aku sampai aku terpaksa MC for two days, tapi aku amik sehari jer sbb Friday, big day for panitia.... Kaki aku pun tak leh bebgkok as we speak, or rather, as i type...! So, yang baru aku tau, rupanya excessive caffein pun boleh menyebabkan gout! Sedihnya dengar... Dah la aku ni coffee addict! I really need my coffee fix every morning and night, so I can keep going! Matila pas ni g skolah, mata kuyu jer!
Hari Jumaat juga, hari guru2 bilik guru atas buat jamuan menyambut puasa.... Menunya, nasi beriani ketam masakan suami Kak Pah... Sedap gak... Kenyak jugak la makan.... Oooo tak lupa gak, pagi tu kol 5 aku dah bangun sebab dah janji nak bawak mini pizza resepi special aku... So, merasa semua breakfast ala2 Italayu ( Italian Melayu )... Hahahaha... sedap tak uols? Kalau sedap pas raya leh buat lagi!
Selain tu, minggu ni dah start puasa, as usual, masa ni lah nak rasa badan ringan sikit kan.... So, untuk hari ni, aku nak masak nasik ayam untuk family aku... Since Ful pun ada, so extra special recipe ler dari aku hari ni... So, kepada semua, salam ramadhan dan selama berbuka puasa.....
We are family!
Ok, pics kat bawah ni ialah pics masa mula2 event.... Yang gambar dalam office tu, masa hari Jumaat, briefing oleh kepala program : Kak Norpisah! Pastu, hari berikutnya, aku, Shuhar, Aini dan of course Kak Shah, berkumpul kat simpang Muadzam, pastu dalam kol 10.30 kitorang pun gerak... Ooooppssss.... Lupa, aku n Ful gerak dari K Pilah sebab nak suruh mak dia masak lauk untuk makan nti....


Pas makan, apa lagi, aku, Ful, Shuhar and Wan serta anak2 kak Shah, mandi manda kat swimming pool dia.... Unfortunely, pics tak banyak amik sebab masing2 syok mandi dari kol 2 sampai kol 5...! Hahahaha.... Pic atas tu pic Shuhar tengah marah dengan Wan, sebab Wan ajak aku mandi2 bersama, pastu Shuhar kena marah lagi ngan Wan sebab sibuk nak ikut aku ngan Wan! Baru nak dating! Hahahah....
* Klik gambar untuk gambar lebih besar
Ni lak antara pics RBR masa nak turun gi pantai untuk sukaneka... Saje je snap2 pics kat sana.... Haa.... Yang baju oren tu Ful ngan anak Kak Shah, Daniel ( Baby )....
* Klik gambar untuk gambar lebih besar
Lihat gambarajah diatas, gambar-gambar menunjukkan beberapa aktiviti yang melibatkan guru-guru dan pasangan mereka.... Antara aktiviti dijalankan, masukkan benang dalam jarum pastu masukkan lak manik! ( Motif? ) Untuk Kak Mai beading baju kurung ler! Apa lagi... Hiks!
Kalau nengok ust Rahim, punyalah tekun nak masukkan jarum jarum tu, last2 ntah apa yang masuk pun den tak tau!
Kak Ros lak, pose2 manja ala2 teringat masa muda2 dulu pernah masuk PRKFC ( Pertandingan Ratu Kebaya Felda Chempelak 1967 )... Tapi malangnya sampai separuh akhir pertama jer! :P
* Klik gambar untuk gambar lebih besar
Haaa.... Antara aktiviti lain dijalankan, cikgu2 perempuan kena kupas bawang putih... Pastu timbang, sape paling berat dia menang! Nape Kak Odah tak memang? Bukan ke kak Odah yang paling berat.... OOOpppppssssss..... Silap! ( maap ye, adik gurau jer! )
* Klik gambar untuk gambar lebih besar
Ni lak pics untuk anak2... Ada tiup belon, ada cari gula2 dalam pasir.... Yang menang, of course le, anak Kak Mai... Nak tau kenapa, Kak Mai siap anta anak dia tuisyen ajar cari gula2 dalam pasir! Hahaha... Joking!
Pape hal pun, ada gak wakil aku menang - Ful & Daniel ( lari tiga kaki ).... Habis je aktiviti, kitorang pun berendam lagi kat kolam tu....! Malangnya, Shuhar dah berkali2 mencuba, tetap tenggelam dalam air tu....! Sedih kan! :p
* Klik gambar untuk gambar lebih besar
Malam tu lak, ada BBQ.... Ingatkan ala2 bakar sendiri, rupanya amik yang dah siap dibakarkan... Pape hal pun, makanan banyak tapi my fav was the lamb! Succulent! ( Betul tak ejaan dia kak zila? )
Pastu, ada acara bagi hadiah untuk yang menang acara telematch petang tadi.... Pastu ada cabutan hadiah bertuah lak tu.. Malang nya, aku tak dapat! Benci... Sabotaj sangat! :p... Saje je Kirin suami Jue lekatkan nama aku pakai gam kat bawah balang tu... Tak nak kasik nama aku naik....!
Untuk aktiviti malam lak, kitorang diberi sehelai lukisan dan dikehendaki mewarnakannya... Kat atas tu hasil yang aku bangga2kan.... Sebab aku sorang ke kaler warna anak mat saleh!
* Klik gambar untuk gambar lebih besar
Esoknya, aktiviti bermula awak pagi. Seawal 6.45 sume dah bangun tapi ramai yang baring balik sebab hujan lebat... Tapi, kejap jer.... Pastu kitorang berkumpul untuk senamrobik dibawah kelolaan ustaz Rahim.... Walau pun sekejap, tapi seronok dengar celoteh dia dan pagi2 je aku dah tersengih2 dan berpeluh!
Pastu, aku, Kak Shah ngan Abg Usop, amik kesempatan gi gym dia... So, merasalah berkayuh2 mengeluarkan peluh naik mende tu.... Pastu naik treadmill.... Rasa ringan je badan.... Shuhar lak kezzi sangat sebab dia cakap aku macam peserta The Biggest Loser.... Sedih aku.... Nasib baik Wan ada pujuk! Hahahahaha....
* Klik gambar untuk gambar lebih besar
Ni lak masa breakfast esoknya.... Lihat wajah Jue yang ala2 terkejut dalam membuat pilihan nak makan yang mana satu....! "Confuse uols" Kata Jue.... Makan dia biasa jer.... Sedap lagi den masak.... Sorry uols, taste i tinggi! Yang sedap aku rasa kacang panggang tu jer! Yum....
* Klik gambar untuk gambar lebih besar
Last activities for the weekend was this! Buat sea monster pakai tanah.... Hahaha.... Kalau nak tau, macam2 creature yang jadik! And of course mine is the best.... Aku team up with kak shah since abg Usop ngan Ful masih lagi berenang di katil memasing!
Memang pagi tu aku rasa seronok sangat... Dengan cuacanya yang ala2 manja je, tak panas, redup sangat.... Menyamankan... Pulak tu bersama2 ngan kengkawan..... Rasa sangat macam family.... Miss that moments!
Last sekali, acara bergambar beramai2 dengan baju rasmi yang cun tu... Hijau yang menenangkan jiwa yang lara....! Pastu, apa lagi, berendam lagi kat kolam tu buat kali terakhir sebelum check out.... Kan best kalau kat sekolah ada kolam macam ni.... Leh la Kak Odah ngan Kak Mita ajar Shuharni yang tak reti2 berenang tu....!
Tak sangka kan, Kak Odah leh berenang! Hahahaha.... Seakan magik! Last sekali ialah acara penyampaian hadiah dan makan2 dan pastu semua pun beransur ke halaman masing2.... Aku pun dengan rasa sedih meninggalkan paradise dan kembali kedunia nyata.... Sepanjang kat sana, aku enjoy sesangats dan hilang segala tension dan tekanan kerja.... Memang tak ingat langsung kerja kat sekolah tu... Hehehe....
Apa2 pun, hopefully, next year will be bigger and better....
3 days and counting....

But, some how, years passed my school's road trips, still I had and still have the same o experince! I know, such a silly kid, having hard times keeping my eyes closed and my mind free... This mainly contributed by the most anticipated event of the month, Hari Keluarga SKBPS... Poyo kan!
So what, its not like I'm asking for it... It just happened like a relapse... Can't help it.... But then again, I put too much tought into it, hence, the owl syndrome!

It's going to be at Rompin Beach Resort... I know it's not the most grandeur place to lay my head in, but it the company that matters! And of course, the journey matters too! Beside, I get to spend quality time with closest friends and their family as well.... It wouldn't be hari keluarga without any family now would it?
But hey, I'm looking forward for this! RBR, here I come!

Luahan hati....
Wah... Wah.... Wah.... Cikgu2 kita rupanya ramai dapat APC.... Tahniah..... Baru dua hari lepas, dah masuk berita dalam laman web sekolah....
Aku lak rasa macam under appreciated jer, aku dapat guru inovatif sekolah rendah daerah Segamat, yang pertama di SKBPS, yang dah mengharumkan nama sekolah ni ( aku rasa lah ), dah nak dekat berbulan2 ni langsung takde berita... Sedih...
Bias kah? Ignorant kah? Kronism kah? Diskriminasi kah? Atau semua yang dinyatakan tadi??? Entah lah.... No komen....
Sape lah kita....! Kita cikgu menumpang je kat sekolah ni... Tak layak masuk web sekolah....! :(
Yang penting, korang ader ni?
Dan sekarang ni, aku menanti jawapannya....
Plan Raya.....
Nak tahu tahun lepas wat business ni hah ngan abang ful....
Yup, tahun lepas ada lah ratus2 jugak dalam tangan lepas dah bagi2 kat pekerja.... So tahun ni kitorang nak venture yang gila2 sikit sebab tahun ni nak jual lemang n rendang and target nak jual 1000 batang jer di samping beli lembu sekor dan jual dagingnyer....
Bukan apa, kat Kuala Pilah ni, orang tak beli daging mcm org Johor ( aku cakap ttg family aku k... ). Mak ngan abah aku beli kat pasar jer.... Hehehehe... Tapi kalau ikiyt family ful lak, diorang beli masa "memantai".... Aku pun tak leh nak elaborate tentang aktiviti memantai ni... Yang aku tau, sepanjang jalan dari Batu Kikir ke Kuala Pilah ke area Bukit Putus tu, semua orang jual daging tepi jalan.... Tu yang aku nampak ler.... Tapi mcm meriah je nengok sebab setiap 10 meter ada satu orang jual lembu tu....
Mak Ful cakap, org2 tu memang banyak untung nyer.... Tu le pasal, tahun ni nak try lak nasib kat bisnes ni.... So, pape hal, tunggu dan lihat.....
Cerita pasal raya lagi ni, tadi aku baru jer tempah kuih tahunan aku.... Kuih tahunan? Hahaha... Kuih yang aku selalu tempah tiap2 tahun semenjak dikenalkan kepada aku.... Apa lagi kalau bukan Jejari Cornflakes ( my fav ) and Biskut Badam....
Tak tau le sape yang buat, tapi yang pasti kawan Kak Odah.... Bukan nak puji ke aper, tapi kuih tu memang sedap dan cukup tastenya.... Uols pun tau kan, taste aku tinggi! Hahahaha.... Cuma tahun ni aku nak tempat satu lagi kuih yang aku tak pernah makan sehinggalah tahun lepas....
Kuih ni, mak cik aku yang kat Bukit Batok ( Sg ) yang buat.... Memang excellent n modern sangat rasanya... Delightful delicacies..... Memang sodap.... Nama dia aku tak berapa ingat tapi base dia mcm base cheese cake, pastu atas dia ada cheese yang ala2 melting je dan ditabur dengan pistachios hancur.... Memang sedap.... Sebab tu, biskut tu kena simpan kat tempat yang dingin or dalam fridge....
Kawan2 aku yang bertuah makan kuih tu cuma Sim ( dari SJKC Pekan Air Panas ) dan sorang cikgu dari Mersing sebab aku bawak kuih tu sekali masa pertandingan Kajian Tindakan Negeri Johor kat Kota Tinggi tahun lepas....
So, kalau sesape teringin nak rasa, raya ni datang rumah k... Tapi kalau nak datang, set dulu tarikh dan masa....!
Jadual Baru....

Haaa..... Nilah jadual baru aku.... 31 waktu + perhimpunan + LET = 34 waktu seminggu. Tak campur relief lagi.... Rasanya, beban sikit lah jadual waktu kali ni... Especially, hari Selasa, kesian budak kelas hujung2 tu, cikgu dah letih nak ngajar! Aku ni dah le banyak sangat sakit, cepat je letih dan tak berstamina... Tak tau le, sebab banyak sangat amik medication kot...
Walau pape pun, core business aku ialah mengajar, so, aku akan tetap mangajar... Kerja2 lain, tu nombor dua.... Jadi, kepada sesape yang nak mintak tolong dengan aku, tapi aku malas, jangan le makan hati, sebab, ibarat kata orang nogori, eden lotih! So, sesape ada tips macam mana nak bertenaga sepanjang hari, bagi tau aku k...! Sebab memang tak larat.... Sumpah!
Lagi pics Hari Guru 2009....
Ni lak team paling best masa hari guru ni.... Hahahaha...... Dari kiri, aku, Mak Hayam Shah, Ust Din, Jazzmill, Noraini dan Mak Hayam Mai....! Jangan marah!
Izat memastikan cawat yang dipakainya tidak tertanggal! Hehehehe......
Sumpit Din jangan tak sumpit!
Ni lak pics masa jamuan hari guru tu... Konsep asal nak makan ala jawa, tapi last minit tukar menu lak... Frankly speaking, secara jujur dan ikhlas, memang tak sedap. Walau pun perut lapar tapi terus hilang selera.... Memang tak sedap.... Memang tak.... Tak dinafikan tak sedap.... Tak sedap sangat.... Spoil je hari guru tahun ni.... Ish.... Memang geram lah sebab tak sedap!
Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah
Aku gi sana sorang. Sampai sana cari parking kat luar je sebab kat dalam tu jammed! Tak koser nak tunggu lama2 sebab ada satu lori tu blok jalan sbb tu susah nak masuk. Last2 parking kat tepi jalan kat tama perumahan tu. Well, at least I'm not the only one who parked outside. Pikir2 pun, senang nanti nak balik!
Sampai2 je keadaan ala2 hura hara sikit sebab masing2 sibuk nak daftar. Pas daftar tu terserempak lak ngan Cikgu Romzi. Lama tak jumpa, and sorry tak dapat berbual lama sebab rasa tak tentu arah. Crowded sangat! Pastu AJK pendataran tu bagi satu beg yang dalam dia ada beberapa jenis kuih and mineral water. Ok! Aku pun amik tempat dekat designated chairs. No kerusi aku 313 kalau tak silap.
Duduk je kat situ, sebelah aku dah ada cikgu yang dapat anugerah sama ngan aku. Poyo. Tak koser nak layan. Sesuailah! Sambil2 tu sempat snap pic pentas dia. Meriah gak backdrop dia!
Semua lengkap masa tu. Siap ada cameraman ala2 nak rakam filem Mariah Mariamah 2. Salah sorang media team tu aku kenal. Cikgu Aizad. Lama tak jumpa dia. Maklum lah dah lama tak lepak2 luar!
Dalam 15 - 20 minit menunggu, tetiba je dengar lagu zapin. Rupanya pengarah dah sampai. Tapi kena pit stop jap kat pintu masuk sebab budak2 menari zapin. Rasanya lagu tak habis dah kene stop. Sebab abruptly je lagu tu terhenti. Pengarah masuk diiringi PPD Segamat and other vips including HM aku.
Tu diah. Saje je bagi gambar tak clear supaya uols dapat teka sendiri yang mana satu PPD yang mana satu pengarah!
Konsep ala2 tradisional tu dah kira old fashion sikit bagik aku. Ngan bunga telur la bunga mangga la, sume majlis yang aku pergi macam tu jer kaedahnya. Kan best kalau ada kelainan sikit. Maybe sesape ada idea ke cuba sumbangkan sikit camne nak bagi majlis ni tak cliche!
Pastu ada nyayian lagu dari Koir PPD Segamat. Among others, our Cikgu Jazzmill. Cikgu yang nyanyi sebelah Jazzmill tu very entertaining to look at! Very lively!
Gitu gini gitu gini, tibalah masa nak amik sijil penghargaan aku. Banyak2 penghargaan yang diberi hari tu, yang interesting ialah penghargaan kepada penderma darah paling banyak, penghargaan/sumbangan kepada guru yang sakit berpanjangan dll. Tak pernah dengar pun sebelum ni. Hehehe...
So, masa nama aku diumumkan, dengan segaknya aku naik ke pentas. Yang tak bestnya, AJK Hadiah macam tak prepare. Naik2 je, pengarah cakap lepas ni tukar balik sijil ni sebab nama salah! Motif? Kan ala2 tak kompeten je AJK Hadiah. Depan pengarah pun leh wat silap. Bukannya takde rehearsal. Kalau mende ni jadi kat sekolah aku, tak tau lah apa jadi. Dapat NCR agaknya!
Pas habis penyampaian hadiah, tiba masa bagi hadiah untuk Tokoh Guru lak. Montage yang disediakan memang menarik. Tapi sekali lagi, AJK Hadiah screwed up! Masa Haji Ramli nak amik hadiah dia, punyalah lama pengarah dan penerima tu tunggu AJK Hadiah siapkan hadiah. Ntah2 apa2 ntah. Cikgu yang duduk belakang aku siap cakap "Ish3... Malunya depan pengarah jadi macam ni... Malunya...." Erm... Aku senyum sinis jer!
Apa2 pun, persembahan cuma Koir jer. Yang lain rasanya berjalan lancar. Sempat gak amik gambar kat pentas tu. Walau pun tak clear, aku malas nak snap balik sebab segan!
Habis je majlis, aku start kete, terus balik! Apa2 pun aku bangga sebab dapat anugerah ni dan sebagai motivasi diri buat aku untuk teruskan pencapaian aku! InsyaAllah. Sejahat2 aku kat sekolah tu, dapat gak kan! Uols? Bila lagi?
Sambutan Hari Guru ( Sorry backdated! )
Sebagai mana tahun2 yang lalu, macam2 gimik yang disajikan oleh AJK2 yang rajin2 ni. Dua tahun lepas, gimik paling meletup, watikah disampaikan melalui guru yang turun dari tingkat atas bangunan menggunakan flying fox! That was my idea ok! Hari guru tahun tu menjadi sebutan di Segamat kerana Cikgu Azlang ( PPD ) said so!
Last year, watikah hari guru disampaikan oleh pasangan pengantin muda. Konsep perkahwinan Melayu, hasil idea Kak Shah ni mendapat sponsor pelamin, pakaian pengantin dan Andaman dari Galeri Andaman Hanie ( Kak Ani Taman Yayasan Segamat ) dan solekan oleh Zah Andaman ( Zah Mustafa Felda Kemelah ). It was a group effort to make the celebrations last year an event to remember. Pastu, jamuan makan ala western disajikan sebagai jamuan guru. Yes, we had chicken chop, fries, coleslaw, bun etc. Dan paling best sume pakai tema purple tahun tu.
This year, we decided to step up from last year. Making this year event something to reminisce long after since this is the last hari guru even we hosted and planned. Nak bikin gempak sikit... Mula2 tu banyak idea yang datang. First konsep jawa dari red carpet sampai jamuan. Last2 tukar konsep lak! Penat carik lagu jawa, edit lagu bikin happening, last2 tak jadik! Apa pun, konsep tahun ni pun last minute gak! Dapat sponsor dari Fasha Taman Perling!
Konsep this year ala2 garden wedding sikit. Tu backdrop untuk red carpet and teachers seating.
Majlis dimulakan dengan perarakkan masuk guru2 ala red carpet. Masuk dua orang – dua orang. Lagu red carpet pun modern n fresh. Lupa nama lagu tu. Habis je red carpet, lepas sume guru amik tempat, even took off ngan nyanyian lagu rasmi. Oh ya, sume guru hari tu black and white.
Satu-satunya pasangan yang berani berpelukkan dikhalayak ramai! :p
The master mind ( Kak Shah ) tetap nak vogue pakai baju yang ala2 kaler lain dari org! Motif? Konsep Anugerah Industri Musik katernyer!
Majlis diserikan dengan persembahan pembukaan dari anak-anak istimewa Kelas Pendidikan Khas SKBP. Diorang menyanyikan dua buah lagu nashid, My Mother dan Umi. The best past was, one of the singer is Chinese. Yup, Daniel Tan is singing nashid. I'm impressed!
Habis je persembahan pelajar, ada penyampaian hadiah dari badan pengawas PSS. Thanks Kak Pah. Oh ya, masa red carpet tadi pun ada dapat hadiah dari lembaga pengawas. Thanks to Kak Idah. Ni pic Asri excited dapat hadiah! Rasanya ni hari guru pertama buat dia sebagai cikgu! Ustaz Rahim lak, ala2 control ayu sebab lum dapat lagi hadiah! :p
Rizuwan and Shana, the emcees for the event. Sama padan tapi tak sama tinggi!
Gimik Penyampaian Watikah.
Last two years, penyampaian watikah diberikan dengan cara yang lain dari yang lain. Dulu flying fox, pastu amik masa tepung tawar pengantin. And this year takde pengecualian. Idea kak shah : Pakai posmen. Mula2 skeptikal sikit. Rasa macam tak gempak jer. Tapi pas dah jalan program, rasa ok lak!
Lepas umumkan pembacaan watikah, lagu James Bond remix modern tu dimainkan, posmen masuk masuk dari belakang dataran naik motor posmen hantar bungkusan kepada guru besar. Rasa macam secret mission lak! Nasib baik surat tu tak self destruct macam dalam citer Mission Imposibble! Kalau tak, merasa berasap pentas.
Pas pembacaan watikah tu, sepatutnya ada mercun tapi since lupa nak suruh kak shah bawak, simpan je lah mercun tu dulu! Lepas, habis baca watikah, simbolik perasmian ialah tuang ikan dalam baling besar. Konon2nya, murid2 ni ikan, cikgu2 tu air. Tanpa air ikan tak idup! Konon je lah... Tapi kalau pikir2kan betul gak! Pastu, ikrar hari guru dan nyanyian lagu2 hari guru.
Habis je, bagi hadiah, saat yang ditunggu2 oleh pelajar2 semua, masa untuk bagik cikgu2 hadiah! Memang banyak cikgu2 ni dapat hadiah! Aku pun tak terkecuali. By the way, cikgu2 ni bukannya mintak2 hadiah2 ni, it’s the thought that counts! Tul tak?
Budak2 excited nak bagik cikgu2 hadiah! Macam kerumun masa mega sale kat Jusco Melaka jer! Uols ada J card ker? Pinjam sat!
Cikgu Md Nor tak sabar2 nak buka hadiah!
Ni aiskrim yang dibeli untuk semua pelajar! Best dapat makan ais krim masa panas2 ni!
Kini tiba acara kemuncak, persembahan guru2! Hooray! Memang lawak sangat persembahan2 tu sume. Masa ni lah kita leh nengok ustaz berjoget, cikgu berdikir barat, kura2 boleh tanggalkan shell dia dan masa ni jugaklah nak nengok GB jadi ala2 pejuang Palestin!
Ni antara pics yang sempat disnap sepanjang persembahan guru.
Haaaa.....? No komen!
Ni cuba test bau deodorant baru ni, Rexona for teachers!
Ustaz Din ke tu? Sibuk berjoget, budak2 tasmik dilupakan kat surau tu! Ewah2 Cikgu Jazzmill, joget tarian melayu ker Samba ni? Siap ada rambu ramba kat pinggang!
Kreatif tul cikgu2 ni!
Selesai cat walk guru2 pakai baju surat khabar, sume bersurai masuk kelas masing2. Bukan apa, esoknya budak2 exam. So, ni lah masa cikgu2 ni nak bagi tips n revise for the exam! Ok, sume beratur masuk kelas. Habis je waktu, budak2 dibenarkan balik.
Last program untuk cikgu2 ni ialah, majlis jamuan makan selepas pelajar2 balik sekolah. Semua berkumpul dikantin utuk menikmati hidangan jamuan.
Menu makan hari tu ialah ikan siakap tiga rasa, kangkung goring belacan, ayam masak halia, tomyam campur, buah dan pudding. Menu ok, tapi personally, rasa kurang sikit. Taste I tinggi ok! Kalau nak sedap makan2 camtu, cuba makan kat Restoran Azmi kat Labis. Try somtam dia skali! Kelas u ols!
Ok, sebelum makan, cikgu2 ni sume dipertontonkan dengan gambar2 sepanjang program dijalankan sepanjang pagi itu. Selepas tu, ucapan GB yang rata2nya memuji AJK kerana berjaya menjadikan sambutan hari guru kita ini unik. Sepanjang karier beliau, sebanyak lapan buah sekolah, SK Bandar Putra lah yang menyajikan kemeriahan dan kelainan sepanjang sambutan hari guru! Tahniah AJK! Tahun depan, kita goyang kaki dan enjoy the event lak!
You And I
Status Update & Chat
Pembace2 Blog
My Facebook
Count with me!
Hey ya.. Its me...
Me and my world...
Labels
ShoutMix chat widget






