2

Cuti-cuti Malaysia : Utara Bahagian 4

Posted by Cikgu Fitrie on 12:26 AM in , ,
Ok, sambung lagi... Penat la nak cite pasal habiskan masa kat utara ni... Too many story to tell ler... Tapi takpe... Akan lebih gigih mengadap laptop ni untuk siapkan catatan perjalanan ni...!

Bahagian 3 ada cite tentang gi Padang Besar, Gua Kelam ngan area2 kat Perlis kan... So, skang ni nak sambung lak cite gi Bukit Kayu Hitam... Ok... Camni... lepas kitorang dah habis ronda area yang penting2 kat Perlis, kitorang pun gerak ke Bukit Kayu Hitam... Tujuan utama, sambung jelajah habiskan duit simpanan....! Huhu... Nak ke sana dari Perlis lebih kurang satu jam kot... Tak ingatlah... Takpe, abaikan...!

Sampai je kat sana, kereta mmg penuh... Macam nak kuar tol sungai besi time raya puasa... Mmg meriah kenderaannya... Faktor cuti dan orang Thai nak masuk negara dia penyumbang kepada kesesakan jalan raya...

Sama macam nak masuk Singapore, ada pakai paspot bagai. Tapi bagi org kita, kene lalu lane 5 sebab khas untuk org Mesia je...




Ingat tau, lane 5 sahaja...! Ok, setibanya kat dalam tu, surprise2! Takde pape rupanya cuma gerai panjang dan The Zone... Baik gi kat jb jer! So, masa kat The Zon dalam ni, sausana sama je macam kat The Zone Langkawi cuma sini tak meriah sangat...! Harga barang pun rupanya tak sama antara setiap cawangan the Zone ni...!

Nak snap pics banyak2 pun takde apa yang menarik... So, kesimpulannya, jangan datang sini... Buat habis masa ngan duit jer! Duh!


Gerai2 banyak tu ada dalam ni... Motif ditutup bagai : Hujan tak ingat!



Ok, pas dah borink kat sini kitorang pun gerak ke Kedah semula... Tujuan perjalanan : nak gi umah pakcik Ful yang lama tak jumpa... So, pit stop seterusnya : Kampung Padang, Jitra Kedah!

On the way ke Penang, ada beberapa pit stop yang kitorang berhenti... Firstly, kat kedai jual buah limau bali ni... Kalau nak tahu, sepanjang jalan kat area ni ( tak tau are mana ), banyak sangat orang jual limau bali sehingga kami pun tergoda untuk berhenti! So, apa lagi, siap dapat free sampling lagi... Sape tak nak! So, kalau nak beli, beli lah... Memang sedap rasa sample tu! Hahaha....





Occay... Pas dah beli bagai, kitotang pun meneruskan perjalanan ke Penang... Dan dalam perjalanan ni lak, ternampak satu sign yang jarang2 kita nampak kat Segamat atau kat Kota Tinggi atau kat Kuala Pilah...



Apa lagi, belilah... Ful beria2 cakap suka air ni... Last2 sume tak minum... Tapi kalau sesape yang suka makan tapai, lebih kurang je rasa dia... Ish... Not my taste! Tak tertelan dek tekak ku yang masih bertonsil ni! Pas masing2 rasa mabuk, perjalanan pun diteruskan!

Setibanya kat kampung ni, hati ni bagai dilambai2 oleh padi yang sedang elok menghijau... Untuk orang Johor dan Segamat yang tak penah nengok sawah, saksikan keindahan alam kat sini...! Memang kelas tempat tu...! 5 bintang!

To feel the magic u have to be here...









Ok.... Cantik tak? Malangnya, kitorang tak tido kat sini... Alasannya sebab dah janji ngan orang Penang kita tidoq sana... So, pas makan mee soup sedap dia, kitorang meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang... ( 2nd time in a month! )

Oklah... Sebab nak rehat minda jap, entry ni terpaksa disambung selepas night line k! Tunggu....


0

Happy Chinese New Year

Posted by Cikgu Fitrie on 5:26 PM

Di kesempatan ini, saya nak mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina buat semua chinese people that i knew and knew me as well... Antaranya Mr Chin Boon Long - my GPK Koko, Pang Ching Kang and family ( my student now in year 2 PB ), Esther ( My very first chinese student )Zechariah Soon Seng ( my second chinese student years ago and i think he is in secondary 3 or 4...! ) and whoever come accross my blog!

Have a properous year ahead!!!

0

Cuti-cuti Malaysia : Utara Bahagian 3

Posted by Cikgu Fitrie on 8:08 PM in , ,
Ok, here we go again... Sambungan 3 katanya...!

Selepas trip ke Langkawi, kitorang nyer plan ialah nak ke Padang Besar pulak... Tapi sebelum ke Padang Besar, kitorang sempatlah snap2 pics kat sekitar bandar Perlis yang 'meriah' itiew... Well, kat pekan dia mmg takde pape, tapi outskirt dia mmg banyak tempat yang boleh dilawati...!








Ni antara pic kat pekan dia... Suka sangat perkataan tu yang bewarna warni itu... Kalau malam lagi meriah jadinya sebab they all lights up! Suka sangat...! Rasa macam nak buat je kat kelas satu PB tu...!

Gambar lain ada tapi non-seronok. Sebab pics buildings jer... Tunggu jap lagi k... Sebab amik pics kat tempat2 menarik kat luar pekan Kangar ni...! Tapi sebelum tu, sempat gak singgah breakfast makan roti sardin kat kedai yang pernah masuk jalan-jalan cari makan... Restoran apa ntah namanya... Lupa lah! Yang bestnya, roti sardin tu ada kuah kari yang ada ikan sardin seketul dalamnya! Motif kan? Takpelah, yang penting murah, sedap dan area tu nyaman saje...



Lagi satu, kat situ ada jual sagun... Dah lama tak jumpa sagun kan? Ni budak ni yang beria2 bonar makan sagun tu!



Antara tempat yang kitorang singgah sebelum gerak ke Kedah ialah Padang Besar... Saje jalan2 sebab nak nengok tempat jer... Kalau nak shopping, dah tau tak tau apa dah yang nak di beli...! Huhu...







Kat sini mostly kaum hawa jer yang suke sebab kat sini mostlynya baju ppuan, accessories ppuan, beg ppuan dan yang datang sini pun ramai ppuan...! Hurmmm.... Well, at least sempat gak beli 4 5 helai t shirt siam and wallet plagiat... Hahahaha...

Ada gak keronsang2 yang harganya murah sikit dari kat Segamat dan jugak baju2 tu sume sama macam jualan kat Segamat/Seremban/Kota Tinggi kalau ada jualan org Thai tu especially masa nak raya... Sebab semuanya datang dari tempat yang sama... Kan!





Suka tak Kak Shah? Mesti rambang mata kan! Hahaha.... Especially bling bling kat atas tu...!

Pas dah puas cuti mata n habiskan duit kat sini, kitorang decide nak gi Gua Kelam lak... Tapi sebelum ke sana sempat gak singgah kat taman burung kasawari... Tempat dia kat tepi jalan jer.... Masuk free sebab tak best agaknya...





Dari tempat ni, kitorang straight ke Gua Kelam... Excited sebab ni first time nak masuk gua... Walau pun kita ni klaustophobic tapi tetap nak cuba! Hehehe... Sampai je kat sana, terkejut gak sebab ingatkan gua je, rupanya ada jeram sekali... The water coming out straight from the other exit of the cave... Lebih kurang camni lah, air sungai mengalir merentasi gua...! Kagum kan!






( Gambar Blur ini tajaan Mohd Shaiful Nizam )

Ni pics kat gua dia... Ni pics kat sungai dia lak... Ada banyak pics sebenarnya... Nak upload sume rasa malas lak! Nanti kita link kan ke albumnya... Ok!





Pastu, kitorang singgah kat Taman Tasik kat area Kangar agaknya... Saje je nak rehatkan badan jap!




Pas dok kat sana, amik angin n makan laksa yang tak sedap sangat tu, kitorang terus gerak ke Bukit Kayu Hitam dalam misi nak menghabiskan duit simpanan! Hahahaha....

Untuk bingkisan selanjutnya, pastikan anda menonton sambungannya dalam siri yang akan datang.... Jangan lupa pada masa dan waktu yang sama... ! ( Bersambung lagi....! )

0

Cuti-cuti Malaysia : Utara Bahagian 2

Posted by Cikgu Fitrie on 7:15 PM in , ,
Mari sambung semula cerita nak gi Langkawi... Ok.... Bagi sesape yang dah terlepas, carilah entry cuti-cuti malaysia utara bahagian 1...

Ok, pas naik ferry yang azab tu, pas about 45 minutes rasanya, sampailah kat Langkawi... Banyak yang dah berubah since menjejakkan kaki kat sini masa form 4 dulu...! Lama tau, 14 tahun yang lopeh!

Teruja? Tak jugak... Hehehe... Sebab motif datang sini sebab nak shopping sajo! Bukan nak jalan2... Makanya, diakhir perjalanan ini, pastikan tangan kiri kanan penuh jinjing beg2 plastik bagai!





Sampai2 je kat sini, ramai ulat kerete sewa yang mengofferkan kete masing2... Oleh kerana malas nak naik teksi dan kakak si Ful familiar ngan tempat ni, so kitorg decided nak sewa kete... Malangnya, harga kerete melambung tinggi kerana public holiday dan ghamai sangat pelancong dan orang luar...! So, paling murah kete RM100.00, kete Proton Iswara... Lagi malang, ketenya macam dah nak tercabut! Hampeh... Nak tak nak sewa gak...!








So, naik kete terus menuju ke pekan dia...! Sampai je sana, kitorang berpecah dan pusing2 lah cari apa yang patut... Antara tempai yang paling ramai orang gi ialah Kedai Haji Ismail... Kalau nak sangat beli periuk belanga ( macam kat segamat takde! ), sini lah kedainya.... Ada banyak cawangan dia... So, harga sama jer...! Coklat2 pun banyak kat sana...! Boring sebab kedai tu sesuai untuk mak mak orang, aku ngan Ful pun pusing2 kat pekan tu.... Dari Nike Shop ke kedai perfume, harganya kurang sikit dari kat Johor...! Kalau nak murah, beli arak ngan rokok je lah! Sebab tu je yang tax dia mahal kat Mesia ni...!

Lepas satu jam lebih kat sana, pusing2 beli perfume sebotol dua, tak tau nak gi mana... Sebab tiket ferry dah beli ( last ferry ), so gi jalan2 pusing Langkawi... First stop : Makam Mahsuri...








Yang bestnya, dah sampai sini semua tak nak masuk... Alasannya, semua dah gi, lagi pun kene bayar sorang RM5.00 untuk nengok kubur jer...! Motif? So, last2 keluar balik gi lepak2 kat kedai2 depan makam mahsuri itu...! Haaa.... Kat sini yang best....

Selain sotong kering yang murah sangat2 sebab kalau kat segamat RM40 kat sana RM15 sajer....! Hamik kau, aku beli sampai RM50! Favorite tau! Pastu kat sini kitorang makan laksa dia yang amat unusual la.... Sebab dia ada letak daun janggus kalau tak silap nama dia! Sedap sebab daun tu rasa macam mangga! Harga pun murah dan di lawankan dengan air kelapa laut! Memang sedap dan murah uols!






Lazat tak? Huhu.... Pas makan dan teringin nak gi laut dia lak... So pantai commercial kat sana dekat Pantai Chenang... Sampai sana...ermmm... tak teruja pun.... Sebab sama macam kat PD... Mana keindahan alamnya? Same jer! Boring!





Sorry lah gambar pantai takder! Sebab tak turun pun... Maleh! Hehehe... Saje kan nak habiskan petrol kete! Motif sangat! Pas dah ronda2 bagai, kitorang pun gerak balik ke bandar dia sebab waktu dah nak petang...!

So sebab ada masa lagi sikit, seperti pelancong2 asing, kitorang tak lupa gak nak bergambar kat Dataran Lang... So merasa uols nengok helang besar bagai tu!



Pengumuman : Couple cino tu bukan geng kitorang okay! Dia yang enter frame! Sibuk je. Masa kitorang nak bergambar masa tu lah dia nak amik jugak! Frust uols!



Seksi tak punggung helang tu! Nak amik gambar dekat2 takut tersnap gambar yang censored lak!



Sebenarnya banyak pics yang diamik tapi malas nak uploadkan... Nanti kita link kan ke albumnya ok... Tunggu ya!

Pas dah snap2 pose manja kat helang besaq tu, kitorang lepak2 lak kat dalam duty free mall dia tu... Sementara menunggu ferry, kitorang spend masa kat situ sambil mengeluh sakit kaki.... Pastu, dah naik ferry baru teringat lupa nak naik cable car dia...! Sakit hati tak? Takpe, tunggu la hujung tahun ni lak!

Ok, sampai je kat Kuala Perlis, balik hotel makan mandi pastu tido sebab sok nya lak nak gi pusing2 Perlis sebelum gerak ke Padang Besar! Nak tau adventurenya, tunggu bahagian 3...


0

After 16 days...

Posted by Cikgu Fitrie on 8:54 AM in

Hanya selepas 16 hari, baru lah dapat bukak semula blog ni... Bukan apa, awal tahun ni memang banyak sangat kerja... Bukak computer pun sekadar nak buat lesson plan, type nama pelajar, jadual waktu etc... You know the drill.... Internet dapat bukak pun tapi sekadar nengok2 e-mail jer... Hurm... The busiest time of the year...

Banyak sebenarnya yang berlaku dalam masa 16 hari since my last blogged... Banyak yang nak diblogkan dan dalam draft pun bersepah2 entry yang tak sempat nak diupdate dan diuploadkan... As a teacher, to handle teaching and school and juggle it with personal life, takes too much energy and time....

Well, dalam masa 16 hari ni gak, i've learnt more about people around me... Ada yang makin sombong, ada yang kecik hati, ada yang makin laser dan ada yang tetiba je nak baik2 ngan kita... Hahaha... And making new friends along the way!

Last entry, ada cakap tak nak new year resolutions, but then again, rasa kalau takde azam baru rasa macam takde objective untuk di capai tahun ni... So kalau takde objective takde matlamat so takde arah nak tuju dan takde apa untuk diperbaiki...

After pikir2 panjang, azam tahun ni ialah :

  1. Nak lebih fokus pada pnp
  2. Nak buat kerja tip top
  3. Nak hasilkan satu lagi kajian tindakan
  4. Nak pastikan pelajar 1 PB bersaing dengan 1 PA dalam semua bidang
  5. Nak capai kriteria guru cemerlang dan APC ( capai kriteria ya, bukan nak jadi! )
  6. Oh... Lagi satu... Nak kurus.... Very Penting!

Ok tak azam tahun ni...? Orang lain paling banyak pun dua, tapi kita sampai 6...! Hahaha... Takpe, at least these things make me focus to do well in my career!

Doa2kanlah kejayaan azam tahun ni....


0

Salam Tahun Baru

Posted by Cikgu Fitrie on 12:03 AM in
Assalammualaikum...

Alhamdullillah, a year has past... What a great year I had... Well, look back at 2008, it was full of adventures for me and it was fun too... But, as it hard for me to leave the best moments and memories behind, it is as hard to face new challenges ahead...

But, right her, right now, i wont write bout my new year resolution(s) coz it is so cliche and i certainly never achieved my last year resolution(s) and wont resolute again this year, I just wanna wish all a happy new year and have a prolific year ahead!

Dan buat anak2 1 putra bestari 2009 ini, saya ucapkan welcome to the school and hope ya'll will have good times with me...!

Buat kak shahrizah dan abg ronzi, semoga dapat menjalankan tugas ditempat baru dengan lebih jaya! Miss you guys already! :~(

Copyright © 2009 Cikgu Fitrie menulis... All rights reserved. Theme by House Of Hanna Ritta. | Bloggerized by Hanna Ritta.