0

Manusia a.k.a kawan2 (kununnya)

Posted by Cikgu Fitrie on 11:08 PM

Manusia ni klau bab happy2 ada huha2 kt mana2 cepat je nak ajak kawan pergi.. siap offer nk amik kat umah.. tpi bila ada kwn skit, tak dtg kerja cuma tanya "dia tak dtg lg ea hari ni"... bertanya khabar xde melawat jauh sekali.. yes faham2.. sbb org sakit ni cuma mengingatkan kita pada kematian.. tpi klu majlis huha2 mengingatkan pada enjoy2 n happy2... klu boleh nk dtg bawak pom pom sekali.. istilah kawan ni sebenarnya overrated. ..

Mari merapu dimalam hari #5painfulthings #kwnxgune


0

Rodrigo's Concierto de Aranjuez

Posted by Cikgu Fitrie on 8:38 PM
If my aching heart could sing, it would be humming Rodrigo's Concierto de Aranjuez. Many things had happened to me, for the past few months. I lost someone whom I loved dearly, family problems, etc. Not that i can say nothing good happened to me, but I was overwhelmingly submerged under the river of despair despite the good things.

This orchestra playing the number, really depicted how i felt. guess music can really tell a story, and this is my story... hoping for things to change in the future...

0

AKU DAN KEHIDUPAN GURU

Posted by Cikgu Fitrie on 2:01 PM in

Realiti aku sebagai seorang pendidik.

Latar belakang

Belum berkahwin - by choice, tidak mempunyai anak ( except seekor kucing, Baby Tigger dan anak-anaknya, Fluffy, Bunny Tail dan Rover ), tinggal bersama seorang ‘adik’ dan tidak mempunyai komitment selain yang dinyatakan. Jarak ke sekolah dari rumah ialah 25 minit perjalanan.

Diari harian :

5.30 pagi
Bangun pagi dan persiapan diri dengan rapi sekali.
6.20 pagi
Bergerak ke sekolah
6.45 pagi
Tiba di sekolah dan bersarapan dikantin.
7.20 – 1.10 tgh
Kelas mengikut jadual.
Sekiranya tiada kelas, menanda kertas, buku latihan, membuat persediaan mengajar. Pada bulan2 tertentu, menyiapkan pelbagai laporan dan projek sekolah serta data2 yang perlu diisikan secara online. Stay back lepas waktu sekolah jika ada projek khas yang akan dijalankan buat masa terdekat. ( note : tak semua online line laju dan mudah macam bukak FB… some are like shit.. key in satu markah  ( untuk satu pelajar untuk satu matapelajaran), 15 minit kemudian baru masuk.. kadang2 kena refresh then masukkan balik ) Kisah benar : key in markah dalam SAPS, start kol 9 pg kol 12.40 tgh baru siap untuk 19 org pelajar untuk satu subjek sahaja…
2.30 tgh
Bersiap untuk pulang jika tiada meeting.
2.55 tgh
Tiba dirumah dan perapian diri.
3.30 ptg
Rehat sebentar
4.00 ptg
Ke pasar membeli bahan untuk masak, fotostat bahan utk budak kelas mlm
4.30 ptg
Masak ( my definition of masak is not nasi, kicap dan telur! )
5.30 ptg
Makan malam dan kemas dapur dan basuh baju
7.30 ptg
Persiapan diri
7.45 ptg
Ke sekolah untuk kelas tambahan ( selang dua hari ) jika tiada kelas, waktu akan diambil untuk update blog sekolah, key in data yang diperlukan, siapkan report dan research yang nak dihantar, buat soalan/aktiviti/bahan untuk kelas, assignments kalau ada
8.10 mlm
Kelas malam
10.00 mlm
Balik ke rumah
10.30 mlm
( lewat sikit sbb singgah seven eleven beli rokok ) Tiba dirumah.
11.00 mlm
Iron baju ( ni lah beban guru bagi aku – iron baju ), prep bahan/perkakasan untuk sekolah esok, sambung buat kerja/laporan/report dll yang belum sempat siap
12.00 mlm
Termenung pikir startegi nak ajar cmne kat skolah / pikir projek2 atau kajian2 masalah pelajar untuk kajian tindakan / terkenangkan si dia dan tido…

Dan kitarannya sama setiap hari…

Just imagine cecikgu yg ada anak2 dan suami, atau anak2 dan isteri, atau anak2 sahaja, atau isteri/suami sahaja.. haha... u get my point right! and all those extra time we spent for the school is our contributions for them. we expect nothing more! Yes, kalau ada org cakap, kelas malam berbayar, but does it worth it? money wise, halal bi halal laa.. its a non-written job description, yg saya kena buat.. setakat duit kelas mlm la, klu nak pikir kaya, mmg saya tak amik tak pergi pun.. but because i love my pupils and they need more than 1 hour per day to learn english, yes i accept...

 Jadi, jangan kata aku takde komitment kat profession aku ok! The only time that I am truly a free man ( not being a teacher ) is when I’m asleep. Other time than that, dah jadi darah daging guru, apa yang dipikirkannya sepanjang hari ialah SEKOLAH SEKOLAH SEKOLAH….

here's another proof ---> **K**L**i**K

0

PENGHARGAAN BUAT DIRI KU

Posted by Cikgu Fitrie on 7:01 PM in , ,
Sepanjang pengalaman mengajar selama hampir 11 tahun ni, rasa macam semalam je baru posting dari Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim... Tak sangka 11 tahun macam 1 tahun je mengajar, walaupun banyak pengalaman yang telah dikutip.

Back to 2008, I never heard or came across Kajian Tindakan, and let alone, carry it out.. But that year, my Ketua Panitia at that time, asked if one of us ( the english teachers ) wanted to carry out kajian tindakan, since every panitia has to send a proposal to the PPD. And I volunteered and the rest is history...

Since that year, I have received many awards and appreciation from the PPD and the JPN. And that is how I started to fall in love with this research thingy! 

List of awards and achievement based on my kajian tindakan... ( bukan nak menunjuk, tapi inilah hasil daripada kajian tindakan yang kita buat -- jadi kata2 org yang ianya hanya membebankan dan xdapat apa2, tidak benar )

  • Johan Kajian Tindakan Daerah Segamat ( 2008 )
  • Johan Kajian Tindakan Peringkat Negeri Johor ( 2008 )
  • Anugerah Guru Inovatif Sekolah Rendah Daerah Segamat - PPD Segamat ( 2008 )
  • Anugerah Kualiti Pengurusan - JPN ( 2009 )
  • Anugerah Guru Inovatif Sekolah Rendah Daerah Segamat - PPD Segamat ( 2009 )
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( 2010 )
  • Johan Kajian Tindakan Daerah Segamat ( 2011 )
  • Pembentang Kajian Tindakan Peringkat Negeri - Tiada pertandingan ( 2011 )
  • Anugerah Guru Inovatif Sekolah Rendah Peringkat Daerah Segamat ( 2012 )
  • Johan Kajian Tindakan Peringkat Daerah Segamat ( 2012 )


Praise to the Almighty, He has poured me with lots of ideas and awarded me with success.

Cuma sekarang ni sedang bersedia untuk ke pertandingan Seminar Kajian Tindakan Peringkat Negeri 2012 yang akan diadakan bulan depan ini.. Semoga Allah permudahkan segala urusan.. Semoga sedikit sebanyak pengalaman yang dilalui ini akan menjadikan aku seorang guru yang cemerlang dimasa hadapan serta mencapai cita2 aku utk bergelar Dr Fitrie PhD... :)

0

KES KUTUK GURU

Posted by Cikgu Fitrie on 3:49 PM
banyak betul kes2 kutuk guru ni... bukan tak setuju langsung dengan pendapat diorg ni, but some of the statements given are purely emotionally based. cmon la, cikgu2 yg buat masalah kat korang tu pun tak represent pun all the teachers in malaysia.. malas nak wat research, but cuma peratusan kecil je cikgu mcm tu.. kalau semua cikgu di dakwa haprak, xde la kita dengar peratusan exam meningkat, lagi ramai pelajar mendapat pendidikan yang lebih tinggi, dan takde jugak la dengar cikgu2 yg mewakili negara, negeri, daerah dalam apa2 bidang...

nak dibengangkan apanya dengan cikgu2 ni? gaji? cuti? kenapa? aku pun bengang jugak dengan SEGELINTIR doktor kat spital kerajaan yang tak tau langsung examine their patients sampai jumpa 2 3 doctor swasta lain, baru dapat tau penyakit! Tapi xde lah nak merendahkan martabat dan profession semua doktor kat mesia ni..

lets get real la, SEMUA PEKERJAAN ada PEKERJA YANG HAPRAK but that doesnt justify the entire integrity of the industry.

camni la, sape2 yg rasa yg guru-guru kat malaysia ni tak mencapai tahap / standard yang KAMU inginkan,

1. tukar sekolah ke sekolah yg lebih baik sehingga jumpa the PERFECT school. kalau xde gak, private school banyak.. ala, bukan mahal pun -- kata nak yg terbaik kan, shove out a little la..

2. buat kajian yg thorough tentang kelemahan pendidikan kat mesia, anta ke parlimen.. ( ikut prosedur, jgn dah siap2 buat research terus gi lambung jumpa depa kat atas tu..kang cakap depa lak tak baguih!)

3. paling bijak, DATANG MESYUARAT PIBG... masa tu la leh luahkan yg terpendam... jgn dok tolak2 bahu kawan lak suruh cakapkan...

entahla, bnyak lagi cara nak TEGUR tapi pastikan la cara tu beradab.. sbb nak sembur SORANG cikgu 412720 cikgu2 yang lain akan terasa...

0

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA

Posted by Cikgu Fitrie on 8:23 PM
Saya, Zalman Fitrie Bin Othman mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir dan Batin buat semua. Ampun maaf, halalkan makan minum.

Kami pelajar tahun 6 Beta 2012, mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua guru-guru SK LKTP Redong khasnya buat Cikgu Kamaruddin Bin Ali

JK SPSK Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua warga SK LKTP Redong. Semoga sentiasa berbahagia di hari raya ini./p>


0

SAPS oh SAPS...

Posted by Cikgu Fitrie on 12:33 PM in ,
Berapa ramai cikgu2 yang mengeluh sebab SAPS online ni... Same here... nak buat waktu bekerja, mmg lah sistem dia out.. nak wat luar waktu bekerja, sorrylah, komitment lain banyak lagi yang nak kena attend... so nak tak nak terpaksalah mencarut kat sistem ni dalam hati je.. jerit2 kuat2 pun bukan ada penambahbaikkan pun... been sitting down in front of this system since 9.00 am and up until 12.32 pm ni pun baru 12 je ulasan yang dapat dimasukkan.. kan best kalau buat kat rumah pastu di kira sebagai overtime... just a thought!

0

anugerah 2012

Posted by Cikgu Fitrie on 9:05 AM in
alhamdulillah, sekali lagi kerja keras walaupun xkeras mana pun, mendatangkan hasil yg tak diduga. tq panel kajian tindakan, en jazzmill, kengkawan yg bg support dan dorongan dan keluarga dan yg tersayang yg always believe in me.

walaupun bgun2 tdo je kena migraine, aku gagahi jua perjalanan ke sjkc li chi untuk rasa dihargai dgn penganugerahan ini.

kajian tindakan bnyk membantu dlm perjalan hidup aku sbgi guru ni. jap lg smbung la, floor manager dh marah2 ni. hehe.

posted from Bloggeroid


0

happy birthday

Posted by Cikgu Fitrie on 7:05 PM
selamat ulang tahun... semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan diberkati oleh-Nya selalu... tiada apa yg dpt diberikan lagi, hanya doa yg mampu dipanjatkan... berbahagialah selalu...



0

Aku dan gitar

Posted by Cikgu Fitrie on 11:42 AM in
♩ ♪ ♫ ♬ ♭ ♮ ♯ Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku.. lalala... ♩ ♪ ♫ ♬ ♭ ♮ ♯ 
( sambil strumming gitar )...

Apa ingat aku tak reti main gitar kah? Tadi baru je wat mini preview main gitar...  So, bertuahnya dia dapat nengok mini show aku kan... 




Copyright © 2009 Cikgu Fitrie menulis... All rights reserved. Theme by House Of Hanna Ritta. | Bloggerized by Hanna Ritta.